Isnin, 14 November 2011

Pilihanraya Umum ke 13 akan tiba

Setelah tanggal 11hb novenber telah berlalu,seperti yg kita sedia dimaklumkan sebelum ini,tarikh itu bakal akan diadakan pilihanraya umum ke 13 tetapi tidak belaku.Ianya hanya sekadar jadi perbualan kosong atau kata orang indon,"hanya omong-omong aja pak".Walaubagaimanapun harus kita waspada,pihak parti pemerintah yg diketuai oleh UMNO dan kompenan-kompenannya kini telah giat melancarkan pelbagai program dan tidak ketinggalan jiga serangan terhadap pemimpin-pemimpin dari Pakatan Rakyat.

Kini dapat kita lihat serangan demi serangan dilemparkan kepada PR terutama Dato' Seri Anwar Ibrahim tehadap kes liwat dan selepas itu kes seks yg tidak habis-habis lagi,dan ianya akan beterusan sampai Dato' Seri Anwar angkat bendera putih agaknya.Sebenarnya UMNO mahu menjatuhkan Anwar,itu jawapan yg sebenar.

 Dilihat kini walau apa pun kutukan,tomahan dan macam-macam lagi tekanan yg telah UMNO/BN berikan kepada PR,sokongan pada PR tidak kurang,malahan makin bertambah.Itulah yg lagi UMNO/BN takuti.

Perhimpunan Bersih 2.0 yg telah diadakan beberapa bulan yg lalu,sokongan rakyat terhadap perhimpunan itu amat mengalakkan.Kehadiran ratusan ribu orang mengamatkan suasana Kuala Lumpur ketika itu,bukan pergi kerana nak berpesta atau makan angin tapi atas dasar inginkan perubahan dan ingin menuntutkan keadilan didalam sistem pilihanraya,rakyat sanggup datang dari serata tanahair.

Kita bersedia sekiranya akan belaku pilihanraya umum dalam masa terdekat ini,diberitakan UMNO/BN telah melancarkan jentera-jentera parti diseluruh negara,bilik-bilik gerakan mereka telah pun dilancarkan cuma tunggu najib bubarkan Parlimen.Kini hanya najib dan ALLAH TAALA sahaja yg tahu tarikh sebenar PRU ke 13.

Jom berubah,selamatkan Malaysia undilah Pakatan Rakyat jika mahukan perubahan corak pemerintah dan mahukan rakyat hidup dalam keadaan aman sejahtera.Negara lain sudah berubah dan tukarkan kerajaan,negara kita bila lagi.PRU ke 13 penentunya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan