Jumaat, 18 September 2015

Fahami apa makna BAI'AH dan BERSUMPAH

FAHAMI APA MAKNA BAI’AH DAN BERSUMPAH
Firman Allah SWT d. i dalam Al-Quran :
إِنَّ الَّذِينَ يَشْتَرُونَ بِعَهْدِ اللَّهِ وَأَيْمَانِهِمْ ثَمَنًا قَلِيلا أُولَئِكَ لا خَلاقَ لَهُمْ فِي الآخِرَةِ وَلا يُكَلِّمُهُمُ اللَّهُ وَلا يَنْظُرُ إِلَيْهِمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلا يُزَكِّيهِمْ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ * وَإِنَّ مِنْهُمْ لَفَرِيقًا يَلْوُونَ أَلْسِنَتَهُمْ بِالْكِتَابِ لِتَحْسَبُوهُ مِنَ الْكِتَابِ وَمَا هُوَ مِنَ الْكِتَابِ وَيَقُولُونَ هُوَ مِنْ عِنْدِ اللَّهِ وَمَا هُوَ مِنْ عِنْدِ اللَّهِ وَيَقُولُونَ عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ وَهُمْ يَعْلَمُونَ*
"Sesungguhnya orang-orang yang membeli perjanjian mereka dengan Allah dan sumpah-sumpah mereka dengan harga yang sedikit, mereka itu tidak mendapat bahagian di Hari Akhirat, Allah tidak berkata-kata Rahmat terhadap mereka, tidak juga menilik secara Kasihan  kepada mereka, tidak juga memandang untuk memberi kesayangan terhadap mereka pada Hari Qiamat nanti dan tidak membersihkan mereka daripada dosa dan bagi mereka azab yang pedih. Dan sesungguhnya ada kalangan (ulamak ahli kitab itu) mereka yang mempermainkan lidah-lidah mereka dengan kitab (Allah) supaya menganggapnya  hukum daripada kitab Allah, pada hal bukan daripada kitab Allah, dan mereka berkata lagi ini daripada Allah, pada hal bukan daripada Allah. Sebenarnya mereka berbohong terhadap Allah dalam keadaan mereka mengetahuinya."
(Surah Ali-Imran, ayat 77 - 78)
Ditafsirkan ayat ini oleh para ulamak salaf dan khalaf, yang perlu diketahui mafhumnya  oleh ahli PAS yang istiqamah bersama Islam, supaya mengerti tujuan bai’ah dan sumpah. Ayat ini menggabungkan kedua-duanya, walaupun perkara bai’ah dan sumpah pada asalnya berbeza dan berasingan dan dilakukan dalam keadaan yang tidak sama. Namun, boleh dilakukan kedua-duannya bagi menambah keteguhannya dalam perkara yang besar dan mencabar, seperti perkara jihad dan amanah ummat, bahkan kadang-kadang dimasukkan pula  laknat supaya  tidak memandang mudah dalam perjuangan dan amanah itu, seterusnya supaya menjaga istiqamah apabila menghadapi cabaran yang besar.
Walaupun ayat ini sebabnya berkait dengan kisah golongan ahli kitab dengan nabi-nabi mereka yang meminta supaya mereka beriman dengan Nabi akhir zaman dan berjanji untuk berjuang bersamanya , namun pengajarannya wajib diikuti oleh kumpulan Islam yang berjuang menegakkan Islam. Maka Bai’ah diamalkan sejak zaman Rasulullah SAW bagi pengukuhan seseorang yang berada dalam saf perjuangan atau ditugaskan jadi pemimpin atau memegang jawatan penting. Di zamannya berlaku beberapa kali bai’ah yang berbeza keadaan dan mereka yang terlibat . Di antaranya ada Bai’ah ‘Aqabah, Bai’ah Nisaa dan Bia’ah Riduan (Hudaibiyyah) dan diteruskan  selepasnya pula di zaman para sahabat dan tabi’ein. Ada pula ditambah  dengan sumpah, bahkan digabungkan lagi di zaman mutaakhir dengan nazar, tolak dan laknat kerana dirasakan generasi kemudian lemah imannya dalam perkara yang ghaib saperti perhitungan dosa dan pahala atau berkat dan celaka, maka diikat lagi dengan perkara yang nyata di alam dunia seperti taklik, talak isteri dan sebagainya.
Maksud perjanjian dalam ayat tersebut ialah bai’ah  yang berasal daripada perkataan bahasa arab "باع"  (bermaksud menjual), kerana Allah membandingkan perjuangan menegakkan agamanya seperti membeli janji yang dijual oleh Allah dengan pahala yang besar. Laksana sesuatu yang  dijual oleh Allah dengan bayaran pahala yang besar kerana besar pengorbanannya, sehingga Allah mengukuhkan janjinya saperti perjanjian menjual dan berhutang yang wajib dibayar,  dengan janji  pada Hari Qiamat yang merupakan ujian beriman kepada Allah, perkara Ghaib dan urusan Akhirat. Firman Allah :
إِنَّ اللَّهَ اشْتَرَى مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنْفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ*
"Sesungguhnya Allah membeli daripada orang-orang yang beriman itu diri mereka dan harta mereka."
(Surah At-Taubah, ayat 111)
Tujuannya, supaya dikorbankan bagi menegakkan Islam. Seterusnya Allah berfirman lagi:
وَمَنْ أَوْفَى بِعَهْدِهِ مِنَ اللَّهِ فَاسْتَبْشِرُوا بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُمْ بِهِ وَذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ*
"Barangsiapa yang menunaikan bai’ah (perjanjian jual belinya daripada Allah, maka bergembiralah dengan bai’ah yang kamu meteraikan itu. Itulah kemenangan yang sangat besar."
(Surah At-Taubah, ayat 111)
Allah juga berfirman dalam ayat yang lain berkaitan dengan perjuangan Islam juga laksana berhutang :
مَنْ ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافًا كَثِيرَةً وَاللَّهُ يَقْبِضُ وَيَبْسُطُ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ*
"Siapakah yang bersedia memberi hutang (pinjaman ) kepada Allah, pinjaman paling baik. Maka Allah berjanji membayarnya dengan berlipat kali ganda yang sangat banyak. Dan Allah boleh memegang dan membuka seluasnya dan kepadanya kamu dipanggil kembali (mengadapnya pada Hari Kiamat)."
(Surah Al-Baqarah, ayat 245)
Di atas perjanjian inilah maka diadakan bai’ah yang bermaksud perjanjin dengan Allah dalam perkara yang berkait dengan perjuangan Islam, di mana Allah yang menjual dan seseorang yang berjuang itu membelinya, seterusnya Allah membeli semula dengan keuntungan yang berlipat kali gandanya.
Ada pun sumpah yang disebut "يمين أيمان" (Aiman atau Yamin ) daripada makna tangan kanan bermaksud mengukuhkan janji seperti memegang dengan tangan kanan yang terkuat, mengikut hukum Syarak dengan menyebut nama Allah (Demi Allah). Kebiasaannya dalam perkara kehakiman, sehingga diluaskan dalam perkara pergaulan hidup bermasyarakat yang wujudnya perselisihan biasa, sehinggalah bagi menegaskan janji membuat sesuatu atau meninggalkannya dilafazkan sumpah,  sehingga akhirnya dimudah-mudahkan dalam perbualan dan gurauan , lalu Allah memberi amaran :
وَلَا تَجْعَلُوا اللَّهَ عُرْضَةً لِأَيْمَانِكُمْ أَنْ تَبَرُّوا وَتَتَّقُوا وَتُصْلِحُوا بَيْنَ النَّاسِ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ *
"Dan janganlah kamu jadikan Allah dipergunakan untuk bersumpah bagi menghalang kamu melakukan perkara kebajikan dan bertaqwa dan melakukan islah dikalangan manusia, dan Allah itu Maha mendengar lagi Maha Mengetahui)."
(Surah Al-Baqarah, ayat 224)
Maka Allah memberi kelonggaran supaya melanggar sumpah sekiranya lebih berkebajikan. Firman Allah :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُحَرِّمُوا طَيِّبَاتِ مَا أَحَلَّ اللَّهُ لَكُمْ وَلَا تَعْتَدُوا إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ * وَكُلُوا مِمَّا رَزَقَكُمُ اللَّهُ حَلَالًا طَيِّبًا وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي أَنْتُمْ بِهِ مُؤْمِنُونَ * لَا يُؤَاخِذُكُمُ اللَّهُ بِاللَّغْوِ فِي أَيْمَانِكُمْ وَلَكِنْ يُؤَاخِذُكُمْ بِمَا عَقَّدْتُمُ الْأَيْمَانَ فَكَفَّارَتُهُ إِطْعَامُ عَشَرَةِ مَسَاكِينَ مِنْ أَوْسَطِ مَا تُطْعِمُونَ أَهْلِيكُمْ أَوْ كِسْوَتُهُمْ أَوْ تَحْرِيرُ رَقَبَةٍ فَمَنْ لَمْ يَجِدْ فَصِيَامُ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ ذَلِكَ كَفَّارَةُ أَيْمَانِكُمْ إِذَا حَلَفْتُمْ وَاحْفَظُوا أَيْمَانَكُمْ كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ *
"Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu mengharamkan perkara-perkara yang baik yang telah dihalalkan oleh Allah kepada kamu dan janganlah kamu melampau. Sesungguhnya Allah tidak mengasihi orang-orang yang melampau. Dan makanlah daripada apa-apa yang Allah halalkan kepada kamu daripada yang baik-baik dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu beriman kepadanya. Allah tidak menjadikan dosa dalam sumpah yang songsang (yang tidak berniat sumpah dalam perbualan biasa). Namun Allah mempertanggungjawabkan keatas kamu dalam sumpah yang kamu ucapkan bagi penegasan (niat sumpah) . Maka kaffarahnya (dendanya) ialah memberi makan sepuluh orang miskin dengan makanan yang sederhana yang menjadi kebiasaan kamu , atau memberi pakaian kepada mereka atau  memerdekakan hamba sahaya . Barang siapa yang tidak mampu hendaklah berpuasa tiga hari. Itulah kaffarah terhadap sumpah yang kamu lakukan . Begitulah Allah menerangkan kepada kamu akan ayat-ayatnya supaya kamu bersyukur."
(Surah Al-Maidah, ayat 87 - 89)
Ayat-ayat ini sebab nuzulnya, berkaitan dengan adanya kalangan para sahabat yang bersumpah untuk jadi seperti paderi dan sami, beribadat selama-lamanya, bersembahayang, berpuasa dan lain-lain sehingga tidak mahu berkahwin, meninggalkan makanan yang baik dan lain-lain yang dihalalkan oleh Allah.
Bahkan teguran Allah terhadap Rasulullah SAW di dalam Al-Quran :
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ لِمَ تُحَرِّمُ مَا أَحَلَّ اللَّهُ لَكَ تَبْتَغِي مَرْضَاتَ أَزْوَاجِكَ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ * قَدْ فَرَضَ اللَّهُ لَكُمْ تَحِلَّةَ أَيْمَانِكُمْ وَاللَّهُ مَوْلَاكُمْ وَهُوَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ *
"Wahai Nabi ! Mengapa kamu haramkan apa yang telah dihalalkan oleh Allah kepadamu kerana semata-mata mahu merelakan hati isteri-isteri mu. Pada hal Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya Allah telah menyatakan kepadakamu cara melepaskan diri daripada sumpah itu (menunaikan kaffarah). Allah sahaja Tuhan yang memelihara kamu. Dialah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana."
(Surah At-Tahrim, ayat 1 - 2)
Apabila digabungkan semuanya, yakni bai’ah, sumpah dan laknat, menjadikan berbeza dengan tujuan bersumpah sahaja, kerana  bertujuan menguat bai’ah dan bertanggungjawab berkait di antara satu sama lain yang tidak boleh dipisahkan dan  disamakan hukumnya secara bersumpah sahaja. Asasnya ialah bai’ah yang bertujuan perjanjian dengan Allah yang tidak boleh selesai dengan sumpah yang dibayar kaffarahnya.
Imam Ibnu Kathir menyebut dalam kitab karangannya "Al-Bidayah Wan Nihayah" dan Imam At-Tobari dalam kitabnya "At-Tarikh", "Bahawa bai’ah, sumpah, cerai  taklik dan nazar, digabungkan semuannya, pernah dilakukan di zaman kerajaan Abbassiyah dengan pengesahan para ulama dizamannya”. Para Fuqaha Mazhab Hanafi pula menyebut perkara sumpah yang dimasukkan taklik talak, tetapi dalam perkara sumpah yang tidak ada kaitan dengan Bai’ah. Begitu juga Imam Ibnu Taimiyyah dan Imam Ibnu Qayyim serta juga ulamak mutaakhir saperti Mahmud Shaltut, Sayed Sabiq dan Al-Qardawi menyatakan hukum khilaf dalam  perkara sumpah sahaja yang berasingan dengan bai’ah.
PAS telah mengsyaratkan bai’ah yang dimasukkan di dalamnya sumpah dan laknat dengan penegasan lafaz Allah menjadi saksinya. Ada negeri yang memasukkan tolak tahlil, bukan bermakna merendahkan isteri, sebaliknya meninggikan kedudukannya sehingga dimasukkan bersama kecintaan kepada Allah walau pun tidak menyamainya. Bahkan para Sahabat RA bersumpah dengan menyebut "Demi Ayah dan Ibu" (kecintaan terhadap kedua-duannya tidak melebihi dengan kecintaan kepada Allah dan Rasul). Merupakan seni sastera arab bagi mengukuhkan ucapan  dan ikrar.
Maka lafaz bai’ah dalam parti yang berjuang menegakkan Islam saperti PAS adalah beramal dengan Al-Quran, As-Sunnah dan Ijtihad para ulamak muktabar yang disahkan oleh Ahli Majlis Syura Ulamak yang sangat dihormati oleh semua pemimpin, ahli dan penyokong PAS yang istiqamah, walaupun pihak lain tidak berminat bukan sahaja bai’ahnya bahkan dasar Islamnya juga, sehingga ada pula yang meletakkan talak taklik mencerai isteri lebih utama daripada berjanji dengan Allah.
Maka Tahaluf Siyasi dengan pihak lain yang temasuk dalam perkara strategi, tidak boleh mengatasi bai’ah kesetiaan kepada Aqidah, Dasar dan Matlamat perjuangan Islam. Walaupun PAS berkali-kali menerima kekalahan pilihanraya, kerana kemenangan Aqidah dan matlamat Islam memimpin Negara, Syariat Allah didaulatkan tidak boleh tunduk kepada hala tuju yang dikehendaki oleh semua pihak walaupun rakan paling akrab. Firman Allah di dalam Al-Quran :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا آبَاءَكُمْ وَإِخْوَانَكُمْ أَوْلِيَاءَ إِنِ اسْتَحَبُّوا الْكُفْرَ عَلَى الْإِيمَانِ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ* قُلْ إِنْ كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُمْ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّى يَأْتِيَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ *
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu jadikan bapa-bapa kamu, saudara-saudara dan rakan-rakan kamu, wali-wali yang diberi kepercayaan (sehingga tidak berbelah bahagi dan tidak boleh dirungkai hubungannya), jika mereka meletakkan kecintaan terhadap kekufuran lebih daripada keimanan. Maka sesiapa yang berwalikan mereka dikalangan kamu, merekalah orang-orang yang zalim . Katakanlah kepada mereka (wahai Muhammad) ! Jika sekiranya ayah-ayah kamu, anak-anak kamu, suadara mara dan sahabat handai, isteri-isteri dan keluarga kamu, harta benda yang kamu cari, perniagaan yang kamu bimbang melesetnya dan rumah kediaman yang kamu sayang, kamu anggap lebih penting daripada Allah dan Rasul dan jihad (perjuangan dengan pengorbanan) menegakkan agama Allah, maka tunggulah sehingga Allah menentukan perintah (hukumannya) dan Allah tidak memberi hidayah kepada orang-orang yang fasik."
(Surah At-Taubah, ayat 23 - 24)
Ahli-ahli PAS yang ditarbiyah dan menerima hakikat   tasawwurnya daripada ayat-ayat tersebut terus beristiqamah di atas landasan yang ditetapkan kepada mereka.

Bai’ah lebih mewajibkan PAS tidak menukar Aqidah perjuangan Islamnya atau dicabar kedudukan islam yang wajib memimpin negara, pelaksanaan syariat boleh dihalang atau dipertikai sewenang-wenang, jati diri ummat Islam dicalarkan, walaupun beberapa pelaksanaannya berkait dengan perkara cabang syariat, memerlukan masa dan jadual yang panjang. PAS memahami semuanya tidak terpisah daripada Aqidah, dasar dan matlamat Islam yang menyeluruh. Maka semua hubungan dan kerjasama PAS dengan semua pihak haram menjual perkara asas tersebut dengan segala harga dialam dunia ini, kerana kita percaya semuanya tidak laku di alam akhirat kelak.
Sejarah PAS mencipta Dr Burhanudin Al-Helmy yang mencerai isterinya daripada Singapura kerana tidak bersedia datang ke semenanjung, bersamanya menjadi pemimpin, PAS mencipta Profesor Ahmad Ibrahim meninggalkan jawatan besar di Singapura, datang berkhidmat di Semenanjung  dan lain-lain. Menunjukkan pegangan mereka kepada Bai’ah, yang tidak ada kepada kalangan yang berwawasan dunia tanpa akhirat, atau yang berpegang kepada konsep "Political Animal".
Ahli PAS yang terdahulu melihat semua akibat di alam dunia sebelum akhirat, sesiapa yang mengkhianati bai’ah yang lebih penting atau melanggar sumpah yang dianggap kecil tidak penting. Semuanya menjadi peristiwa yang menjadikan kami semua lebih beristiqamah di atas landasan perjuangan Islam dan matlamatnya.
Kepada mereka yang niatnya bersama PAS sekadar bermalam di hotel atau jambatan pendek menyeberangi cita-cita dunianya atau sekadar menjadi penonton, diucapkan selamat tinggal. Jangan beratkan bahtera kami dan membazirkan tenaga ahli PAS yang besar dan kecil dan bekalan kami yang dibekalkan oleh kalangan yang termiskin lebih ramai daripada yang kaya-raya. Ada pun yang berpura-pura dengan bai’ahnya, ketahuilah bahawa kami beriman kepada kalam Allah SWT :
إِنَّ الَّذِينَ يُبَايِعُونَكَ إِنَّمَا يُبَايِعُونَ اللَّهَ يَدُ اللَّهِ فَوْقَ أَيْدِيهِمْ فَمَنْ نَكَثَ فَإِنَّمَا يَنْكُثُ عَلَى نَفْسِهِ وَمَنْ أَوْفَى بِمَا عَاهَدَ عَلَيْهُ اللَّهَ فَسَيُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا
"Sesungguhnya mereka yang berbai’ah denganmu (wahai Muhammad), sebenarnya mereka berbai’ah dengan Allah, tangan Allah (yang tidak sama dengan makhluknya) di atas tangan-tangan mereka (yang melafazkan bai’ah itu). Maka sesiapa yang mengkhianatinya maka dia menanggung akibat menimpa dirinya, dan sesiapa yang setia menunaikan janjinya (daripada bai’ah itu), maka Allah mengurniakan kepadanya ganjaran yang besar."
(Surah Al-Fath, ayat 10)
Perkara talak taklik sahaja mungkin boleh diusahakan di Mahkamah Qadi dengan sistem yang memisahkan politik daripada agama. Ada pun hukuman terhadap mereka yang mengkhianati bai’ah terserah kepada mahkamah Allah Yang Maha Adil lagi Bijaksana, sama ada hukuman dunia atau akhirat terserah kepada-Nya. Bukannya di mahkamah ciptaan manusia yang ramai peguamnya, ada yang baik dan ada yang buruk. 
Akhirnya, marilah bersama kita menghayati satu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Ahmad :
ثلاثة أنا خصمهم يوم القيامة: رجل أعطى بي ثم غدر , ورجل باع حرا ثم أكل ثمنه , ورجل استأجر حرا فاستوفى منه ولم يعطه أجره                                                         
"Tiga orang, aku menjadi musuhnya di Hari Akhirat. Seorang yang membuat perjanjian atas namaku, lalu dia memungkirinya. Seorang lagi menjual orang merdeka (bukan hambanya), lalu dia memakan harganya dan seorang lagi mempekerjakan orang lain, lalu tidak membayar gajinya."
"BERISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN"
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
04 Zulhijjah 1436 H / 18 September 2015
#Copypaste....

3 ulasan:

  1. saya mengucapkan banyak terimakasih kepada KI HADAK yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama KI HADAK dan dengan senang hati beliau mau membantu saya..,ALHAMDULIL LAH nomor yang dikasi KI semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungiya jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi KI HADAK DI 085=259=457=111 ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinya dan perlu anda ketahui kalau banyak dukun yang tercantum dalam internet,itu jangan dipercaya kalau bukan nama KI HADAK

    BalasPadam
  2. Awalnya aku hanya mencoba main togel akibat adanya hutang yang sangat banyak dan akhirnya aku buka internet mencari aki yang bisa membantu orang akhirnya di situ lah ak bisa meliat nmor nya AKI NAWE terus aku berpikir aku harus hubungi AKI NAWE meskipun itu dilarang agama ,apa boleh buat nasip sudah jadi bubur,dan akhirnya aku menemukan seorang aki.ternyata alhamdulillah AKI NAWE bisa membantu saya juga dan aku dapat mengubah hidup yang jauh lebih baik berkat bantuan AKI NAWE dgn waktu yang singkat aku sudah membuktikan namanya keajaiban satu hari bisa merubah hidup ,kita yang penting kita tdk boleh putus hasa dan harus berusaha insya allah kita pasti meliat hasil nya sendiri. siapa tau anda berminat silakan hubungi AKI NAWE Di Nmr 085--->"218--->"379--->''259'










    Awalnya aku hanya mencoba main togel akibat adanya hutang yang sangat banyak dan akhirnya aku buka internet mencari aki yang bisa membantu orang akhirnya di situ lah ak bisa meliat nmor nya AKI NAWE terus aku berpikir aku harus hubungi AKI NAWE meskipun itu dilarang agama ,apa boleh buat nasip sudah jadi bubur,dan akhirnya aku menemukan seorang aki.ternyata alhamdulillah AKI NAWE bisa membantu saya juga dan aku dapat mengubah hidup yang jauh lebih baik berkat bantuan AKI NAWE dgn waktu yang singkat aku sudah membuktikan namanya keajaiban satu hari bisa merubah hidup ,kita yang penting kita tdk boleh putus hasa dan harus berusaha insya allah kita pasti meliat hasil nya sendiri. siapa tau anda berminat silakan hubungi AKI NAWE Di Nmr 085--->"218--->"379--->''259'

    BalasPadam
  3. Assalamualikum... Salam Ukhuwah Islamiah Dari Kami
    https://peribadirasulullah.wordpress.com/2018/01/13/17-ciri-pendakwah-yang-akan-mendampingi-allah-swt/

    BalasPadam