Selasa, 5 Ogos 2014
Kesan dari boikot terhadap syarikat-syarikat Israel di negara ini
Apabila dilancarkan boikot terhadap Israel dan segala produk-produk serta syarikat-syarikat berkaitan dengan Israel,maka kesan terhadap boikot itu ada.Antara syarikat-syarikat Israel yg menapak di negara ini ialah Tesco dan Mcdonald.Apa yg dapat kita perhatikan kesan dari boikot itu,orang ramai makin kurang berkunjung ke Tesco dan Mcdonald.Saya telah buat pemerhatian petang semalam di Tesco Seri Iskandar,Bota, diakui sendiri oleh staf Tesco itu sendiri menyatakan pelanggan kurang sejak akhir-akhir ini.Bukan tiada langsung pelanggan tapi kurang seperti selalu.Begitu juga saya tengok di Mcdonald Seri Iskandar,Bota,pelanggan amat kurang,terdapat beberapa orang sahaja yg sedang menikmati hidangan di Mcdonald itu,tidak macam selalu.Ramai pelanggan Mcdonald dan Tesco terdiri dari pelajar-pelajar UITM ,UTP dan beberapa lagi institusi pengajian yg terdapat di Bandar Seri Iskandar.Mungkin ada kesedaran betapa setiap ringgit yg kita belanjakan di syarikat Israel itu,membantu meningkatkan ekonomi regim Zionis Israel yg sepertimana kita tahu kini sedang hebat menyerang Gaza dan membunuh ramai penduduk Gaza yg kebanyakkan yg terkorban adalah penduduk awam terdiri dari kanak-kanak dan wanita.Boikot tetap boikot,tapi berapa lama nk boikot ni,kerana sebelum ini pernah dilancarkan boikot terhadap Mcdonald tapi hanya beberapa hari sahaja sepi tanpa pelanggan,selepas itu kembali ramai pelanggan datang. #PRAY_FOR_GAZA #PRAY_FOR_PALESTINE
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan