Menjelang Pilihanraya Umum ke 13 ini,teman buat ler rondaan dan tinjaunan disekitar Pekan Bota Kanan,bendera-bendera dah penuh tiap-tiap tiang lampu tak kire ler UMNO ke PAS ke PKR ke janji bendera,hangat suasana PRU yg makin hampir diadakan.
Teman sebenarnye dari awal lagi dah tengok-tengok masyarakat di sekitar Bota ni,ape mood diorang sekarang ni,sebabnya nak kata cenderong kepada parti pemerintah ada jugak tapi yg udah nyeberang ke parti pembangkang pun ada jugak,jadi teman jumpa-jumpa ler geng yg nak kata antara kuat dengan tak kuat dengan UMNO ni.
Macam biasa ler tengok dulu macamana keadaan mereka ni,yg pertama teman tanya "adakah mak cik-mak cik dapat bantuan?"...mereka berkata "ada ler sikit",...Sikit yg macamana tu makcik?."ye ler ade ler deme bagi duit bantuan raye bantuan kebajikan masyarakat sikit,tambah yg baru ni duit BR1M..."Dari raut wajah mereka memang suka dapat BR1M,RM 500 dapat tiap satu family,ada antaranya mengelupor ler bila dapat duit terpijak ni..ye ler udoh puluh-puluh tahun baru ler dapat 500 hengget...tambah pulak jika ditakdirkan BN menang lepas PRU nanti najib nak bagi RM1000 pulak,lagi kuat ler ngelupor deme ni....hihihihi..
Itu baru satu golongan,tapi ada satu golongan lagi,amat marah kat UMNO ni sebabnya tok ketua kampong merangkap ketua cawangan UMNO,jadi pada UMNO ler diorang marah sangat ni,apabila bantuan yg tiap-tiap tahun dapat,tahun ni kantoi pulak...Mengenai bantuan yg merupakan wang tunai,teman dapat laporan telah disonglap dan di beri pada kroni,duit bantuan fakir miskin pun nak disapu..tak patut..tak patut....heran jugak orang tak sepatutnya dapat,boleh tersenarai dalam golongan yg dapat,yg sepatutnya dapat,tak dapat-dapat.Tok ketua nak kena sound ni,sebabnya jadi tok ketua kerana dia seorang ketua cawangan aje,kalau di buat pilihanraya memilih ketua kampong,hanya sepenggal aje ler jadi pak lurahnya ni....
Kalau nak diceritakan memang banyak terjadi pekara songlap duit ni bukan saja di Bota,ditempat lain pun 2X5 jugak,tapi teman ceritakan di tempat teman aje ler.kepada mereka yg telah menerima BR1M tu tahniah ler,kepada yg tak dapat lagi mungkin pusingan akan datang kot..Tapi apa pun hendak lakukan perubahan,kita takkan selamanya di takuk lama lagi,kate orang ler penimbang yg kati-kati kite tukor ler kepada yg lebih moden lagi,sama dengan pemerintah ler,tukar ler baru...
RAKYAT BANGKIT BOTE BERUBAH
GENG BOTAONLINE
Selasa, 19 Februari 2013
Ahad, 17 Februari 2013
menjelang PRU....macam-macam hal belaku..
Pilihanraya umum hampir tiba,kalau diikutkan jadual sebenarnya dalam bulan April parlimen akan terbubar sendiri,tetapi ada dengar-dengar cerita dari pembesar-pembesar UMNO kata mereka hujung bulan ini akan bubar parlimen dan mengundinya hujung bulan depan,tak kiralah bila,tapi sampai masanya marilah kita tunaikan kewajiban memilih siapa yg akan meneraju kepimpinan selepas PRU ke 13 nanti.
Semakin hampir dengan PRU ni,dapat dilihat semakin terdesak UMNO meraihkan sokongan,yg paling tidak kita sendiri seronok dengarnya apabila sudah bermula rosakan banner dari parti pembangkang,ganggu ceramah,samseng-samseng bernaharajalela dan dapat kita lihat dengan mata kepala kita sendiri,yg dulu hanya dapat dilihat dalam facebook,twitter,bloggers dan youtube sahaja.
Yg terbaru yg kita sendiri dapat lihat gangguan samseng-samseng UMNO terhadap mahasiswa dan mahasiswi yg sedang mengedarkan risalah di Pekan Pahang,tempat najib plak tu..tak patut..tak patut...Ini lah masalah sekarang ni budaya terbaru yg dibawa oleh UMNO adalah geng samseng dan buat huru hara,tapi kata negara ni aman damai dibawah UMNO,kata mereka ler....
Hairanlah jugak.kat TV iklannya sopan santun amalan kita,budi bahasa amalan kita,hormatilah orang tua,tapi itu hanya iklaneka saja.Setiap hari kita lihat iklan sopan satun kat TV tapi adakah membawa kesan terhadap kehidupan kita,ada tu memang ada tapi umpama kesan yg sedikit ada ler,hanya nak mengajak orang ramai hornat menghornati dan sopan santun sesama masyarakat tapi belakang cerita UMNO bawa budaya samseng pulak..tak patut..tak patut....
Maka kini kita dapat lihat anak-anak muda sudah tiada adap sopan,semua ini adalah dari pemerintah yg sepatutnya memainkan peranan utama terhadap apa yg belaku sekarang ini,kalau nak diceritakan memang banyak,tapi diringkaskan ajer ler....
Tu ler sekarang ni telah pun ujud budaya samseng dikalangan masyarakat kita,apabila roh Islam tiada maka beginilah yg terjadi,tiada takut akan perbuatan itu yg mendatangkan dosa,manusia kini mana takut dengan dosa,itu sebab rasuah,menipu dan sebagainya makin menjadi-jadi,kalau tidak berubah maka selamanya atau mungkin lagi teruk..jom ler berubah,rakyat bangkit negara berubah.

Rabu, 13 Februari 2013
Program Derma Darah di Bota
DERMA DARAH DUN BOTA 2013

TARIKH : 16 FEBRUARI 2013
TEMPAT : DEWAN ORANG RAMAI BOTA KANAN
MASA : 9.00 PAGI HINGGA 11.00 PAGI
ANJURAN PERSATUAN BEKAS TENTERA MALAYSIA CAWANGAN DUN BOTA DAN YAYASAN AMAL MALAYSIA CAWANGAN NEGERI PERAK DENGAN KERJASAMA PEJABAT KESIHATAN DAERAH PERAK TENGAH
PENGARAH PROGRAM : KAPTEN (B) Dr FAIZOL FADZLI HAJI MOHAMED
TUAN/PUAN DIJEMPUT HADIR
Selasa, 12 Februari 2013
bendera UMNO disana sini bendera PR tidak kelihatan lagi
Menjelang Pilihanraya Umum ke 13 ini,suasana di Bota buat masa ini tenang disamping tiap-tiap parti yg bertanding bersiap sedia untuk menghadapi hari pemilihan atau hari mengundi itu nanti.Di Bota Geng Botaonline telah buat rondaan dan tinjauan,bendera dari UMNO BN telah banyak dipasang di tiap-tiap kampung.Nampaknya UMNO BN bersemangat untuk menghadapi PRU kali ini tetapi yg herannya ni Naajib masih lagi mengrahsiakan bila pembubaran Parlimen sedangkan PM Australia pun sudah mengumumkan 14 september nanti akan belaku PRU bagi Australia..
Perang bendera sudah bermula,bagi Pakatan Rakyat masih lagi dalam keadaan bertenang dan menanti bila bubar sahaja Parlimen maka bermulalah kerja-kerja pilihanraya,cuma buat masa ini masih lagi menjalankan beberapa program terutama program ceramah-ceramah dan aktiviti yg lain-lain lagi.
Daripada maklumat yg diterima,akan belaku permasangan bendera yg begitu banyak oleh geng UMNO BN sehingga menengelamkan bendera-bendera PR,memang tidak dinafikan lagi UMNO BN boleh menyediakan bendera dan poster serta banner yg bnyak akan tetapi haruslah diingat,tidak menjaminkan kemenangan sesuatu calon itu hanya kerana bendera dan poster yg banyak.
Lagi satu yg menjadi kemuskilan,geng UMNO BN pasang bendera waktu malam aje,dulu -dulu la geng UMNO ni pasang bendera siang-siang hari.Bila lihat disiang hari penuh bendera UMNO BN sana sini.
RAKYAT BANGKIT BOTE BERUBAH
GENG BOTAONLINE
Sabtu, 2 Februari 2013
Santai anak muda di Sidec Seri Iskandar Bota
Malam ini bertempat di Sidec Seri Iskandar Bota telah diadakan Program Santai Anak Muda di malam-malam minggu ini.Bukan sahaja Ceramah,ada sketsa tentang cerita orang kampung dengan YB UMNO di kedai kopi yg telah di jayakan oleh geng-geng AMK Parit.Disamping itu acara diselangi dengan ceramah oleh Ustaz Zaid Timbalan Ketua Pemuda PAS Parit,Ketua Cabang PKR Parit Tuan Haji Usaili Alias,Calon ADUN Bota Ustaz zulkifli Ibrahim yg juga merangkap Ketua Penerangan PKR Perak,turut hadir malam ini saudara Shamsul Iskandar Ketua AMK Malaysia dan penutup Program santai Anak Muda malam ini adalah persembahan penyanyi Ito Blues Geng yg telah menyampaikan beberapa buah lagu.
Beberapa gambar sekitar Program pada malam ini.
HIJRAH BOTE...
RAKYAT BANGKIT BOTE BERUBAH....
BOTAONLINE.COM
Jumaat, 25 Januari 2013
Dimana ada PR berceramah,disitu UMNO buat ceramah juga
Rupa-rupanya tidak jauh dari tapak ceramah Pakatan Rakyat (PR),UMNO pun turut sama memeriahkan Kampung Senin dengan ceramah juga,jarak antara kedua-dua tapak ceramah ialah 6 rantai aje,menurut kata juruacara ceramah UMNO itu lah.tajuk ceramah mereka ialah Nizar Jamaluddin Pembohong Bersiri.
Hairan juga tengok UMNO ni,sudah mula banyak buat ceramah-ceramah macam PR,mungkin persediaan,manalah tahu akan kecundang lepas PRU ke 13 nanti,di pentas-pentas macam ni lah akan mereka gunakan juga.Di media-media tv,surat khabar sudah tidak dapat sambutan jadi gunalah pentas ceramah untuk menyampaikan maklumat mereka.Sepertimana yg belau baru-baru ini Utusan,Surat khabar yg utama UMNO telah di saman oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim kerana telah memfitnah DSAI,jelas utusan punya berita tak boleh dipecayai,hanya yg boleh pecaya kt paper tu ialah keputusan no ekor 4D magnum,toto dan kuda aje.
Geng Botaonline telah pergi menerjah ke port ceramah UMNO pada malam itu dan mendapati tiada isu nak hentam PR,hanya mainkan cerita-cerita lama terutama isu YB Nizar Jamaluddin yg kononya pembohong besar,tapi tak tahu sebenar UMNOlah yg telah bohong besar.Isu paling hangat di katakan oleh penceramah UMNo ialah tentang Debat antara Nizar dan Zambry yg akan diadakan pada esok malamnya,menurut penceramah Zambry tak mahu layan pelawaan Nizar sebab Nizar tak layak berdebat dengannya dan Nizar pembohong besar,betul ke ni..atau takut nak berdebat......
Sebelum ini gangguan-gangguan ceramah PR selalu dibuat di sekitar Ipoh dan Batu Gajah tetapi tempohari kt Parit pun diorang dah mula buat.akan tetapi kehadiran di ceramah PR ramai berbanding dengan ceramah UMNO.
Bagaimanapun ceramah UMNO habis jam 11.30 malam,tetapi ceramah PR tamat dalam pukul 12.15 tengahmalam.sebelum mengakhiri ceramah Dato' Seri Nizar membawa hadirin ke sesi tayangan video suasana di pagi hari raya Aidilfitri yg lalu dimana Najib,Rosmah dan beberapa orang Menteri berjoget apabila lagu Anak Kampung dimainkan dan dinyanyikan oleh artis jemputan.
BOTAONLINE GENG.
Ahad, 20 Januari 2013
Listen....Awas!!!!!!!! ada ustaz palsu pulak...
Menjelang Pilihanraya Umum ke 13 yg tidak berapa lama lagi,persediaan Parti-parti yg akan bertanding makin giat dijalankan.makin hampir kepada PRU ke 13 makin hangat suasana politik di negara kita sekarang ini,kempen sudah bermula walaupun Parlimen masih belum dibubarkan lagi.Jentera pilihanraya telah bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan pembubaran Parlimen akan belaku dalam sedikit masa lagi.
Kempen sudah pun bermula,di tv,radio,surat khabar menceritakan betapa kerajaan BN telah pun menunaikan janji-janji kepada rakyat,program menjelajah keseluruh negara dengan program janji ditepati adalah antara program yg telah dibuat oleh UMNO BN,selain itu Pakatan Rakyat (PR) pula dengan program Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) diseluruh negara dan kemuncaknya di adakan di Stadium Merdeka 12 januari yg lalu dengan kehadiran peserta dianggarkan hampir satu juta.
Di Bota jentera Pilihanraya telah mulakan persediaan dalam apa bentuk dan cara bagi menghadapi PRU ke 13 ini,pelbagai rintangan telah ditempuhi seperti provokasi dari pihak-pihak tertentu,conteng banner dan yg terbaru sabotaj dengan menyebarkan nota-nota berbentuk kutukan terhadap bakal calon DUN Bota Ustaz Zulkifli Ibrahim yg juga Ketua Penerangan PKR Perak.

Nota ini disebarkan di sekitar di masjid,kedai kopi dan kedai-kedai lain di sekitar Pekan Lambor,Teluk Bakong dan di Pekan Bota Kanan.Nota ini tertulis USTAZ PALSU,ye betul ke ceritanya ini,kenapa bab kelayakkan pula jadi modal untuk sabotaj calon.Ustaz Zul ini dahulu adalah seorang pendakwah bebas yg pernah bertugas di Pejabat Agama Islam Perak dan ada mendapat tauliah untuk mengajar di masjid-masjid di seluruh negeri.Dalam bidang pendidikan beliau adalah Graduan dari UTM dalam bidang Sains Pendidikan Islam.Tidak boleh dipertikaikan lagi kelayakkan Ustaz Zul untuk dipilih menjadi pemimpin,memang tak dinafikan di pihak UMNO juga ada ustaz iaitu Ustaz Nizar yg juga YB Parlimen Parit,tetapi tak nampak sangat macam ustaz ler..maklum la di pihak UMNO ni sendiri mau ingat ler...
Ini dua bentuk pekara yg dapat di tayangkan disini,sebaran nota memburukan bakal calon DUN bota dan contengan banner dengan cat merah yg memangkah kain banner ini,akan tetapi ada makna disebalik pangkah itu,ia memberi isyarat bahawa dalam PRU ke 13 nanti pangkah ler calon atau parti yg ada tertulis dalam banner ini.....Asalkan Bukan Umno (ABU)...
SELAMATKAN MALAYSIA...RAKYAT BANGKIT BOTE PUN BERUBAH
Botaonline dan rakan-rakannya.....
Langgan:
Catatan (Atom)