Sabtu, 23 Julai 2011

UMMI HAFILDA SERANG PERAK?


Untuk memastikan UMNO terus menerajui Kerajaan negeri Perak, mereka akan membawa seorang saksi penting liwat 1, iaitu Ummi Hafelda bagi memanaskan politik Negeri Perak yang telah lesu selepas rampasan kuasa oleh UMNO-BN.

Adalah difahamkan UMMI akan berceramah dalam siri serangan ke atas Pakatan Rakyat pada 25 Julai ini di Dewan Orang Ramai Batu 16, Ayer Tawar.

Sebelum ini, Dato' Mahfuz Omar telah datang berceramah di Kg. Batu 17, dengan mendapat sambutan yang luar biasa.

Ayer Tawar adalah termasuk di dalam DUN Pengkalan Baru yang dimenangi oleh UMNO dengan majoriti 14 undi sahaja. Kedudukan UMNO yang goyah ini menyebabkan pimpinan mereka berusaha keras membawa musuh-musuh Anwar bagi memastikan orang-orang Melayu tidak menambahkan sokongan mereka kepada Pakatan Rakyat.

Masyarakat setempat mahu melihat sejauh mana hujah-hujah Ummi dapat mempengaruhi pengundi atas pagar atau hujah beliau akan menyebabkan pengundi atas pagar beralih menyokong Pakatan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan