moh kite minang anok dare..
anak dare anak dare Bote..
teman jumpe di PADANG TENGGALE"
Itulah lirik lagu yg pernah diglamourkan oleh Mr Os satu ketika dulu,tapi bukan nak cerite pasal lagu ini,ceritanya ialah Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI) telah singgah sebentar di Kampong Padang Tenggala Bota Kanan pada 10hb Mac 2013 iaitu petang semalam dalam program Jelajah Merdeka Rakyat di negeri Perak dimana DSAI telah singgah di beberapa tempat bermula di Kg. Padang Tenggala kemudian ke Bilik Gerakkan PKR Batu 16 Lambor Kanan selepas itu ke Pasir Salak dan berakhir di Teluk Muruh Lumut.
Ketibaan Bas Jelajah Merdeka Rakyat yg membawa rombongan DSAI.Turut sama dalam rombongan ialah kumpulan konvoi kereta dan motosikal yg diberitakan menyambut rombongan DSAI di tol Simpang Pulai dan terus ke Pekan Parit dimana DSAI meluangkan masa sebentar beramah mesra dengan penduduk-penduduk di Pekan Parit sebelum rombongan DSAI ke tempat persinggahan pertama iaitu di Kg. Padang Tenggala,Bota Kanan.
Turun dari bas DSAI telah beramah mesra dengan hadirin yg hadir dan ambil kesempatan untuk bersalaman sebelum DSAI menyampaikan ucapan.
DSAI menyampaikan ucapan dengan kata-kata semangat kepada hadirin menjelang Pilihanraya Umum ke 13 yg hampir pasti akan belaku tidak lama lagi.
Apa pun tidak ada belaku apa-apa kejadian yg tidak diingini iaitu huru hara dari geng samseng UMNO dan Perkasa dan hadirin yg hadir melaungkan "Rakyat Bangkit Bota Berubah" berulang kali.
Setelah habis Program di Kg. Padang Tenggala DSAI terus ke distinasi seterusnya di Bilik Gerakan PKR di Batu 16 Lambor Kanan untuk menyampaikan Tazkirah dan solat Maghrib,cerita di Lambor boleh tengok di Blog TBO http://telokbakong.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan