Ahad, 6 Januari 2013

Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) 12 januari ini


Selamat tahun baharu 2013 masihi.Di tahun baru ini tirai dibuka dengan pelbagai cerita-cerita panas politik semasa dalam negara ini.Bukan nak cerita politik panas-panas tapi nak ceritakan disini tentang akan belaku lagi satu perhimpunan di ibu negara pada 12 januari ini,tidak banyak hari lagi ni.Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) adalah kemuncak dari himpunan-himpunan sebelum ini iaitu Bersih 1.0,Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 serta beberapa lagi perhimpunan lagi.




Perhimpunan kali ini ingin mengumpul sejuta rakyat untuk bersantai dan lepak-lepak di Kuala Lumpur dalam satu perhimpunan yg diadakan secara aman tanpa ada kekacauan.Cuma seperti yg belaku pada perhimpunan -perhimpunan sebelum ini,ada pihak lain sengaja mencetuskan huru hara sampai ada yg terkorban.demokrasi bersuara di negara ini telah di lacurkan oleh kerajaan persekutuan.

Maklumat mengenai HKR di hebahkan dari internet dan media-media bukan dari media pro UMNO BN kerana media pro mereka ini tidak akan menghebahkan maklumat mengenai HKR bahkan akan mengatakan perhimpunan anjuran pembangkang gagal dan huru hara..tak caye tengok ler nanti....


Kali ini suara jutaan rakyat akan didengari,zaman kebangkitan rakyat sudah bermula..Perubahan akan belaku........jom berubah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan