Minggu lepas Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dan rombongan jelajah merdeka rakyat datang ke pasar sari di Titi Gantong Bota Kiri,ramai jugak yg hadir untuk bertemu dengan DSAI dan tidak ketinggalan beramah mesra serta menyaksikan sendiri bas yg menjadi mangsa lontaran dan contengan cat-cat merah secara live....nilah hasil tukang conteng cat merah dari Kelantan ada,dari Melaka ada tapi mujurlah dari Perak tak direkodkan terlibat dalam
mengecatmerahkan bas ini....
inilah hasil kerja mereka-mereka yg kreaktif yg ingin mengagalkan dan menganggu program DSAI....akai takdak ka....nak buat macam mana lagi,terimalah hakikat apa yg belaku.Menurut DSAI,cat-cat merah itu sengaja tidak di bersihkan bagi memberitahu kepada rakyat siapa punya kerja ni...
Yg penting tidak belaku kekecohan sewaktu DSAI menyampaikan ucapan walaupun diberitakan ada geng-geng dari perkasa datang.Selepas ceramah di tepi bas yg cantik ini,DSAI ke markas Tarbiyah PAS Parit minum-minum petang dan lepas maghrib menyampaikan kuliah maghrib di Masjid Titi Gantong..
BOTAONLINE GROUP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan