Ahad, 16 Disember 2012


RAKYAT PERAK KECEWA 
Satu Pandangan dari grassroot..

PERHIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT PERAK DI SERI ISKANDAR 16 DIS MENGECEWAKAN KEBANYAKKAN RAKYAT PERAK.

Rakyat Perak datang beramai2 dari seluruh pelusuk negeri untuk mendengar ceramah yang berfaedah bagi memantapkan keyakinan menghadapi PRU 13. dicemari oleh lawak kurang matang dan nyayian oleh penyanyi yang kita tidak sangka boleh dipersembahkan di depan para tok lebai berkupiah putih.

Ini program syaitan yang dicemari dengan lagu2 yang tidak berfaedah walau pun di antara tajuk lagu2 itu ke arah mengecam UMNO BN.


Penganjur mesti peka kehendak rakyat, bagaimana rasa TGHA dari PAS bila nyayian seperti ini dipersembahkan. Kita sudah cukup lara dengan lagu2 seperti ini di TV, radio. Kalaulah nyayian seperti ini hendak ditunjulkan lebih  pihak penganjur, beri tahu dalam poster2 program ini ada pelawak bodoh dan nyayian rock supaya pak dan tok lebai berkupiah putih tahu, ini alamat kecundang PR dalam PRU 13 kalau diamalkan seterusnya.

Hentikan segera program seperti ini dalam majlis yang dihadiri oleh ulama dari PAS.

PKR dan DAP boleh menerima program seperti kerana mereka bekas ahli UMNO!. Untuk datang bersusah payah hanya hendak menonton persembahan yang tidak berfaedah ini lebih baik tidur kat rumah! Hari2 dalam TV, radio rakyat Perak boleh tonton dan dengar lawak bodoh dan hiburan yang melalaikan!

PAKATAN RAKYAT MESTI SERIUS DALAM HAL INI.Jangan terbawa2 dengan amalan UMNO. Kita mesti lain dari yang lain.Kalau nak juga hiburan, bawalah lagu selimut putih atau nasyid yang boleh membina kesedaran dan jati diri bukan nyayian rock yang perangai belum tentu boleh berubah dengan sausana Islam.

PAS kena berhati2 dalam hal ini. Ini bukan masalah menjaga hati tapi masalah maksiat. Jangan kerana hendak menjaga hubungan kita terpaksa bertolak ansur. Dasar PAS jelas, hiburan boleh tapi, ke arah dakwah Islam.

www.iman2taqwa.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan