Mendoakan kebaikan dan mendoakan keburukan kedua-duanya adalah sunnah berdoa, ada petunjuknya dalam hidup Rasulullah saw dan para sahabat. Berdoa agar musuh mendapat hidayah adalah dituntut. Berdoa agar musuh yang jahat dan golongan yang zalim mendapat pembalasan Tuhan juga dituntut. Asasnya adalah kerana doa adalah senjata mukmin. Doa keburukan terhadap musuh yang jahat dan golongan yang zalim akan menggerunkan musuh dan menakutkan golongan yang zalim.
Nabi saw berdoa ke atas Quraisy yang mengganggu dan menyakiti baginda ketika solat di Masjid Haram “Ya Allah hancurkanlah Quraisy” sebanyak tiga kali. Orang-orang Quraisy yang sedang ketawa melihat Nabi saw diperlakukan demikian segera terdiam kerana takut dengan doa Nabi saw. Kemudian Nabi saw menyambung lagi doa baginda khusus ke atas tujuh orang Quraisy yang menganggu baginda. (Hadis Bukhari dan Muslim)
Dr Khairuddin at-Takiri
Tiada ulasan:
Catat Ulasan