Penjelasan ringkas dari Dr. Asri tentang isu Kalimah Allah......
Selasa, 7 Januari 2014
Penjelasan Isu Penggunaan Kalimah Allah Oleh Bukan Islam
Selasa, 17 Disember 2013
Baru kome tau...sekarang ni semuanye dah naik.......
Itu dia....Selepas aje PRU ke 13 adalah masa bertenang untuk kerajaan yg baru diberi mandat iaitu Barisan Nasional (BN) memulakan kerja-kerja sebagai pemerintah baru.Tapi tak sampai setahun maka bermulalah apa yg telah dikatakan oleh pemimpin Pakatan Rakyat (PR) semasa kempen dulu...jangan kite bagi ameno be end berkuase lagi,nanti mereka akan bagi rakyat susah...
Tak ngape ler kome itu adalah hadiah dari kerajaan BN kepada kite semua,walaupun hanya 47% aje undi deme tapi deme dapat juge memegang tampuk pemerintah,kesannya semua tanggung bebanan...memang la puak ameno tidak nampak sangat marahnya tapi disebaliknya puak mereka ni ler sama dok marah dengan tindakkan boss-boss mereka menaikkan semua jenis harga barang keperluan,marah dalam diam aje tu....
Itu ler kome,,,bile harga minyak naik aje maka semua benda akan naik kecuali mereka yg orang tua yg udoh tak lalu nak naik tangge,jenuh deme cari lif tapi tak jumpe..sudahnye balik orang tua tu...heheheeeee...
Ni ler bila tak dengar pesan tok guru,,kan tok guru ada bagitau dulu,jangan pangkah ameno be end lagi,nanti kome susoh....kan kata-kata tok guru tu jadi kenyataan maka tangung ler sampai PRU ke 14 nanti....tu pun jike udah sedor,kalau tak sedor lagi,sampai sudah ler kite jadi rupe ni aje.......
BOTAONLINE.COM
Dimulakan dengan kenaikan harga minyak,lepas tu harga barang,harga itu harga ini...last-last cukai pintu,bil astro,sampai ler ke tol di lebuhraya-lebuhraya di seluruh Malaysia.....bak kate orang bota ler...deme semue udoh metoo...kome wehh....
Tak ngape ler kome itu adalah hadiah dari kerajaan BN kepada kite semua,walaupun hanya 47% aje undi deme tapi deme dapat juge memegang tampuk pemerintah,kesannya semua tanggung bebanan...memang la puak ameno tidak nampak sangat marahnya tapi disebaliknya puak mereka ni ler sama dok marah dengan tindakkan boss-boss mereka menaikkan semua jenis harga barang keperluan,marah dalam diam aje tu....
Itu ler kome,,,bile harga minyak naik aje maka semua benda akan naik kecuali mereka yg orang tua yg udoh tak lalu nak naik tangge,jenuh deme cari lif tapi tak jumpe..sudahnye balik orang tua tu...heheheeeee...
Ni ler bila tak dengar pesan tok guru,,kan tok guru ada bagitau dulu,jangan pangkah ameno be end lagi,nanti kome susoh....kan kata-kata tok guru tu jadi kenyataan maka tangung ler sampai PRU ke 14 nanti....tu pun jike udah sedor,kalau tak sedor lagi,sampai sudah ler kite jadi rupe ni aje.......
BOTAONLINE.COM
Jumaat, 15 November 2013
Tidur masa khutbah Jumaat lagi syok dari tidur di hotel lima bintang - Ustaz Azhar Idrus
Sebagai sajian untuk tatapan kita bersama,penjelasan dari Ustaz Azhar Idrus tentang tidur ketika khutbah Jumaat sedang disampaikan....sebabnya masa khutbah Jumaat disampaikan,memang ramai yg tidur dari mendengar khatib yg sedang menyampaikan khutbah itu....
Isnin, 4 November 2013
PAS kekalkan kemenangan di Sungai Limau
Tahniah...!!!!!!!, kepada PAS diatas kemenangan dalam Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Sungai Limau yg telah diadakan hari ini dan keputusan rasmi telah diumumkan,calon PAS Ustaz Mohd. Azam Abd. Samat menang dengan mendapat 12,069 undi,manakala calon BN Dr. Ahmad Sohaimi Lazim mendapat 10,985, dengan majoriti 1,084.
Bilangan undi majoriti yang diperoleh Mohd. Azam merosot dibandingkan dengan majoriti yang diperoleh ,Al Marhum Tan Sri Azizan Abdul Razak berjumlah 2,774 undi.Akan tetapi undi yg diperolehi oleh BN kali ini bertambah dari PRU ke 13 yg lepas.Dalam PRU ke 13 Mohd. Fadzillah Mohd. Ali yang memperoleh 10,520 undi.Manakala PRK kali ini Dr. Ahmad Sohaimi Lazim yang memperolehi undi 10,985 undi,tambahan 465 undi.
Apa lagi hendak dikata BN terima sajalah keputusan ini dengan terbuka,walaupun jutaan ringgit teklah ditaburkan dalam kempen,projek-projek mee segera,jentera-jentera kerajaan digunakan serta artis-artis telah dijemput untuk turut sama berkempen untuk BN,tapi apakan daya telah ditentukan oleh Allah,DUN Sungai Limau masih milik PAS.
Kemenangan PAS di Sungai Limau cukup bermakna di Tahun Baru Hijrah 1435H ini,kerana selain menyambut Maal Hijrah,turut sama menyambut kemenangan Islam.
SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH 1435 DARI BOTAONLINE..
Sabtu, 2 November 2013
Walau apa walau kenapa....ianya tidak akan dilaksanakan.....
Walaubagaimanapun.........selagi UMNO BN masih memerintah,tidak akan mereka laksanakan hukum hudud,mereka akan bagi pelbagai alasan-alasan....video ini sebagai tontonan kita bersama dan ambil maklum kata-kata tok guru.....
Khamis, 24 Oktober 2013
Kanun Syariah: Kelantan ucap tahniah kepada Brunei
| Rizal Tahir, | 24 Okt 2013 |
KOTA BHARU: Kelantan
mengucapkan tahniah pada kerajaan Brunei Darussalam kerana telah tampil
sebagai negara pertama di Asia Tenggara yang melaksanakan Kanun Jenayah
Syariah.Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, kesungguhan Brunei dalam melaksanakan perlaksanaan itu sewajarnya menjadi contoh oleh negara lain, termasuk Malaysia.
Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan majlis Inovasi Peringkat Negeri Kelantan, di Dewan Teratai di Kota Darulnaim di sini hari ini.
Pada masa yang sama Ahmad mengharapkan kerajaan Pusat turut melaksanakan langkah yang sama bersesuaian dengan negara ini meletakkan Islam sebagai agama rasmi dalam Perlembagaan Negara.
“Saya ingin merakamkan ucapan tahniah pada kerajaan Brunei telah menjadi negara contoh di Asia Tenggara apabila telah menjalankan tanggungjawab itu di negaranya.
“Sebagai sebuah negeri yang Membangun Bersama Islam, kita begitu berbangga sekali,” ujarnya.
Sambungnya lagi, amat wajar Malaysia juga turut mengikut jejak langkah negara berkenaan bagi memastikan keamanan sentiasa terjamin di negara ini.
Kerajaan negeri, katanya telah memperuntukkan RM1 juta 2014 ke arah perlaksanaan Kanun Jenayah Syariah ll.
“Ertinya komitmen kita untuk menjayakan perlaksanaan hukum syariah itu sentiasa ke hadapan dengan pelbagai pendekatan baru untuk menjayakannya dan diperkemaskan lagi,” ujarnya.
Berita Dari : http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/22982-kanun-syariah-kelantan-ucap-tahniah-kepada-brunei-
Sabtu, 5 Oktober 2013
Gandingan ulama, profesional sejak zaman khilafah
| Aslani M, | 05 Okt 2013 |
MACHANG: Sejak zaman Khulafah Ar Rashidin lagi ulama
dan profesional berganding erat memacu pentadbiran kerajaan Islam bagi
meneruskan kesinambungan pemerintahan diasaskan baginda Rasululllah SAW.
Mursyidul
Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, sejak zaman Khulafah
Ar Rashidin lagi ulama dan profesional berganding erat mentadbir
kerajaan ketika itu.
“Islam sejak awal lagi satukan ulama dan profesional dalam sebuah pentadbiran. Cuma sekarang ada pihak yang cuba hendak pisahkan ulama dan profesional dengan mewujudkan entiti yang berasingan.
“Mereka lakukan semua itu berpangkal dari sejarah yang panjang. Ini kerana di zaman awal gereja menguasai segenap aspek kehidupan manusia di barat. Dan lama-kelamaan akhirnya timbul penentangan bagi memisahkan kerajaan dengan gereja.
“Maka tidak peliklah sekarang usaha-usaha berterusan dilakukan bagi memisahkan ulama dan profesional. Sengaja mereka hendak pecah-pecahkan PAS kepada dua kelompok,” katanya ketika merasmikan Muktamar Dewan Muslimat PAS Kelantan di Markas Dewan Ulama di Labok hari ini.
Hadir sama wakil Dewan Musimat PAS Pusat, Dr Asiah Ali, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Zulkifli Mamat, Ketua Muslimat PAS Kelantan, Siti Zailah Mohd Yusof, Ketua Wanita PKR, Noraini Hussain dan Adun Kemuning, Rosli Ismail.
Pemilihan pada muktamar Dewan Muslimat hari ini mencatat sejarah apabila tiada pertandingan sebarang jawatan termasuk 10 anggota jawatankuasanya.
Siti Zailah kekal sebagai ketua, Wan Ubaidah Omar (timbalan) dan Rohani Ibrahim (Naib Ketua), manakala 10 anggota jawatankuasa yang dikekalkan iaitu Zainiah Abdul Halim, Arniwati Sabirin, Ahlaami Abdul Halim, Hafizah Abdullah, Khairiah Mohamad.
Selain itu Norhashimah Deraman, Ilvira Dasuki, Mumtaz Mohd Nawi, Dr Roselisa Muhamad dan Zaharah Mohamad. Keputusan itu diumumkan Bendahari PAS Machang, Zakaria Yaakub yang bertindak sebagai ketua jawatankuasa pemilih.
Sebelum ini media harian saban hari memainkan isu profesional dan ulama dalam PAS bagi memperlihatkan pertembungan serius dua kelompok tersebut menjelang muktamar November hadapan.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan berkata, pertembungan ulama dan profesional dalam PAS sengaja dibesar-besarkan setiap kali berlaku pemilihan sempena muktamar PAS.
Mursyidul
Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, sejak zaman Khulafah
Ar Rashidin lagi ulama dan profesional berganding erat mentadbir
kerajaan ketika itu.“Islam sejak awal lagi satukan ulama dan profesional dalam sebuah pentadbiran. Cuma sekarang ada pihak yang cuba hendak pisahkan ulama dan profesional dengan mewujudkan entiti yang berasingan.
“Mereka lakukan semua itu berpangkal dari sejarah yang panjang. Ini kerana di zaman awal gereja menguasai segenap aspek kehidupan manusia di barat. Dan lama-kelamaan akhirnya timbul penentangan bagi memisahkan kerajaan dengan gereja.
“Maka tidak peliklah sekarang usaha-usaha berterusan dilakukan bagi memisahkan ulama dan profesional. Sengaja mereka hendak pecah-pecahkan PAS kepada dua kelompok,” katanya ketika merasmikan Muktamar Dewan Muslimat PAS Kelantan di Markas Dewan Ulama di Labok hari ini.
Hadir sama wakil Dewan Musimat PAS Pusat, Dr Asiah Ali, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Zulkifli Mamat, Ketua Muslimat PAS Kelantan, Siti Zailah Mohd Yusof, Ketua Wanita PKR, Noraini Hussain dan Adun Kemuning, Rosli Ismail.
Pemilihan pada muktamar Dewan Muslimat hari ini mencatat sejarah apabila tiada pertandingan sebarang jawatan termasuk 10 anggota jawatankuasanya.
Siti Zailah kekal sebagai ketua, Wan Ubaidah Omar (timbalan) dan Rohani Ibrahim (Naib Ketua), manakala 10 anggota jawatankuasa yang dikekalkan iaitu Zainiah Abdul Halim, Arniwati Sabirin, Ahlaami Abdul Halim, Hafizah Abdullah, Khairiah Mohamad.
Selain itu Norhashimah Deraman, Ilvira Dasuki, Mumtaz Mohd Nawi, Dr Roselisa Muhamad dan Zaharah Mohamad. Keputusan itu diumumkan Bendahari PAS Machang, Zakaria Yaakub yang bertindak sebagai ketua jawatankuasa pemilih.
Sebelum ini media harian saban hari memainkan isu profesional dan ulama dalam PAS bagi memperlihatkan pertembungan serius dua kelompok tersebut menjelang muktamar November hadapan.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan berkata, pertembungan ulama dan profesional dalam PAS sengaja dibesar-besarkan setiap kali berlaku pemilihan sempena muktamar PAS.
Berita dari : http://bm.harakahdaily.net/
Langgan:
Catatan (Atom)
