Isnin, 25 Julai 2011

SUASANA PERHIMPUNAN PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT BERSAMA RAKYAT DI STADIUM PERAK



Masih teringat sewaktu Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintah negeri Perak dari Barisan Nasional lebih 3 tahun lalu.Diwaktu itu rakyat datang beramai-ramai bukan untuk menonton bolasepak,tetapi hadir untuk mendengar ucapan dari Menteri Besar pilihan rakyat dari Pakatan Rakyat iaitu Dato' Seri Nizar Jamaluddin dan beberapa lagi Menteri Besar dan Ketua Menteri dari negeri-negeri yg telah ditawan oleh Pakatan Rakyat yg turut sama hadir.

Diwaktu itu puluhan ribu yg hadir terdiri daripada pelbagai kaum,melayu,cina,india telah bersama-sama hadir.Rakyat telah memberi sokongan dan mandat kepada Pakatan Rakyat sehingga dapat menawan Perak buat pertama kali dalam sejarah.

Menyingkap kembali semasa perhimpunan di Stadium Perak itu apabila dilihat rakyat yg hadir ketika itu amat gembira dengan kehadiran kerajaan baru diberi mandat yg bukan dari Barisan Nasional.Kesan dari penyatuan 3 parti iaitu PAS,PKR dan DAP di bawah satu pakatan iaitu Pakatan Rakyat.Hubungan kemesraan diantara kaum mula ada.

Sebelum ini pun kita mungkin tidak pernah atau kurang melihat masyarat cina dan india hadir ke majlis-majlis seperti ini akan tetapi apabila Pakatan Rakyat memerintah sudah ramai yg menghadirinya,bukan sahaja majilis di stadium Perak ini tetapi diri siri ceramah-ceramah yg dianjurkan oleh PAS,PKR mahupun DAP pelbagai kaum sama-sama hadir untuk mendengar amanat-amanat dari pemimpin Pakatan Rakyat.Ini menunjukkan sokongan pelbagai kaum kepada Pakatan Rakyat sudah bertambah dan matlamat untuk menawan Putrajaya dalam PRU ke 13 nanti akan menjadi kenyataan jika sokongan rakyat dari pelbagai kaum makin bertambah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan