botaonline

botaonline

Isnin, 21 Mei 2012

Santai Bersama Ustaz Radzi Melissa


Program santai bersama dengan Ustaz Radzi Melissa pada hari Jumaat ini,25hb mei 2012 di Kampung Aji,Bota Kiri,berhampiran Simpang Empat Bota Kiri.Program Nyanyian lagu-lagu ketuhanan dan Ceramah Agama yg akan disampaikan oleh Ustaz Radzi yg dahulu adalah vokalis Kumpulan Melissa, dahulu popular dengan lagu "Cinta Untuk Nabila".

Datanglah beramai-ramai...............

Jumaat, 18 Mei 2012

Bapa Kafir: Saman terhadap NST minggu depan


Harakahdaily,18 Mei 2012

(Laporan NST yang mendakwa Nik Aziz bapak kafir)

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menghantar notis saman kepada semua yang terlibat dengan laporan berita 'Nik Aziz father of kafir'.

Saman pula akan difaikan minggu depan terhadap mereka yang terlibat di New Strait Times dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor.

Saman itu dibuat ekoran kegagalan kedua dua pihak memohon maaf dan menarik balik tuduhan terhadapnya sebagai “bapa kafir” dalam tempoh yang diberikan.

Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS Kelantan Hisham Fauzi(gambar) berkata, pihaknya kini sudah menyiapkan sepenuhnya dokumen dan dijangka memfaikan saman tersebut Isnin depan.

"Minggu depan kita akan faikan saman terhadap kedua-dua pihak tersebut, dan kita jangka ianya boleh dibuat Isnin ini," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Sebelum ini, pihaknya telah memberi tempoh 24 jam untuk Rahim menarik balik kenyataan dan memohon maaf secara terbuka kepada Tuan Guru Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS itu.

Bagaimanapun tiada sebarang respon daripada Rahim malah beliau tampil menafikannya pula.

Isnin lalu pula, pihaknya menghantar notis saman kepad NST dengan memberi tempoh 48 jam untuk akhbar milik Umno itu memenuhi tuntutan.

Selain New Straits Times (NST), notis saman itu turut menamakan Ketua Editor NST serta tiga orang wartawan yang terlibat dengan berita itu iaitu Rahmah Ghazali, Lim Poh Lean dan Nik Imran Abdullah.

Notis itu antara lain menuntut NST menyiarkan penarikan balik dan permohonan maaf di muka hadapan akhbar itu, manakala enam kali dalam muka yang lain.

Mereka juga menuntut disiarkan satu muka penuh sama permohonan maaf itu di akhbar Berita Harian ataupun Utusan Malaysia.

Selain itu, turut dituntut bayaran RM1 juta sebagai gantirugi penyelesaian luar mahkamah.


Selasa, 15 Mei 2012

Sudah Hampirkah PRU ke 13 ?

PRU ke 13 kenapa masih menjadi tanda tanya dan seakan-akan tidak akan belaku dalam masa terdekat ini.Memang kita lihat kempen dari UMNO dan sekutu-sekutunya heboh didalam kaca TV dan radio seperti sudah terbubar parlimen tapi masih lagi belum bubar,apakah najib tidak berani nak bubarkan atau nak tunggu tempoh parlimen tamat?.

Ntah ler kome,rasanya najib masih lagi nak peram parlimen kita ni sampai cukup masaknya,akibat dari bersih 3.0 adalah faktor najib makin jauhkan lagi tempoh untuk bubar parlimen,tapi jika awal pun tak apa sebab sudah bersedia untuk menghadapi PRU ke 13 ini.


Seandainya UMNO dan BN tumbang dalam PRU kali ini apakah akan terjadi kepada mereka agaknya..?,kalu nak tengok,kita tumbangkanlah mereka pada pilihanraya ini untuk dapat tahu lebih lanjut.Mari kita tengok nanti....


Perhimpunan ulangtahun UMNO telah pun berlangsung baru-baru ini,kehadiran kata TV pro mereka dalam 100 ribu lebih,tapi ntah ler rasanya tak sampai sebab stadium bukit jalil hanya boleh memuatkan 80 ribu lebih aje dan dilihat sendiri banyak bangku kosong,ntah ler yop,yong..........











Bersih 3.0 telah pun diadakan tapi nampaknya tidak apa-apa tindakkan dari SPR,yg heboh sekarang ini dakwa terhadap Ambiga dan pihak yg terlibat dalam Bersih 3.0.,nampak benor resah gelisah UMNO dan sekutunya,sampai permohonan dari Bersih tidak ada tindakkan,maka akan datang Bersih 4.0 akan berlansung pula..

Jumaat, 11 Mei 2012

Raksasakah Perhimpunan UMNO di Stadium Bukit Jalil..????

Perhimpunan raksasa UMNO malam semalam disiarkan live di TV pro mereka dengan ucapan dari Mr Presiden yg begitu bersemangat untuk mempertahankan Putrajaya sehingga tidak dapat diambil alih oleh Pakatan Rakyat.Ucapan bersemangat Najib memperkatakan bertapa UMNO lah segala-galanya,ungkit-mengungkit dari segi beri wang RM500,sampai ke bantuan kepada warga emas,seakan-akan menyatakan UMNO beri rakyat rezeki bukan dari ALLAH SWT.Nauzubillah.....



Selain itu Najib berkata,perhimpunan kita ini lebih baik dan ramai dari perhimpunan Bersih 3.0 sebab di jaga dengan baik oleh Polis dan tiada huru hara,tidak belaku apa-apa kejadian yg tidak diingini,lebih kurang macam itulah najib berucap,dan najib juga berkata sudah diberi stadium Bukt Jalil tak mahu,stadium Merdeka tak mahu digunakan,apa lagi yg mereka mahukan lagi.

Sebenarnya Perhimpunan Bersih tidak boleh dibuat di stadium sebab yg hadir begitu ramai yop..,Contohnya kalau dibuat di Stadium Bukit Jalil yg hanya boleh muat 100 ribu orang sahaja,tapi jumlah yg hadir dalam Bersih 3.0 berlebih-lebih lagi dari itu,macamana nak gunakan stadium,baik gunakan Dataran Merdeka lagi bagus,lebih selesa berhimpun di Dataran dari stadium.



Barulah betul dikatakan perhimpunan raksasa yg dihadiri pelbgai golongan dari yg tua mahu pun yg muda-muda.Yg hadir mesti lah dibayari,tiap kali program UMNO begitulah,sudah tahu dari awal lagi,UMNO tanpa duit,bas,makan free dan t'shirt free tiadalah orang nak join program.sudah jadi amalan dari dulu lagi.



Begitulah bila sokongan sudah merosot macam-macam cara untuk bertahan,UMNO jika di kira kembali adalah sebuah parti melayu yg baru sebab UMNO terdahulu telah diharamkan,maknanya UMNO ni belum lagi 66 tahun.UMNO atau nama melayunya Parti Kebangsaan Melayu Bersatu adalah parti melayu yg telah telah lama ujud di Malaysia ini tapi dah diharamkan pada tahun 1988 dan diujudkan kembali dengan nama UMNO juga.Kata puak-puak UMNO"tiada nama yg indah lagi,hanya UMNO ajer ler...".

Ahad, 6 Mei 2012

HA Haa MUFTI ohhh MUFTI

Demonstrasi HARAM!!!!! Kata Majlis Fatwa!! Malas nak ulas. Tuduh Anwar Liwat halal atau saja buat-buat  membisu.. Tuduh Badrul Amin Khalwat halal, tuduh AZMIN Ali pulak sekarang terlibat dengan seks,,,, diam membisu...

Besok nanti ada orang tuduh Mufti liwat, amacam!!!!

http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/10107-jangan-sempitkan-fatwa-untuk-demonstrasi-sahaja-

Sabtu, 5 Mei 2012

Cempakasari Parit sunyi sepi tanpa pembangunan

Pulau atau Taman Cempakasari yg terletak di Pekan Parit dahulunya menjadi tempat orang ramai beriadah dan beristirehat di hujung-hujung minggu dan waktu cuti-cuti yg lain,terbaru ini saya telah pergi ke lokasi tersebut,saya lihat suasana terbaru Taman Cempakasari sudah tidak seperti dahulu,keadaan sunyi sepi.Kenapa jadi sebegitu,sebabnya Taman tersebut kosong tiada apa lagi seperti dahulu yg dihiasi langskap pokok-pokok bunga,Taman Permainan dan ada pondok-pondok rehat serta Resort.



Yg ada hanya bangku-bangku usang dan pokok-pokok besar yg menghiasi taman ini,sepatutnya pihak berkenaan harus mengambil langkah untuk memajukan taman Cempaksari ini,kerana ini adalah salah satu tarikan pelancong,macamana dengan pihak yg berkenaan ini,tapi tahun ini adalah tahun melawat perak 2012,sepatutnya dari awal-awal lagi taman ini sudah dibaik pulih.


Bersempena tahun melawat Perak 2012 ni sepatutnya Taman Cempakasari kelihatan cantik,bukan seperti sekarang ini,seperti taman yg tidak terurus.Kembalikan Taman Cempakasari ini agar ia seperti dahulu kembali dengan ada resort dan taman-taman permainan serta pokok-pokok bunga,jangan nampak rupa taman tinggal tanpa pemerhatian.


oleh:kaki lepak Pekan Parit....

Jumaat, 4 Mei 2012

Seminggu Bersih 3.0 berlalu pergi....

Diam tak diam sudah seminggu berlalu,Bersih 3.0 mencatat satu lagi sejarah dalam negara kita yg  mana kehadiran ratusan ribu dari seluruh negara datang membanjiri Ibu Negara bagi menyertai Perhimpunan terbesar Bersih 3.0.

Selama hampir seminggu ini,tiap-tiap hari TV dan media pro BN menyiarkan berita tentang bersih,bukan cerita tentang apa yg baik-baik atau apa yg terjadi semasa Bersih berlangsung tapi cerita keburukan terhadap Bersih 3.0 itu.Sudah diketahui dari awal lagi media-media mereka akan menghebahkan kepada rakyat yg bersih 3.0 ini ganas dan tidak mematuhi undang-undang,cerita sebenarnya dimana kereta peronda polis melanggar peserta bersih tidak dinyatakan dalam berita-berita dari TV1,TV2 atau TV3 mahupun di Astro.


Adakah PRU ke 13 akan ditunda lagi dari?,hanya najib dan geng-geng rapat saja yg tahu.Dari sumber-sumber yg boleh dipecayai,najib akan melambatkan lagi PRU sebab takut dengan kebangkitan rakyat yg sudah mula beri sokongan terhadap Pakatan Rakyat.

Tapi dalam desas desus dari media pro pembangkang pula akan belaku sekali lagi Perhimpunan Bersih 4.0,sekiranya tuntutan dari Bersih tidak dikotakan oleh SPR,mungkin akan lagi ramai yg akan hadir ataupun diadakan diseluruh negara serentak.Tunggu nanti,kemunculan Bersih 4.0.

UMNO kini telah bawa cerita baru supaya rakyat boleh melupakan tentang Bersih 3.0,timbul cerita tentang skandal seks YB Azmin Ali,lepas ni apa pulak cerita depa nak bawak,dok tengok aje ler nanti.