Ahad, 17 Februari 2013

menjelang PRU....macam-macam hal belaku..

Pilihanraya umum hampir tiba,kalau diikutkan jadual sebenarnya dalam bulan April parlimen akan terbubar sendiri,tetapi ada dengar-dengar cerita dari pembesar-pembesar UMNO kata mereka hujung bulan ini akan bubar parlimen dan mengundinya hujung bulan depan,tak kiralah bila,tapi sampai masanya marilah kita tunaikan kewajiban memilih siapa yg akan meneraju kepimpinan selepas PRU ke 13 nanti.

Semakin hampir dengan PRU ni,dapat dilihat semakin terdesak UMNO meraihkan sokongan,yg paling tidak kita sendiri seronok dengarnya apabila sudah bermula rosakan banner dari parti pembangkang,ganggu ceramah,samseng-samseng bernaharajalela dan dapat kita lihat dengan mata kepala kita sendiri,yg dulu hanya dapat dilihat dalam facebook,twitter,bloggers dan youtube sahaja.

Yg terbaru yg kita sendiri dapat lihat gangguan samseng-samseng UMNO terhadap mahasiswa dan mahasiswi yg sedang mengedarkan risalah di Pekan Pahang,tempat najib plak tu..tak patut..tak patut...Ini lah masalah sekarang ni budaya terbaru yg dibawa oleh UMNO adalah geng samseng dan buat huru hara,tapi kata negara ni aman damai dibawah UMNO,kata mereka ler....
Hairanlah jugak.kat TV iklannya sopan santun amalan kita,budi bahasa amalan kita,hormatilah orang tua,tapi itu hanya iklaneka saja.Setiap hari kita lihat iklan sopan satun kat TV tapi adakah membawa kesan terhadap kehidupan kita,ada tu memang ada tapi umpama kesan yg sedikit ada ler,hanya nak mengajak orang ramai hornat menghornati dan sopan santun sesama masyarakat tapi belakang cerita UMNO bawa budaya samseng pulak..tak patut..tak patut....

Maka kini kita dapat lihat anak-anak muda sudah tiada adap sopan,semua ini adalah dari pemerintah yg sepatutnya memainkan peranan utama terhadap apa yg belaku sekarang ini,kalau nak diceritakan memang banyak,tapi diringkaskan ajer ler....

Tu ler sekarang ni telah pun ujud budaya samseng dikalangan masyarakat kita,apabila roh Islam tiada maka beginilah yg terjadi,tiada takut akan perbuatan itu yg mendatangkan dosa,manusia kini mana takut dengan dosa,itu sebab rasuah,menipu dan sebagainya makin menjadi-jadi,kalau tidak berubah maka selamanya atau mungkin lagi teruk..jom ler berubah,rakyat bangkit negara berubah.



Rabu, 13 Februari 2013

Program Derma Darah di Bota

DERMA DARAH DUN BOTA 2013







TARIKH : 16 FEBRUARI 2013
TEMPAT : DEWAN ORANG RAMAI BOTA KANAN
MASA : 9.00 PAGI HINGGA 11.00 PAGI

ANJURAN PERSATUAN BEKAS TENTERA MALAYSIA CAWANGAN DUN BOTA DAN YAYASAN AMAL MALAYSIA CAWANGAN NEGERI PERAK DENGAN KERJASAMA PEJABAT KESIHATAN DAERAH PERAK TENGAH

PENGARAH PROGRAM : KAPTEN (B) Dr FAIZOL FADZLI HAJI MOHAMED



TUAN/PUAN DIJEMPUT HADIR



Selasa, 12 Februari 2013

bendera UMNO disana sini bendera PR tidak kelihatan lagi

Menjelang Pilihanraya Umum ke 13 ini,suasana di Bota buat masa ini tenang disamping  tiap-tiap parti yg bertanding bersiap sedia untuk menghadapi hari pemilihan atau hari mengundi itu nanti.Di Bota Geng Botaonline telah buat rondaan dan tinjauan,bendera dari UMNO BN telah banyak dipasang di tiap-tiap kampung.Nampaknya UMNO BN bersemangat untuk menghadapi PRU kali ini tetapi yg herannya ni Naajib masih lagi mengrahsiakan bila pembubaran Parlimen sedangkan PM Australia pun sudah mengumumkan 14 september nanti akan belaku PRU bagi Australia..


Perang bendera sudah bermula,bagi Pakatan Rakyat masih lagi dalam keadaan bertenang dan menanti bila bubar sahaja Parlimen maka bermulalah kerja-kerja pilihanraya,cuma buat masa ini masih lagi menjalankan beberapa program terutama program ceramah-ceramah dan aktiviti yg lain-lain lagi.



Daripada maklumat yg diterima,akan belaku permasangan bendera yg begitu banyak oleh geng UMNO BN sehingga menengelamkan bendera-bendera PR,memang tidak dinafikan lagi UMNO BN boleh menyediakan bendera dan poster serta banner yg bnyak akan tetapi  haruslah diingat,tidak menjaminkan kemenangan sesuatu calon itu hanya kerana bendera dan poster yg banyak.


Lagi satu yg menjadi kemuskilan,geng UMNO BN pasang bendera waktu malam aje,dulu -dulu la geng UMNO ni pasang bendera siang-siang hari.Bila lihat disiang hari penuh bendera UMNO BN sana sini.

RAKYAT BANGKIT BOTE BERUBAH

GENG BOTAONLINE

Sabtu, 2 Februari 2013

Santai anak muda di Sidec Seri Iskandar Bota

Malam ini bertempat di Sidec Seri Iskandar Bota telah diadakan Program Santai Anak Muda di malam-malam minggu ini.Bukan sahaja Ceramah,ada sketsa tentang cerita orang kampung dengan YB UMNO di kedai kopi yg telah di jayakan oleh geng-geng AMK Parit.Disamping itu acara diselangi dengan ceramah oleh Ustaz Zaid Timbalan Ketua Pemuda PAS Parit,Ketua Cabang PKR Parit Tuan Haji Usaili Alias,Calon ADUN Bota Ustaz zulkifli Ibrahim yg juga merangkap Ketua Penerangan PKR Perak,turut hadir malam ini saudara Shamsul Iskandar Ketua AMK Malaysia dan penutup Program santai Anak Muda malam ini adalah persembahan penyanyi Ito Blues Geng yg telah menyampaikan beberapa buah lagu.

Beberapa gambar sekitar Program pada malam ini.










HIJRAH BOTE...

RAKYAT BANGKIT BOTE BERUBAH....



BOTAONLINE.COM

Jumaat, 25 Januari 2013

Dimana ada PR berceramah,disitu UMNO buat ceramah juga



Baru-baru ini ceramah perdana Gelombang Perakite di rumah saudara megat kampung Senin Layang-layang kanan Parit bersama mantan Menteri Besar Perak YB Dato' Seri Nizar Jamaluddin,turut hadir YDP PAS Parit Ustaz Ismi,Ketua Dewan Muslimat PAS Parit Dr Najihatulsolehah dan Ketua Cabang PKR Parit Tuan Haji Usaili Alias.

Rupa-rupanya tidak jauh dari tapak ceramah Pakatan Rakyat (PR),UMNO pun turut sama memeriahkan Kampung Senin dengan ceramah juga,jarak antara kedua-dua tapak ceramah ialah 6 rantai aje,menurut kata juruacara ceramah UMNO itu lah.tajuk ceramah mereka ialah Nizar Jamaluddin Pembohong Bersiri.


Hairan juga tengok UMNO ni,sudah mula banyak buat ceramah-ceramah macam PR,mungkin persediaan,manalah tahu akan kecundang lepas PRU ke 13 nanti,di pentas-pentas macam ni lah akan mereka gunakan juga.Di media-media tv,surat khabar sudah tidak dapat sambutan jadi gunalah pentas ceramah untuk menyampaikan maklumat mereka.Sepertimana yg belau baru-baru ini Utusan,Surat khabar yg utama UMNO telah di saman oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim kerana telah memfitnah DSAI,jelas utusan punya berita tak boleh dipecayai,hanya yg boleh pecaya kt paper tu ialah keputusan no ekor 4D magnum,toto dan kuda aje.


Geng Botaonline telah pergi menerjah ke port ceramah UMNO pada malam itu dan mendapati tiada isu nak hentam PR,hanya mainkan cerita-cerita lama terutama isu YB Nizar Jamaluddin yg kononya pembohong besar,tapi tak tahu sebenar UMNOlah yg telah bohong besar.Isu paling hangat di katakan oleh penceramah UMNo ialah tentang Debat antara Nizar dan Zambry yg akan diadakan pada esok malamnya,menurut penceramah Zambry tak mahu layan pelawaan Nizar sebab Nizar tak layak berdebat dengannya dan Nizar pembohong besar,betul ke ni..atau takut nak berdebat......

Sebelum ini gangguan-gangguan ceramah PR selalu dibuat di sekitar Ipoh dan Batu Gajah tetapi tempohari kt Parit pun diorang dah mula buat.akan tetapi kehadiran di ceramah PR ramai berbanding dengan ceramah UMNO.

Bagaimanapun ceramah UMNO habis jam 11.30 malam,tetapi ceramah PR tamat dalam pukul 12.15 tengahmalam.sebelum mengakhiri ceramah Dato' Seri Nizar membawa hadirin ke sesi tayangan video suasana di pagi hari raya Aidilfitri yg lalu dimana Najib,Rosmah dan beberapa orang Menteri berjoget apabila lagu Anak Kampung dimainkan dan dinyanyikan oleh artis jemputan.


BOTAONLINE GENG.




Ahad, 20 Januari 2013

Listen....Awas!!!!!!!! ada ustaz palsu pulak...

Menjelang Pilihanraya Umum ke 13 yg tidak berapa lama lagi,persediaan Parti-parti yg akan bertanding makin giat dijalankan.makin hampir kepada PRU ke 13 makin hangat suasana politik di negara kita sekarang ini,kempen sudah bermula walaupun Parlimen masih belum dibubarkan lagi.Jentera pilihanraya telah bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan pembubaran Parlimen akan belaku dalam sedikit masa lagi.

Kempen sudah pun bermula,di tv,radio,surat khabar menceritakan betapa kerajaan BN telah pun menunaikan janji-janji kepada rakyat,program menjelajah keseluruh negara dengan program janji ditepati adalah antara program yg telah dibuat oleh UMNO BN,selain itu Pakatan Rakyat (PR) pula dengan program  Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) diseluruh negara dan kemuncaknya di adakan di Stadium Merdeka 12 januari yg lalu dengan kehadiran peserta dianggarkan hampir satu juta.

Di Bota jentera Pilihanraya telah mulakan persediaan dalam apa bentuk dan cara bagi menghadapi PRU ke 13 ini,pelbagai rintangan telah ditempuhi seperti provokasi dari pihak-pihak tertentu,conteng banner dan yg terbaru sabotaj dengan menyebarkan nota-nota berbentuk kutukan terhadap bakal calon DUN Bota Ustaz Zulkifli Ibrahim yg juga Ketua Penerangan PKR Perak.






Nota ini disebarkan di sekitar di masjid,kedai kopi dan kedai-kedai lain di sekitar Pekan Lambor,Teluk Bakong dan di Pekan Bota Kanan.Nota ini tertulis USTAZ PALSU,ye betul ke ceritanya ini,kenapa bab kelayakkan pula jadi modal untuk sabotaj calon.Ustaz Zul ini dahulu adalah seorang pendakwah bebas yg pernah bertugas di Pejabat Agama Islam Perak dan ada mendapat tauliah  untuk mengajar  di masjid-masjid di seluruh negeri.Dalam bidang pendidikan beliau adalah Graduan dari UTM dalam bidang Sains Pendidikan Islam.Tidak boleh dipertikaikan lagi kelayakkan Ustaz Zul untuk dipilih menjadi pemimpin,memang tak dinafikan di pihak UMNO juga ada ustaz iaitu Ustaz Nizar yg juga YB Parlimen Parit,tetapi tak nampak sangat macam ustaz ler..maklum la di pihak UMNO ni sendiri mau ingat ler...

Ini dua bentuk pekara yg dapat di tayangkan disini,sebaran nota memburukan bakal calon DUN bota dan contengan banner dengan cat merah yg memangkah kain banner ini,akan tetapi ada makna disebalik pangkah itu,ia memberi isyarat bahawa dalam PRU ke 13 nanti pangkah ler calon atau parti yg ada tertulis dalam banner ini.....Asalkan Bukan Umno (ABU)...



SELAMATKAN MALAYSIA...RAKYAT BANGKIT BOTE PUN BERUBAH

Botaonline dan rakan-rakannya.....


Sabtu, 12 Januari 2013


Fenomena Amanat dan Takfir

Saya tidak menduga petikan ucapan saya diawal 80-an telah dimartabatkan oleh seorang peniaga agama dalam PAS yang telah melompat masuk UMNO selepasnya, telah dijadikan satu polemik. Petikan ucapan saya ini pula secara terancang telah dijadikan hujah untuk merendahkan PAS, dan saya dijadikan sasarannya. Saya percaya bahawa isu lama ini diberi nyawa semula oleh UMNO, mungkin kerana menutup isu yang dikira menghantui mereka, seperti kegusaran generasi peneroka FELDA dan penyelewengan yang berlaku kepada FELDA, riuh-rendah pembongkaran Deepak, penganiayaan mereka terhadap orang Melayu, dan lain-lain kelemahan kerajaan UMNO-BN yang begitu menekan mereka di hujung penggal pemerintahan ini. Alhamdulillah, saya baru sahaja selangkah kehadapan untuk menyahut cabaran, manakala mereka pula berundur sepuluh langkah kebelakang.

Isu “takfir” (kafir mengkafir) dicetuskan oleh golongan sekular di dalam UMNO, diseluruh dunia Islam, termasuklah di negara Arab, bagi menyanggah kebangkitan Islam di zaman selepas mencapai kemerdekaan seawal tahun 60an. Kebanyakan kalangan umat Islam menjadi mangsa serangan pemikiran barat sehingga berjuang menganut ideologi yang dibawa oleh penjajah ke dalam masyarakat Islam. Kalangan umat yang masih menganut Islam, tetapi kerana jahilnya telah menghina hukum-hukum Islam yang dinaskan dalam al-Quran dan Hadith sahih lagi mutawatir, seperti halal dan haram, hukum-hukum yang berkait dengan negara dan masyarakat, politik,ekonomi dan sebagainya.
Ada yang menghalalkan riba, arak dan judi, menghina hukuman qisas dan hudud, mempersenda hukum menutup aurat dan sebagainya, kerana kejahilan. Di waktu itulah kita mendengar istilah ‘hantu kum-kum’ dilabelkan kepada kalangan muslimat yang menutup aurat dan memakai hijab. Ada pula yang berdiri diatas pentas komunis yang menolak adanya Tuhan dan menolak agama, dalam keadaan masih bersembahyang. Sebahagian umat Islam pula tetap berpegang teguh dengan ajaran Islam dan mempertahankannya, tetapi mempelajari kitab turath (kitab-kitab lama) yang menegaskan hukum murtad berdasarkan kepada kefahaman masyarakat dizaman kita bitu dikarang, sebelum umat Islam dijajah sepenuhnya. Akhirnya berlakulah gejala murtad secara jahil di satu pihak dan penentangan terhadapnya disatu pihak yang lain, sehingga meledakkan isu kafir mengkafir dalam masyarakat Islam.
Isu ini berlaku diseluruh dunia Islam. Malangnya golongan yang berkuasa memerintah mengambil kesempatan perpecahan masyarakat Islam bagi mengekalkan kedudukan mereka diatas landasan yang salah dan menjadikan parti Islam dan paraulamanya sebagai kambing hitam yang dikorbankan dengan hukuman bunuh, penjara dan sebagainya.Terpenting bagi mereka yang berkuasa adalah untuk menang bagi terus memerintah selama-lamanya dengan cara yang salah, tanpa ambil peduli kerosakan akidah yang berlaku.
Ramai di kalangan ulama PAS dan pemimpinnya merengkuk dalam penjara sejak awal60an, malangnya ramai pula kalangan agamawan yang menjadi syaitan bisu, tidak berani menegur atau menasihati pemimpin yang menghina Islam. Maka meledaklah pada waktu itu kenyataan seperti : “Kalau laksanakan hukum Islam berlakulah huru-hara, tak  cukup batu nak bina jalan dan bangunan, boleh  makan sup tangan bila banyak tangan dipotong kerana mencuri” dan sebagainya. Di peringkat kampung ada yang menjadi imam masjid membuat ucapan yang sama kerana jahil hukum Islam sepenuhnya, hanya  tahu hukum sembahyang dan ibadat yang lain sahaja. Terlalu jauh untuk mengetahui sistem politik, ekonomi Islam dan segala sistemnya sehingga keperingkat antarabangsa dan angkasa lepas.

PAS dan parti Islam di negara lain menghadapi cabaran getir bagi membetulkan masyarakat yang songsang pemikirannya ini. Ketika itulah kita berdepan dengan umat yang jahil, para ulama yang lemah dan kerajaan yang zalim. Di negara Arab,Mursyid Am Ikhwan Muslimin Sheikh Hasan Hudaibi menulis buku “Nahnu Dua’at La Qudat” (Kita Pendakwah Bukan Hakim Yang menjatuhkan hukuman). PAS berada dalam kerajaan campuran 1970 -1978 memberi kesempatan kepada bahagian agama Jabatan Perdana Menteri, menerbitkan buku Mustika Hadith Jilid 1 menampilkan perkara yang merosakkan iman (membatalkan iman), bagi menyedarkan penganut Islam adanya perkara yang membatalkan Dua Kalimah Syahadah, bukan sahaja membatalkan sembahyang. Malangnya ramai kalangan pengikut UMNO tidak mempelajarinya di waktu itu.

Apabila PAS ditendang keluardaripada BN pada tahun 1979 isu kafir mengkafir dihidupkan semula. Pimpinan PAS dibawah pimpinan Datuk Asri, telah menugaskan saya menulis buku kecil dengan tajuknya “Batas – Batas Iman dan Kufur” dengan huraian yang lebih terperinci daripada kitab Mustika Hadith yang terlalu ringkas penerangannya. Saya panjangkan lagi dalam buku yang saya namakan Muqaddimah Aqidah Muslimin.

Apabila kalangan UMNO yang masih bebal memainkan isu tersebut, mereka sengaja mencari mana-mana ucapan saya yang difikirkan menjadi hujah bagi mereka, sehingga ke satu capan saya di selidik oleh pasukan yang ditugaskan secara khusus, maka terpilih sedutannya yang difikirkan munasabah. Saya telah dicabar dalam sidang Dewan Undangan Negeri 1982. Saya terus menjawab :”Ya ! Sebenarnya itu ucapan saya “. Maka hamba Allah yang mencari peluang terus mengangkat martabatnya kepada nama amanat yang disebarkan kepada umum. Namun petikan secebis daripada ucapan yang panjang itu tidak merosakkan sedikit pun mesej untuk menyelamatkan umat daripada gejala murtad secara jahil dan tidak sengaja.

PAS berulang kali mengajak kalangan ilmuwan agama dalam UMNO secara langsung dan melalui pihak ketiga kalangan NGO Islam, dengan ruang terbuka dengan UMNO boleh mendapat khidmat daripada mana-mana mufti yang sanggup menjadi khadamnya, kalau malu secara tertutup atau tidak mahu secara terbuka. UMNO tidak menjawab.

Tiba-tiba Presiden UMNO di masa itu memberi isyarat kepada kalangan agama dalam UMNO supaya berdebat, dengan tajuk secara unilateral pihak UMNO yang menentukannya tanpa berunding dengan pihak PAS, pihak UMNO melantik pengerusi dan penentuan masa. PAS menerima dengan terbuka. Akhirnya PAS dipujuk membatalkan debat dengan UMNO, padahal UMNO lah yang membuka pintunya. Akhirnya UMNO terpaksa diselamatkan oleh perisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang mengisytiharkan pembatalannya seperti perisytiharan tarikh puasa dan hari raya.

Saya bentangkan senario tersebut semata –mata untuk pengetahuan generasi muda yang belum lahir atau belum baligh  di masa itu , kerana ada kalangan yang tidak ada pengetahuan hujung pangkalnya lalu membuat kenyataan tanpa pengetahuan yang sebenarnya.

Apa yang penting bagi kita semua ialah tidak kedengaran lagi suara dari kalangan orang Melayu yang bercakap bahawa politik tidak ada kaitan dengan agama ataupun yang berani menghina hukum Islam seperti yang berlaku dalam tahun 80an dahulu. Di sini kita mendahului Arab Spring yang masih mencetuskan kalangan nasionalis Arab yang menghina Islam. Maka saya nasihatkan kepada ahli PAS tidak melatah dengan permainan kalangan UMNO yang masih jahil atau hanya mencari kesempatan tanpa batas halal dan haram atau tanpa perhitungan dosa dan pahala.

Firman Allah yang bermaksud:

"Dan hamba-hamba (Allah) ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat sejahtera dari perkara yang  tidak diingini." (al-Furqaan : 63)


Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
10 Januari 2013