Tidak ada berita di dalam Harakah. Seorang kawan mengumam semasa membaca Harakah. Apa pimpinan kita buat di Kelantan, Selangor dan Pulau Piinang? Apa projek yang sedang mereka lakukan? Rakyat mahu lihat kerja buat mereka, komen beliau lagi. Cuba lihat harakah bil 1913, semua cerita ialah komen pimpinan terhadap UMNO je, diri sendiri macam tak ada apa nak buat, ada le satu muka saja berita dari Terengganu, katanya dengan nada tambah meninggi.
Ada ahli-ahli yang merungut tentang kandungan Harakah, tapi masih setia membeli atas dasar sayangkan PAS dan mahu membantu Jamaah PAS. Baca pun sepintas lalu saja, katanya.
Itulah antara fenomena semasa yang dilontarkan oleh ahli-ahli PAS terhadap Harakah. Tidak hairan lah ada kedai yang menjual Harakah, memulangkan semula sejumlah besar Harakah yang tidak terjual.
Ahli-ahli PAS telah bertambah matang dan mendapat berita dan komen-komen pantas dari sumber-sumber lain. Selain dari alam maya, mereka juga tidak ketinggalan membaca atau melanggan akhbar Sinar, yang turut memuatkan berita-berita mengenai pimpinan PAS! Begitu juga akhbar Suara Keadilan yang semakin diminati kerana banyak menyiarkan maklumat yang amat dikehendaki oleh rakyat dan ahli PR.
Tambah pula menghairankan, dalam Harakah yang merupakan organ sebuah harakah Islamiah, berita dan rencana berbentuk haraki kian luntur. Misalnya dalam Harakah bil 1913, lampiran Fikrah, Fokus, memfokuskan sambutan Maulidur Rasul dengan menyiarkan temuramah Harakah dengan timbalan Ketua Pemuda PAS dengan meletakkan Presiden PAS sebagai pengkomen atau memberikan kenyataan saja. Malah gambar Presiden PAS tidak berubah seperti gambar tahun-tahun lepas saja, walaupun telah dikritik oleh ahli-ahli.
Pada muka surat F9, lagi amat mengejutkan, bila satu ruang khas yang diberi nama Mauizzah dan Tafsir al Quraan oleh Mursyidul AM dan Presiden, diletakkan di bawah ruangan AGAMA!! Ini amatlah tidak wajar dan melambangkan Harakah telah menunjukkan sifat sekularnya....
Ahli-ahli memang dahagakan satu organ yang dapat membantu mereka mendidik diri, keluarga dan masyarakat.
Persoalan yang timbul dihati ahli-ahli PAS yang memahami perjuangan, Harakah dah jadi majalah apa? Apakah petugas-petugas Harakah tidak diberikan satu garis panduan dalam menjalankan tugas sebagai sebuah organ harakah Islamiah? Atau petugas-petugas tersebut hanya mencari makan dengan profession mereka sebagai pengarang/wartawan sahaja? Memang kasar bunyinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan