Khamis, 24 November 2011

SELAMAT BERKONGRES NATIONAL TAHUNAN KEADILAN KALI KE 8

Kongres National Tahunan keadilan kali ke 8 akan diadakan pada 25 November hingga 27 november ini di Johor,negeri yg dikenali sebagai kubu kuat UMNO sejak dahulu,kini dan tidak tahu lagi lepas ini samada terus jadi kubu kuat atau akan jatuh ke tangan PR.

Keunikan logo yg bersimbolkan kuda kepang dengan latar belakangkan bendera negeri Johor sebagai sembolik ia berlansung di negeri itu.Kuda kepang seperti yg kita ketahui adalah tarian pahlawan berkuda yg popular di Malaysia dan Indonesia,kita ketahui ia juga adalah tarian yg di tarikan oleh masyarakat Jawa.

Kongres kali ini tertumpu kepada persiapan bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke 13 akan datang,desas desus dari pelbagai pihak ada yg menyatakan ia akan berlangsung tidak berapa lama lagi.

Satu pertanda yg baik,apabila kongres kali ini diadakan di Johor,negeri yg dikatakan kubu kuat UMNO,sekaligus akan meningkatkan lagi imej KEADILAN Johor dan akan menyumbangkan kepada kemenangan KEADILAN di Johor dalam PRU yg akan datang.

Selamat berkongres kepada semua perwakilan dan permimpin tertinggi serta yg terlibat dalam kongres kali ke 8 ini.Semoga Kongres kali ini akan berjalan dengan lancar dan tiada pekara-pekara yg tidak diingini belaku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan