Rabu, 16 November 2011

Hanya Dewan Ulamak Tidak Bergolak

tn_subkylatifJika pertandingan semua jawatan penting dalam muktamar pemilihan PAS pada 3 Jun yang lalu dikira bergolak, hanya Dewan Ulama PAS yang masih mengekalkan ketenangannya.
Ia kekal seperti setiap sayap PAS pada masa dulu. Tiada siapa mencalonkan orang lain bagi menjadi ketuanya selain daripada ketua yang ada kecualilah ketua itu sendiri menarik diri daripada dicalonkan semula.
Begitulah lazimnya pemimpin PAS sejak mula ditubuhkan tahun 1951. Mereka berbalah kerana mahu memegang jawatan, bukan berbalah kerana merebut jawatan. Dalam banyak kejadian jawatan Presiden bukan sekadar dimenangi tanpa bertanding, bahkan jarang ada nama lain dicalonkan untuk jawatan itu.
Demikianlah juga bagi setiap Dewan - Ulama, Pemuda dan Muslimat. Bukan tidak ada langsung, tetapi jarang-jarang.
Bukan isu menukar pimpinan tidak pernah berlaku. Jika adapun sekali dalam 30 tahun.
Telah berlaku pergolakan besar bagi menggantikan pimpinan hujung tahun 70-an selepas PAS dikeluarkan daripada Barisan Nasional. Tidak dinafikan ia adalah satu krisis hingga tumbuh parti serpihan seperti Berjasa dan Hamim, tetapi ia berlaku sesudah parti itu berusia 30 tahun.

1 ulasan:

  1. Kami mendoakan kemenangan di PRU13 agar dapat kita laksanakan Hukum Allah di bumi Msia ini...

    BalasPadam