Oleh W.FauzudinNS
MAKA, Tok Peti ini pun berkata, "Umat Islam yang akan menyambut Ramadan dinasihatkan supaya jangan merosakkan solat tarawih dengan menganjurkan majlis tazkirah di antara solat sunat itu kerana ia boleh mengganggu kekhusyukan jemaah."
Solat boleh rosak dengan tazkirah? Samada tazkirah itu dibuat sebelum atau selepas solat, di mana hujahnya yang mengatakan tazkirah itu boleh merosakkan Solat? Mengapa takut sangat Tok Peti ini dengan tazkirah? Setahu kita, makhluk yang paling takut dengan amalan tazkirah (ingat-mengingati sesama Muslim) itu adalah Iblis Laknatullah. Iblis memang tidak mahu umat Islam saling ingat mengingati. Masakan seorang berjawatan Tok Peti boleh bercakap bagi pihak Iblis?
Di dalam Solat Tarawikh misalnya, amalan tazkirah biasanya dilakukan selepas 4 Rokaat sekitar 5 minit kemudiannya Solat Tarawikh disambung lagi. Jika Solat tarawikh dilakukan 8 Rokaat, ertinya tazkirah hanya ada dua kali. Adakah dengan hanya dua kali tazkirah di sekitar 10 ke 20 minit kesemuanya itu boleh merosakkan keseluruhan Solat Tarawikh? Bukankah Solat Tarawikh itu adalah Solat di dalam keadaan rehat atau 'santai' tanpa tergesa-gesa? Oleh itu, setiap kali selesai satu-satu Rokaat itu adalah lebih baik ahli Jemaah diberi sedikit ruang untuk berehat seketika sambil mendengar tazkirah yang tentunya tidak merugikan mereka.
Seandainya ada Jemaah yang merasakan tazkirah itu membebankan mereka, apakah salah mereka pulang ke rumah dan selesaikan Solat Tarawikh yang mereka mahu lakukan? Mengapa perlu dihalang atau dikecam Jemaah yang sukakan peringatan? Jika pihak pemerintah mahu pun Tok Peti itu sendiri tidak suka memperingatkan Umat Islam tentang kebaikan, jangan pula cuba menghalang orang lain.
Berkata lagi Tok Peti ini, " Umat Islam jangan terkeliru sehingga menganggap majlis tazkirah itu sebagai amalan wajib sehingga boleh merosakkan amalan yang sunat. "Ada pihak yang mengatakan bahawa tazkirah lebih wajib daripada tarawih yang sunat. Tazkirah wajib pada masa-masanya; yang sunat ada masanya. Jangan kita buang yang sunat kerana kononnya yang melaksanakan yang wajib sedangkan dalam itu kita merosakkan yang sunat dan merosakkan yang wajib," katanya. Cuba Tok Peti beritahu masa bila wajibnya Tazkirah ini? Jika dilakukan di luar Solat Tarawikh iaitu di hari-hari lain yang bukan di bulan Ramadhan, adakah Tok Peti ini mahu beri jaminan Tazkirah boleh dilakukan juga? Tidakkah beliau tahu sudah berapa banyak kes orang-orang yang memberi tazkirah ditahan dan didakwa atas alasan tiada tauliah pula?
Alasan demi alasan diberi oleh puak yang bencikan amalan tazkirah ini. Bila bulan Ramadhan, alasannya merosakkan Solat Tarawikh. Di luar bulan Ramadhan pula, alasannya tiada Tauliah pula. Mengapa susah sangat mahu menerima amalan Tazkirah ini? Mengapa tidak dipermudahkan seperti mana mudahnya golongan kaki maksiat menganjurkan program melalaikan seperti Jom Heboh, konsert, Gang Nam dan sebagainya itu? Sehingga kini, tiada seorang pun yang didakwa memberikan Tazkirah tanpa Tauliah itu telah memberikan Tazkirah yang menyesatkan. Jadi, apa yang tidak kena dengan Tazkirah ini pada pandangan Tok Peti? Mungkin Tazkirah yang amat dilarang itu adalah kerana ianya tidak membodek pemimpin kerajaan?
Aku menyokong penuh Dewan Pemuda PAS Malaysia yang menyifatkan langkah tersebut tidak wajar dan lebih sebagai satu tindakan politik dan Pemuda PAS bersedia beri khidmat bantuan guaman kepada penceramah yang dikenakan tindakan. Kita harus berani melanggar arahan yang dihasut oleh Iblis yang sentiasa mahu menjauhkan Umat Islam dari saling ingat-mengingati. Pedulikan Tok Peti yang mahu mencari makan walaupun terpaksa memakan bara-bara dari api neraka.
Catatan dari : http://wfauzdin.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan