Selasa, 4 Jun 2013

Tragedi di Simpang Empat Bota Kiri...


Bila disebut simpang empat Bota Kiri,penduduk sekitar Bota Kiri akan kata tempat berlepak-lepak waktu petang dan kawasan kemalangan.Disimpang empat ini tidaklah selalu belaku kemalangan tapi dalam masa bertahun-tahun lamanya sejak kewujudan simpang empat ini ramai nyawa telah terkorban dalam kemalangan di simpang ini.


 Pagi semalam telah belaku kemalangan maut di Simpang Empat Bota Kiri,2 sahabat karib maut dalam kejadian kemalangan ngeri  itu apabila motosikal jenis Kriss yang ditunggangi bertembung dengan sebuah kereta Proton Wira di persimpangan lampu isyarat Simpang Bota Kiri itu.

Akibat kejadian itu penunggang dan pembonceng motosikal iaitu Muhammad Zaidi Musa, 14, dan Muhammad Shawaluddin Nasaruddin, 14,maut di tempat kejadian.

Dalam kejadian itu, mangsa dirempuh ketika berhenti di lampu isyarat menyebabkan kedua-duanya tercampak dan melambung sehingga 75 meter dari tempat kejadian.


Suasana Simpang Empat Bota Kiri


Antara keratan Akhbar hari ini menceritakan tentang kemalangan  maut semalam
lokasi kawasan kemalangan semalam

Selepas belaku kejadian semalam,antara mereka yg melihat kejadian itu merasa trauma dengan kejadian yg belaku sekelip mata itu dan ucapan takziah dari admin kepada keluarga mangsa yg terkorban,semoga dicucuri rahmat keatas roh mereka dan moga ditempatkan dikalangan orang-orang yg soleh,Al Fatihah....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan