Ahad, 28 Ogos 2011

Sumbangan Kepada Fakir Miskin, Ibu Tunggal, OKU, Anak Yatim dan Aktivis Kemasyarakatan, Kg. Teluk Kepayang

Bota - 28Sept.2011 -100 orang fakir miskin dan ibu tunggal bersama-sama dengan 40 orang anak yatim dan orang kurang upaya diraikan dalam satu majlis penyampaian sumbngan Eidul Fitri bermula jam 10 pagi tadi. Sebelum itu, satu majlis khatam al Quraan telah dijalankan, terdiri daripada dua kumpulan, kumpulan lelaki dan kumpulan wanita.
Turut diraikan ialah aktivis-aktivis kemasyarkatan di Kampong Teluk Kepayang. Dif-dif jemputan yang turut diundang ialah Yang DiPertua PAS Kawasan, Ust. Ismi Mohd Taib, Ketua Muslimat PAS Perak, Dr. Najihatus Solehah Hj. Ahmad dan Ketua Cabang PKR Parit, Kapt.(B) Hj. Usakili Alias.
Dalam ucapan alu-aluan Ketua Cawangan PAS Teluk Kepayang, merangkap Ketua Urusan Ulamak PAS Kawasan Parit, menyebutkan bahawa golongan-golongan lemah dan kurang upaya mestilah didekati dan diberi bantuan bagi meringankan bean hidup mereka. Mereka juga adalah orang-orang yang didengari oleh Allah akan doa mereka. Beliau menyeru agar di doakan pihak pengajur meneruskan usaha-usaha murni ini dan diberikan kekuatan dan pertolongan kepada mereka menganjurkan program yang lebih baik pada masa akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan