Selasa, 20 November 2012

Memali tetap dikenang

Tanggal 19 November 1985 telah tercatat satu sejarah hitam di negara ini,sejarah yg tidak dapat dilupakan oleh rakyat Malaysia terutama rakyat negeri kedah dimana belaku pertumpahan darah sehingga 14 orang telah gugur sebagai syuhada.Peristiwa MEMALI,itulah yg dimaksudkan,dimana dapat kita lihat cerita sebenarnya kerajaan UMNO/BN yg ketika itu dibawah teraju Tun Dr Mahathir Mohamed.



Biarpun sudah 27 tahun peristiwa hitam itu belaku tetapi ianya tidak akan dilupai dan akan terus menerus dingati sampai bila-bila bagi meperlihatkan betapa kerajaan UMNO/BN adalah satu kerajaan yg zalim yg mengunakan Polis,tentera dan berbagai lagi jentera pertahanan untuk menghancurkan perjuang yg memperjuangkan Islam diketika itu.


antara senjata yg digunakan oleh orang kampung

Kg Memali di Mukim Siong dalam daerah Baling adalah tempat belakunya peristiwa ini,pada mulanya arahan dari atasan kepada pasukan polis hutan menyatakan operasi mengempur kem komunis di Baling,akhirnya bukan kem komunis yg digempur tetapi sebuah madrasah.Itulah yg belaku ketika itu apabila polis tanpa belas kasihan menembak tanpa memikirkan lawan mereka adalah penduduk kampong yg bersenjatakan pisau,parang,kayu dan buluh sahaja,apalah daya orang-orang kampong nak melawan polis tapi dengan semangat mempertahankan Islam dan madrasah tempat mereka menimba ilmu mereka dengan semangat ingin mati syahid,tidak mengalah dan mahu melawan musuh-musuh Islam.


Dalam peristiwa Memali Assyahid Ustaz Ibrahim Mahmod dan 13 rakan-rakannya telah gugur sebagai syuhada.Jumlah yg terkoban dalam peristiwa Memali ramai,ada yg meninggal setelah beberapa hari kemudian dan ada yg mengalami kecacatan yg kekal.


pusara para syuhada

Kini pusara para syuhada ini terus menerus diziarahi oleh orang ramai.Apakah dosa mereka sehingga diperlakukan sedemikian.Pemimpin yg melakukan kekejaman ini masih sihat lagi,adakah mereka sedar dengan tindakan mereka ini?,zalim memang zalim,itulah kerajaan UMNO/BN yg masih terus berkuasa hingga kini.

Sudah 27 tahun,lama itu lah peristiwa memali ini telah belaku tetapi sehingga ke saat ini masih tidak dibicarakan di mahkamah,hanya di simpan sahaja kes ini tidak tahu bila akan di bicarakan.

Walau apa pun kita jangan lupa akan sejarah hitam ini,terbukti dengan sejelas-jelasnya kerajaan UMNO/BN ini zalim.Al Fatihah buat para Syuhada...


BOTAONLINE GROUP





Tiada ulasan:

Catat Ulasan