Sabtu, 17 Disember 2011

Pelancaran Pusat Pengarah Pilihanraya DUN Bota

SERI ISKANDAR,BOTA - KeADILan cabang Parit mengadakan Majlis Pelancaran Pusat Pengarah Pilihanraya KeADILan DUN Bota semalam di Bandar SIDEC,Seri Iskandar,Bota.Pusat tersebut dibuat untuk persediaan menghadapi Pilihanraya umum ke 13 yg bakal berlangsung tidak berapa lama lagi.Hampir 300 orang hadir ke majlis tersebut.


Majlis dirasmikan oleh Saudara Mustafa Kamil Ayub,Ahli Majlis Kepimpinan KeADILan Pusat yg turut menyampaikan ceramah selepas perasmian.Turut hadir Ketua Penerangan KeADILan Perak Ustaz Zulkifli Ibrahim,Setiausaha KeADILan Perak Saudara Anuar Zakaria dan Kept.(B) Haji Usaili Alias Ketua Cabang KeADILan Parit.

Bekas Pengarah Latihan RISDA Negeri Perak
menyampaikan borang keahlian untk menyertai PKR

Majlis dan ceramah tersebut diselangi dengan penyampaian senarai nama daftar pemilih SPR bagi setiap cawangan-cawangan KeADILan dalam DUN Bota serta penyerahan borang keahlian KeADILan oleh mantan Pengarah Latihan RISDA Negeri Perak,Tuan Haji Ramli bin Anuar.Beliau juga pernah menjadi tenaga pengajar BiroTata Negara (BTN).


Majlis tersebut diadakan dengan aman tanpa ada gangguan dari pihak berkuasa walaupun diberitakan permit tidak diluluskan akan tetapi majlis tetap juga diteruskan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan