Ahad, 29 April 2012

Bersih 3.0 di Kuala LUmpur

Bersih 3.0 yg berlangsung di Bandaraya Kuala Lumpur,diberitakan ratusan ribu rakyat dari seluruh negara telah bersama hadir untuk perhimpunan ini.Dari kelmarin lagi mereka telah berhimpun di sekitar Dataran Merdeka.

Gambar-gambar disekitar perhimpunan Bersih 3.0 dapat dilihat di dalam media-media internet dan facebook serta twitter,media-media perdana pro UMNO takkan menayangkan video-video serta gambar-gambar perhimpunan tersebut.Media-media UMNO kata hanya 25 ribu dan ribu-ribu sahaja yg hadir,tetapi surat khabar tamil menyatakan kira 250 ribu peserta hadir,mana satu yg betul,ntah ler.

Disekitar pagi sehingga ke petang semalam keadaan agak terkawal,tapi apabila tiba jam 3 petang tadi Polis sudah mula menunjukkan belang dengan menyebur air dan melepaskan bom pemedih mata.Telah diketahui dari awal ianya akan belaku,tapi peserta perhimpunan tidak gentar bahkan teruskan semangat mereka.




Apakah tindakkan kali ini lebih kasar dari Bersih 2.0,itulah yg belaku  Kuala Lumpur semalam,perhimpunan bersih 3.0 diadakan di Dataran Merdeka tapi najib dan rejim-rejimnya berdolak dalik dan pelbagai alasan telah dikeluarkan dan diberi stadium-stadium sahaja untuk berhimpun.Dia (najib ) kena fikir yg hadir bukan ribuan tapi ratusan ribu,kalu bagi stadium mana boleh menampung seramai itu..


Gambar ini menunjukan peserta bertindak memecahkan kereta peronda polis,kenapa belaku sedemikian,ada sebabnya yg media-media puak umno tidak nyatakan,yg dikatakan di TV UMNO adalah polis cedera di pukul oleh peserta Bersih,tapi yg tidak dinyatakan di TV UMNO ialah,kereta peronda polis ini telah melanggar beberapa orang peserta Perhimpunan.Kejadian ini adakah disengajakan atau di rancang oleh pihak tertentu?

Apakah tuntutan dari Bersih 3.0 ini akan ditunaikan o9leh Najib dan rejimnya?,sama-sama kita lihat nanti,apa pula plan baru yg akan mereka buat untuk terus mengagalkan kemaraan Pakatan Rakyat (PR) untuk menawan Putrajaya dan seterus mengambil alih Pemerintahan Malaysia.

Jumaat, 27 April 2012

Ahad, 22 April 2012

jom join bersih 3.0



Bersih 1.0 sudah berjaya menarik sokongan rakyat,bersih 2.0 berjaya menawan 5 negeri dalam PRU ke 12 yg lalu...kini akan diadakan bersih 3.0...insyaallah berjaya menawan PUTRAJAYA.........




kearah negara yg aman damai dan berdemokrasi...JOM BERUBAH...

Sabtu, 14 April 2012

Demontrasi mansuhkan PTPTN di K.L.

Satu demontrasi menuntut agar dimansuhkan PTPTN telah diadakan pada pagi tadi di Ibu Negara.
Ramai mahasiswa yg telah menyertai himpunan ni menunjukkan tanda ketidakpuasan hati dan menuntut agak dimansuhkan PTPTN ini.

Diawal perhimpunan tersebut pada awalnya di Dataran Merdeka dan hanya disertai 400 orang siswa,tapi apabila bilangan semakin ramai mereka berpindah ke Sogo kerana laluan ke pusat membeli belah itu ditutup.

Beberapa wakil pelajar telah berucap disamping itu antara wakil dari Pakatan Rakyat yg hadir ialah Nurul Izah Anwar dan Tian chua.

PTPTN melahirkan "graduan hutang"

Khamis, 12 April 2012

Siapakah Anak Mufti Umno Bersama Ceramah Pas Ini..??



http://karatijau.blogspot.com/,12 Apr 2012


Peribahasa Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi,yang bermaksud..macam mana bapa macam itulah anak,tidak boleh digunakan dalam perjuangan menegakkan agama Allah apabila Anak kepada Mufti Umno Perak (Dato' Harussani) berbaju coklat dan berketayap putih turut bersama YB Salehudin Ayub semasa ceramah Pas di Taman Soon Choon Ipoh...Peribahasa yang masih kekal sampai bila-bila ialah "Melayu Bangang Umno Menangggg.."dan "Dimana Umno Kuat disitu Banyak Maksiat"
Sumber Gambar : Ajijoiblogspot


berita dari http://bm.harakahdaily.net






Ahad, 8 April 2012

UMNO buat rombongan,PR dan NGO buat BERSIH 3.0

 Adakah semakin dekat PRU ke 13 akan diadakan?,tidak diketahui lagi samada akan di buat bulan Jun ini atau setelah tamat tempoh Parlimen Malaysia iaitu bulan Mac tahun hadapan.

Kerajaan BN masih berusaha untuk mengekalkan kuasa mereka,sekarang ini pelbagai cara mereka gunakan untuk mengambil hati rakyat;terbaru  diberitakan ada Cawangan-cawangan UMNO di Perak bawa orang kampung rombongan ke Melaka dan beberapa negeri lagi.

Apabila UMNO menganjurkan rombongan sebegini,ada setengah orang bertanggapan bahawa pihak telibat dalam rombongan ini iaitu orang-orang kuat UMNO akan mengaut keuntungan dalam rombongan tersebut.Bukan nak dengki cawangan UMNO buat rombongan tetapi orang berkata-kata disana sini mengenai sesuatu aktiviti anjuran UMNO,mereka akan kata "orang kuat-kuat UMNO banyak le dapat untung,aktiviti tak seberapa sangat kosnya".Yg berkata begitu bukan orang PAS ke PKR ke atau DAP,tetapi dari puak-puak UMNO juga.Rombongan itu juga banyak disertai oleh geng-geng atas pagar.

Bukan nk ulas panjang lebar tentang rombongan itu,tetapi nk diwar-warkan pada tanggal 28 April ini BERSIH 3.0 akan kembali diadakan dengan slogan "DUDUK BATAH".

Macam biasalah UMNO akan bertindak sepertimana BERSIH 1.0 dan BERSIH 2.0 yg telah berjaya mengumpul bukan ratusan rakyat sepertimana yg di war-warkan oleh media pro UMNO tetapi puluhan ribu yg hadir,itu yg amat ditakuti oleh UMNO/BN.

Apa pula kaedah yg akan mereka gunakan kali ini untuk menyekat kemaraan rakyat,kita lihat nanti bagaimana perhimpunan yg sudah tentu diadakan dengan aman tapi diganggu keamanan tersebut oleh rejim-rejim upahan UMNO/BN.


Jumaat, 6 April 2012

Nizar tandatangani surat sokongan bukan surat kelulusan

Dari Perak Kite 

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pasir Panjang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengakui menandatangani surat bertarikh 17 Dis 2008 berhubung sokongan terhadap projek pusat pengagihan bijih besi Vale International dan kesahihan kandungan surat berkenaan.

Memang sebagaimana mana-mana Menteri Besar, akan memberi sokongan pada mana-mana syarikat yang mahu melabur dalam negeri yang diurustadbirnya.

Namun surat sokongan bukan bererti surat kelulusan.

Perlu difahami Nizar menandatangani surat sokongan itu pada 17 Disember, dan satu dua bulan selepas itu kerajaan negeri Pakatan Rakyat dirompak Umno-BN.

Sesungguhnya, selaku Menteri Besar Nizar akan memberi surat sokongan berasaskan lampiran perakuan positif atau nasihat pegawai (pengarah) jabatan-jabatan berkenaan mengenai sesuatu projek itu. Adalah tidak mungkin Menteri Besar berbuat sebaliknya.

Pun begitu Nizar mempertahankan bahawa dia memberi sokongan berasaskan lokasi yang berbeza..tapi tentulah Nizar tidak akan dapat membuktikannya kerana tidak dalam poisisi untuk mengaseskan dokumen yang ada di pejabat Menteri Besar lagi. Pun begitu, jika ada sekalipun ia boleh dighaibkan.

Malang buat Nizar kerana tentu tidak berdaya mengemukakan bukti bertulis. Namun hakikat yang nyata ialah jika benar projek itu tidak mendatangkan hasil positif pada negeri Perak., DS Zambry Abdul Kadir yang mengambil alih tampuk pemerintahan dari Nizar masih boleh membatalkannya. Zambry tidak berbuat demikian walaupun memiliki waktu yang panjang daripada Nizar iaitu bermula Disember 2008.

Nemun ditegaskan sekali lagi ialah surat sokongan bukan bererti surat kelulusan. Ia masih tertakluk pada lapuran alam sekitar dan sebagainya..

Perkara itu diakui Nizar selepas Tan Sri Tajol Rosli Ghazali (BN-Pengkalan Hulu) yang menggunakan Perintah Tetap 23 (c) meminta Adun Pasir Panjang itu menyatakan sama ada kandungan surat yang dibacakan oleh Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebelum itu benar atau sebaliknya.
“Saya mengakui surat itu sahih, benar dan saya yang menandatangani surat berkenaan. Surat itu adalah benar,”kata Mohammad Nizar.

Zambry berkata isu berhubung kelulusan terhadap pelaburan projek pengagihan bijih besi oleh Vale International di Perak sepatutnya dijawab oleh Mohammad Nizar kerana beliau menjadi menteri besar ketika itu.

Ngeh mahu penjelasan mengapa kerajaan Barisan Nasional (BN) meluluskan projek bijih besi itu di Teluk Rubiah, Lumut sedangkan kerajaan negeri di bawah pimpinan pakatan pembangkang telah mencadangkan di Tanjung Hantu, Bagan Datoh.

Pakatan Rakyat mencadangkan tetapi yang meluluskan ialah Umno-BN.

Zambry berkata soalan yang dikemukakan oleh Ngeh menimbulkan kehairanan kepadanya kerana isu pelaburan Vale di Perak yang dimainkan bagi kepentingan politik pembangkang sepatutnya ditujukan kepada Mohammad Nizar yang bertanggungjawab sebagai menteri besar semasa pentadbiran pembangkang.

Vale mencapai kata putus mengenai rundingan dengan Harta Makmur Sdn Bhd yang merupakan pemilik kepada tanah di Teluk Rubiah dan menteri besar pada ketika itu telah mengeluarkan surat sokongan kepada projek itu bertarikh 17 Dis 2008, kata Zambry.

Kandungan surat itu akui bahawa projek Vale itu akan mendapat lesen
pelaburan dan insentif. Surat itu turut memaklumkan Perak berasa sukacita apabila dimaklumkan mengenai perkembangan positif antara Vale dan Harta Makmur berhubung tapak tanah. Selain itu, Perak akan memproses pindah milik itu dan tukar syarat tanah daripada pelancongan kepada industri,” katanya.

Pada Sabtu lepas, Mohammad Nizar, Ngeh dan Adun Tronoh V. Sivakumar menyertai 100 anggota Jaringan Aktivis Alam Sekitar Perak (JAASP) mengadakan bantahan operasi syarikat bijih besi Vale SA di Teluk Rubiah yang didakwa akan memusnahkan alam sekitar di kawasan itu.

Khamis, 5 April 2012

Vale: Nizar cabar Zambry dedah semua dokumen

 




IPOH, 5 April:
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir perlu mendedahkan semua dokumen tentang projek pusat pengagihan bijih besi Vale International kepada umum.

Ketua Pembangkang Dun Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, Zambry tidak boleh memilih dan mendedahkan satu surat sahaja tetapi perlulah mengemukakan semua surat-surat termasuklah surat kelulusan projek oleh Kerajaan BN.

Zambry perlu dedahkan semua dokumen termasuklah minit-minit mesyuarat, dan perjanjian antara kerajaan dan pihak Vale,” katanya dalam sidang media di lobi Dewan Undangan Negeri Perak, hari ini.

Menurutnya, surat yang didedahkan oleh Zambry semalam telah menyatakan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat ketika itu akan mempertimbangkan cadangan projek di teluk Rubiah jika ianya telah mematuhi syarat oleh Ministry of International Trade and Industry (MITI) dan Pejabat Tanah dan Galian.

Kita (Pakatan Rakyat) memberikan kebebasan kepada pelabur serta kita raikan mereka dan kita akan membuat keputusan setelah kita mendapat laporan-laporan daripada agensi-agensi kerajaan termasuklah Tenaga Nasional Berhad (TNB), Ministry of International Trade and Industry (MITI), Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Pertahanan, dan Environmental impact Assessment(EIA),ujarnya.

Nizar menjelaskan, surat yang didedahkan oleh Zambry semalam hanyalah surat meraikan pelabur untuk melabur dan bukannya surat kelulusan.

Saya cabar Dr Zambry tunjukkan kepada rakyat semua surat yang Vale terima untuk menjalankan projek itu.

Selepas semua dokumen didedahkan barulah rakyat tahu siapa sebenarnya berbohong,” tegasnya.

Katanya, Pihak Vale sudah berjumpa dengan kerajaan BN sebelum Pakatan Rakyat memerintah dan inginkan projek tersebut dijalankan di Teluk Rubiah.

Selepas Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan, Vale berjumpa dengan kami dan mengemukakan dua cadangan tempat iaitu di Bagan Datoh dan Sagari, tetapi bukan Teluk Rubiah, jelasnya.


Semalam, Menteri Besar, Dr Zambry telah mendedahkan surat yang ditandatangani oleh Menteri Besar ketika itu, Nizar tentang sokongan terhadap projek Vale dan kesahihan kandungan surat berkenaan.

Daripada surat yang dikeluarkan itu, ada dinyatakan bahawa Nizar selaku Menteri Besar ketika itu mengutus surat sokongan kepada Pengarah Pemasaran Komersial Vale, Mr Renato Neves.

Nizar mengakui kesahihannya surat itu namun ianya hanya surat sokongan dan bukannya surat kelulusan projek.

Beliau sangat seronok dan berterima kasih kepada Dr Zambry kerana mendedahkan surat sokongan terhadap projek tersebut kerana ianya telah menggambarkan hubungan baik antara Kerajaan Pakatan Rakyat kepada pelabur.

Sidang Dewan Undangan Negeri Perak hari ini bersidang untuk hari ketiga dan akan berakhir pada hari Isnin minggu hadapan.

Selasa, 3 April 2012

Bersih 3.0 diteruskan 28 April dengan 'Duduk Bantah'

Penganjur BERSIH 3.0 hari ini mengumumkan bahawa perhimpunan tersebut akan diteruskan pada penghujung bulan ini - 28 April - di Dataran Merdeka, pusat bandar Kuala Lumpur.

Pengerusi bersama Gabungan Menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0), Datuk A Samad Said ketika mengumumkan perkara itu berkata perhimpunan berkenaan akan diadakan dengan slogan 'Duduk Bantah.'
Perhimpunan yang anjurkan bersama dengan 84 NGO lain itu juga akan diadakan serentak di seluruh negara dan dunia, kata sasterawan negara itu lagi.
Perhimpunan kedua pada 9 Julai tahun lalu dihadiri puluhan ribu rakyat yang menuntut supaya lapan perkara itu dilaksanakan.
Kerajaan kemudiannya menubuhkan Jawatankuasa Penambahbaikan berhubung Pilihan Raya (PSC) untuk mencadangkan perkara untuk menambahbaik pilihan raya.
Laporan jawatankuasa itu dikemukakan ke parlimen semalam dengan bantahan oleh wakil pembangkang.