Sabtu, 31 Disember 2011

Raja Petra Pula Hentam Anwar!!!

Raja Petra Kamaruddin
Perjuangan bukan lah perkara mudah, apatah lagi menentang arus deras. UMNO dan Barisan Nasional yang telah menyediakan arus deras di aliran politik Malaysia sejak 60 tahun yang lalu sudah tentu cuba menyapu bersih sesiapa saja yang menentang arus perdana ini. Ianya telah dilakukan sejak sekian lama. Orang-orang perjuangan semestinya tidak lupa bagaimana Dr. Burhanuddin dilakukan keatas dirinya, Samad Gul di Kelantan, Peristiwa Memali, dan yang terkini perjuangan REFORMASI.  Dan Anwar adalah tokoh penentangan ini.
Bermula dengan gerakan pelajar, kemudian ABIM, kemudian menyertai arus perdana UMNO dan sekarang bersama mengepalai REFORMASI, adalah tokoh yang disegani kawan dan lawan. Sesiapa sahaja yang mahu bersama beliau, mereka harus menyediakan ketahanan fisikal dan mental yang kuat.

Anwar dan Ust. Abd. Hadi
Anwar telah membawa bersama PAS dan DAP, bersatu menyertai reformasi ini. Akibatnya, beberapa pimpinan PAS dan DAP telah diserang bagi menjatuhkan kredebiliti mereka. Tribulasi dan mehnah ini adalah perkara biasa bagi ahli PAS dan DAP, tetapi berlainan pula bagi parti baru PKR yang berasal dari tarbiyyah UMNO ini. Pimpinian mereka tersungkur dalam arus pembaharuan ini satu demi satu. Sebagai parti baru, mereka yang benar-benar mahu menegakkan keadilan sahaja yang akan tinggal sebagai grass root parti. PAS dan DAP telah melaluinya sebagai parti tertua di negara ini. Malah PAS juga terkena percikan api dalaman bila pimpinan PAS yang berwibawa termasuk presidennya sendiri, cuba digambarkan sebagai orang yang tidak ada kredebiliti dalam memimpin sebuah masyarakat majmuk di Malaysia.

Lim dipenjarakan kerana
 membela gadis Melayu
Kisah terbaru bagaimana Raja Petra Kamaruddin, seorang blogger yang nampak kelantangannya dalam memerangi UMNO sebagai parti RACIS, RASUAH dan PEMFITNAH, menghalakan pula serangannya kepada pemimpin reformasi yang disanjunginya, Anwar Ibrahim. Sebelum ini, orang-orang yang begitu lantang dalam melaungkan reformasi, walau pun telah nampak hasil kejayaan Pakatan Rakyat  semasa pilihanraya ke 12 tahun 1998 yang lalu, telah bersama dengan deretan pemimpin menyeberangi LARI meninggalkan perjuangan. PKR yang terbentuk dari gabungan pecahan UMNO, Parti Sosialis dan beberapa NGO, masih lagi utuh selagi Anwar mengepalai gabungan ini.  Oleh itu, Anwar harus dibekukan pergerakannya.
Lim Guan Eng dan Nik Abd. Aziz 
Berbeza dengan PAS, perjuangan yang berteraskan kepimpinan ulamak ini perlu juga digugat rentaknya. Jika tidak, UMNO akan kehilangan arus, apatah lagi gelombang kebangkitan di Timur Tengah telah menjadi satu inspirasi baru dalam menukar corak kepimpinan negara yang zalim dan mementingkan kelompok peribadi. Anak-anak muda yang berbagai latar belakang telah memberikan harapan mereka kepada PAS, memerintah untuk menggantikan UMNO. Pimpinannya yang zuhud dan mengambil wahyu sebagai penyelesaian masaalah, menambahkan lagi keberkatan perjuangan ini. Tidak dinafikan, teguran daripada ahli kepada pimpinan adalah satu tarbiyyah dalam memfokuskan matlamat. Mereka yang menegur bukannya mahu lari daripada perjuangan, tetapi mahu bersama dalam perjuangan.
Didalam negara demokrasi seperti di Malaysia ini, sokongan majoriti rakyat adalah penentu bagi sesiapa yang mahu memerintah. Kebanyakan rakyat tidak faham tentang falsafah perjuangan. Rakyat melihat dan membaca dari pergerakan pemimpin dan ahli sesebuah parti. Apatah lagi bagi orang-orang Melayu, mereka adalah orang-orang yang malas berfikir dan tidak mahu bersusah-susah. Jadi ternyata pemimpin bawahan sesebuah parti memainkan peranan yang amat penting.
Kita melihat episod terbaru dari maianan politik UMNO-APCO ini, melalui orang-orang Anwar sendiri, apakah dapat menutup pergerakan pimpinan UMNO-BN yang RACIS, RASUAH dan PEMFITNAH ini. Apakah rakyat telah memahami permainan ini dan terus mahukan perubahan atau sebaliknya? Semuanya banyak bergantung kepada pergerakan pimpinan semua peringkat, yang akan dinilai oleh rakyat atau Pakatan Rakyat telah mengujudkan arus baru yang akan menyapu semua halangan, demi satu REFORMASI?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan