Khamis, 29 Mei 2014

Raja Nazrin Shah Sultan Perak yg ke 35



DYMM Sultan Nazrin Muizuddin Shah


Semalam dikejutkan dengan kemangkatan Sultan Azlan Muhibbuddin Shah di IJN Kuala Lumpur.Baginda menghembuskan nafas terakhir jam 1.30 petang Rabu 28 Mei 2014 (semalam).Kemangkatan baginda merupakan satu kehilangan besar,dimana banyak jasa Al Marhum kepada rakyat dan Negara didalam pelbagai bidang,baginda juga adalah raja yg berjiwa rakyat dan amat mesra dengan rakyat.Al Marhum telah dimakamkan selepas solat asar tadi dimakam diraja bersebelahan Masjid Ubudiah Kuala Kangsar.


Sebelum Istiadat pemakaman Diraja dijalankan petang tadi,Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jen (B) Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin telah membuat pengumuman pada istiadat pelantikan dan perisytiharan Sultan Perak yg baharu di Balairong Seri Istana Iskandariah,Kuala Kangsar.Keputusan melantilk Raja Muda,Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Shah sebagai Sultan Perak ke 35 setelah mesyuarat khas Dewan Negara Perak diadakan pada petang Rabu (semalam).



DYMM Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah mengangkat sumpah sebagai Sultan Perak ke 35 sebaik sahaja pengumuman dibuat oleh Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja pada petang tadi.(29 Mei 2014).



DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah diputerakan 27 November 1956 yg merupakan Raja Muda Perak.Baginda adalah putera sulung Al Marhum Sultan Azlan Shah dengan Tuanku Raja Bainun Bt. Mohd. Ali.Baginda kelulusan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Politik,Ekonomi dan Kerajaan dari Univesiti Harvard,Amerika Syarikat.Baginda juga memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam Bidang Falsafah,Politik dan Ekonomi dari Univesiti Oxford,England serta Ijazah Sarjana dalam bidang pentadbiran Awam dari Univesiti Harvard,Amerika Syarikat.


   Baginda telah berkhawin dengan Tuanku Raja Puan Besar Perak Zara Salim Davidson dan dikurniakan seorang putera,Raja Mudzaffar Azlan Shah dan seorang Puteri,Raja Nazira Safya Shah.



Baginda amat disenangi oleh pelbagai lapisan masyarakat,Baginda juga berjiwa rakyat,banyak terlibat dalam program amal dan kemasyarakatan untuk kepentingan rakyat,khususnya bagi membantu golongan miskin dan kurang bernasib baik.


Ucapan Tahniah diatas perlantikan Sultan Perak yg baharu..

DAULAT TUANKU


Tiada ulasan:

Catat Ulasan