Setelah selesai menunaikan fardhu haji di tanah suci Mekah,kumpulan pertama jemaah haji telah selamat sampai ke tanah air.Kumpulan pertama jemaah haji itu tiba dengan menaiki pesawat Saudi Airlines di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada jam 9.30 malam.
Selamat kembali diucapkan kepada jemaah-jemaah haji semoga mendapat haji yg mabrur insyallah.Semoga segala amalan dan ibadah yg telah mereka kerjakan di tanah suci dapat diterima oleh Allah SWT.
Segala urusan Tabung Haji,perjalanan para jemaah haji berjalan lancar dan selamat,begitulah kata Ketua Pegawai Operasi Tabung Haji Datuk Kamaruddin Mat Ali.
Begitulah yg sama-sama kita inginkan,apabila kita ke sana untuk menunaikan fardhu haji adalah untuk mendapatkan haji yg mabrur,bukan saja-saja untuk tengok keadan kota tanah suci itu ataupun makan angin.Sekali lagi diucapkan selamat kembali ke tanahair jemaah-jemaah haji semua.
Sabtu, 12 November 2011
Khamis, 10 November 2011
Inilah Manusia Jenis Paling Biadap, Ingkar, Derhaka & Lawan Allah
Ingatkan kak mah ni akan
sentiasa bertudung ketika berada ditanah suci..sebab kat tanah suci kan ke semua
muslimah pakai tudung.. (walaupun sebenarnya bertudung ni wajib tak kira kat
malaysia ataupun kat tanah suci..) biasanya kalau kat tanah suci ni orang akan
berubah walaupun sekejap... tapi kak mah tetap jugak tak mahu berubah walaupun
kat tanah suci.
Kalau tidak Makkah tak pula digelar Tanah Haram...maksud di sini tinggalkan perkara haram...Tapi tidak pada amNO...yang haram itulah yang disukai sangat dia buat tak peduli tanah haram pun... Jadi tetamu Allah tapi biadab... Kalau kat negara sendiri hidup dengan begitu sombong dan bongkak tapi bila masuk dan jadi tetamu ALLAH tu biarlah tertib dan sopan.
![]() |
Kat Tanah suci pun tetap sama macam ketika hendak berangkat. Jambul burung merbah sentiasa kehadapan.
|
Kalau tidak Makkah tak pula digelar Tanah Haram...maksud di sini tinggalkan perkara haram...Tapi tidak pada amNO...yang haram itulah yang disukai sangat dia buat tak peduli tanah haram pun... Jadi tetamu Allah tapi biadab... Kalau kat negara sendiri hidup dengan begitu sombong dan bongkak tapi bila masuk dan jadi tetamu ALLAH tu biarlah tertib dan sopan.
![]() |
Memperbetulkan baju suami sebelum berangkat ke
tanah suci tapi tidak pada tudung kepala yang terlondeh tu
![]() |
| Bersiap sedia untuk berangkat |
ADA SUAMI PUN DAH JADI MACAM TONGKOL KAYU.
TAKUT BINI. TAK BERANI BERSUARA DAN MENEGUR KESALAHAN ISTERI. GOLONGAN YANG
BIADAP, INGKAR, DERHAKA & LAWAN ALLAH TIDAK SEPATUTNYA DI ANGKAT UNTUK
MEMIMPIN KITA.
Isnin, 7 November 2011
Pakatan Rakyat mula Terperangkap?
Oleh: jojo
"
Sesungguhnya, "bulan madu" Pakatan Rakyat sudah tamat
tempohnya. Malah, "keghairahan untuk menukar kerajaan persekutuan" di kalangan
rakyat sedikit sebanyak menyurut selepas lebih tiga tahun lanskap politik
Malaysia dilanda "tsunami". Namun, masih ramai yang yakin bahawa PR mampu menggegarkan Barisan Nasional dalam PRU 13 akan datang. Sekurang-kurangnya BN terpaksa berhempas-pulas dalam PRN Sarawak pada April 2011, mempertahankan kubunya di bumi kenyalang itu.
(SETERUSNYA KLIK DI SINI)
Sabtu, 5 November 2011
SELAMAT HARI RAYA EIUDUL ADHA
KULLU AAM WANTUUM BIKHAIR KEPADA SEMUA YAG TERCAPAI OLEH BLOG INI. MAAF ZAHIR DAN BATHIN!!
KELAMBU KAABAH PUN DITUKAR SEMASA ORANG BERUQUF DI ARAFAH
KELAMBU KAABAH PUN DITUKAR SEMASA ORANG BERUQUF DI ARAFAH
Khamis, 3 November 2011
'Saya hanya perlu syafaat Nabi Muhammad'
Exco agama Selangor Datuk Dr Hassan Ali berkata, beliau tidak kisah jika terdapat pihak yang tidak menyokong usahanya mempertahankan akidah umat Islam, termasuk penentangan beliau dalam isu penganjuran program berkaitan lesbian, seks, biseksual dan transeksual (LGBT).
"Saya tak perlu semua itu. Saya hanya perlu sokongan Nabi Muhammad di akhirat kelak untuk dapatkan syafaat Baginda," tegasnya.
Isu kontroversi itu muncul ekoran penganjuran program berkaitan, "Seksualiti Merdeka" di Kuala Lumpur.
Seksualiti Merdeka adalah festival tahunan yang meraikan hak asasi manusia rakyat yang terdiri daripada pelbagai orientasi seksual dan identiti jantina.
Ia dianjurkan oleh sekumpulan gabungan longgar NGO, artis, aktivis dan individu sejak 2008.
Program festival itu, termasuk forum, ceramah, bengkel, pelancaran buku, pameran seni dan persembahan.
Ia akan berlangsung dari 9 hingga 13 November dan dijangka dirasmikan oleh Ketua BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan.
Bercakap dalam sidang media selepas merasmikan sebuah seminar di Shah Alam hari ini, Dr Hasan bagaimanapun bersyukur kerana setakat ini pemimpin PAS memahami pendiriannya, termasuk penyertaannya dalam perhimpunan anti-murtad baru-baru ini.
"Saya ucapkan terima kasih atas jiwa besar ini," kata bekas pesuruhjaya PAS Selangor itu.
Beliau juga menegaskan bahawa perjuangan memantapkan akidah umat Islam sentiasa menjadi keutamannya.
"Hasan Ali, Hasan (untuk) akidah. Hasan Ali, hidup akidah, mati pun atas nama akidah," tegasnya.
Dr Hasan antara pemimpin PAS yang sering dilanda kontroversi ekoran pendiriannya yang sering berbeza pendapat dalam pelbagai isu.
Terbaru apabila beliau memutuskan menyertai Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) di Shah Alam ketika PAS negeri melarang anggotanya terlibat.

Rabu, 2 November 2011
Jangan sampai polis dianggap pelindung BN
KUALA LUMPUR, 2 Nov: Polis perlu cekap bertindak terhadap pencetus provokasi sebagaimana mereka agresif bertindak kepada himpunan aman Bersih 2.0, kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.
Beliau mengulas ucapan Ketua Penolong Pengarah Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Mohd. Sofian Md. Makimuddin di taklimat Majlis Penerangan Perdana Peringkat Negeri Sabah seolah-olah apa yang berlaku ialah kerana Pakatan Rakyat.
Turut hadir, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan dan Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria.

Selasa, 1 November 2011
Waran tangkap dikeluarkan ke atas Bob Lokman
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah mendapat waran tangkap ke atas Pelakon, pengacara dan penulis lirik terkenal Bob Lokman kerana didakwa menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah.
Portal berita the Star.com memetik pengarah JAIS, Marzuki Hussin memberitahu wartawan di Shah Alam bahawa waran tangkap itu dikeluarkan pada 28 Oktober lalu yang membolehkan Bob ditangkap jika dikesan di negeri itu
“Jabatan kami sedang mencari Bob (kanan), kerana beliau dikehendaki membantu siasatan yang membabitkan dirinya. Kami dalam proses mengambil tindakan undang-undang bagi membolehkan Bob hadir di mahkamah (syariah).
“Beliau akan dibebaskan dengan jaminan selepas kenyataannya diambil,” kata Marzuki dipetik akhbar itu.
Bob ditahan di Masjid Kampung Sungai Lui, Hulu Langat pada 10 Oktober lalu kerana didakwa menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah kepada kira-kira 70 hadirin.
Portal berita the Star.com memetik pengarah JAIS, Marzuki Hussin memberitahu wartawan di Shah Alam bahawa waran tangkap itu dikeluarkan pada 28 Oktober lalu yang membolehkan Bob ditangkap jika dikesan di negeri itu
“Jabatan kami sedang mencari Bob (kanan), kerana beliau dikehendaki membantu siasatan yang membabitkan dirinya. Kami dalam proses mengambil tindakan undang-undang bagi membolehkan Bob hadir di mahkamah (syariah).“Beliau akan dibebaskan dengan jaminan selepas kenyataannya diambil,” kata Marzuki dipetik akhbar itu.
Bob ditahan di Masjid Kampung Sungai Lui, Hulu Langat pada 10 Oktober lalu kerana didakwa menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah kepada kira-kira 70 hadirin.
Langgan:
Catatan (Atom)