Ahad, 18 September 2011
Sekitar Jamuan Hari Raya Yayasan Amal Malaysia Caw. Parit
Dengan Dr. Faizol Fadzli sendiri mengalu-alukan kedatangan tetamu, majlis serupa ini adalah pertama kali di adakan.
Majlis dijalankan di perkarangan Klinik Dr. Faizol di Taman Bandar Universiti Seri Iskandar. Majlis berjalan dalam keadaan sederhana tetapi meriah dan penuh mesra. Dr. Faizol begitu sibuk melayan tetamu dan beliau sendiri mengangkat hidangan untuk para tetamu.
Keredhaan Allah Matlamat Perjuangan Pas .
Ahad, 18 September 2011 16:05 Webmaster DUPP
Ahli PAS diingatkan agar berjuang dalam Islam kerana Allah Taala dan bukan bermatlamatkan menjadi calon dalam pilihanraya.
Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat, YB. Dato’ Tuan Guru Haji Harun Taib (gambar) berkata demikian ketika merasmikan Ijtima’ Pilihanraya PAS Kawasan Marang, di Masjid Rusila, 16 September lalu.
Katanya, Orang yang berjuang Islam mesti sanggup melakukan pengorbanan apa sahaja dalam keadaan murah atau mahal.
“Kita dalam PAS ini kena berjuang kerana Allah SWT dan bukan kerana hendak jadi calon. Kita kena sanggup berkorban dengan apa sahaja baik dalam keadaan murah atau mahal,” tegasnya.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Manir mahukan agar ahli PAS tetapkan pendirian dalam menghadapi perjuangan tersebut.
Selain itu, katanya gerak kerja secara berorganisasi dan tersusun juga boleh membantu kemenangan parti.
“Dalam kita (PAS) menghadapi musuh. Musuh pilihanraya kita, musuh politik kita dan musuh dalam perjuangan kita ini. Kita kena tetap pendirian dalam apa keadaan sekali pun menghadapi perjuangan".
“Kena ingat kepada Allah dengan sebanyak-banyaknya. Selain itu, kerja dengan cara berorganisasi yang tersusun akan membantu mempercepatkan kemenangan PAS,” ujarnya.
Beliau berkata dalam keadaan sekarang musuh-musuh Islam lebih ramai dan ‘senjata’ mereka lebih canggih.
Tetapi, katanya musuh-musuh Islam banyak melakukan maksiat serta kezaliman yang tidak wajar dilakukan oleh pejuang Islam.
“Musuh lebih ramai dari kita, ‘senjata’ (propaganda) musuh lebih canggih dari kita tetapi musuh melakukan maksiat".
“Kita (PAS) jangan melakukan maksiat seperti musuh. Jangan langgar perintah Allah SWT. Khususnya dalam menghadapi musuh,” ujarnya.
Hadir sama pada majlis tersebut Yang Dipertua PAS Marang, Yahaya Ali, Timbalan Yang Dipertua PAS Marang, Ahmad Ma’aruf Ismail dan Setiausaha PAS Marang, Hasan Jusoh.
Sumber: www.buletinonline.net
.
Tauliah pada ahli politik, Hasan Ali bincang dengan MAIS
Abdul Rahim Sabri
MALAYSIAKINI
Sep 17, 11
Exco Agama Selangor Datuk Dr Hasan Ali berkata beliau akan berbincang dengan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berhubung pemberian tauliah kepada ahli politik.
Katanya, ini kerana bukan semua ahli politik berceramah atau memberi kuliah di masjid atau surau "bersyarah tentang parti politik".
"Saya tahu, Datuk Dr Harun Din, Datuk Ismail Kamus sudah berpuluh-puluh tahun berdakwah, tidak sedikitpun menyentuh mana-mana parti politik, atau mempolitikkan majlis yang dikhususkan kepada mereka," katanya dalam sidang media di kediamannya hari ini.
Malah, katanya, ada sesetengah daripada mereka yang memberi ceramah mengenai tafsir al-Quran, mengenai tajwid atau akidah Islam yang mempunyai "akar umbinya" tersendiri.
"Kadang-kadang mereka bersyarah dengan bertalaqqi, ertinya berguru dan berkitab, dengan guru yang ditetapkan, yang diadakan setiap minggu, setiap bulan.
"Kalau kita potong ini atas dasar dia ahli politik, maka sudah tentulah akan menimbulkan kegusaran masyarakat.
"Sebagaimana yang kita tahu, Islam semakin dipinggirkan. Dengan kita meniadakan orang-orang yang jujur, ikhlas bekerja dengan Allah SWT, kita rasa gersanglah Islam di Selangor ini," katanya.
Sehubungan itu, beliau akan bertemu dengan Pengarah MAIS, Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa untuk membincangkan cadangan beliau itu sebelum ia dimajukan kepada pihak Istana untuk mempertimbangkan.
Beberapa hari lalu, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Marzuki Hussein berkata pihaknya tidak akan dilanjutkan tempoh pemberian tauliah mengajar Islam di masjid atau surau kepada ahli politik.
Bahkan sebelum itu, MAIS juga mengeluarkan arahan tidak membenarkan ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad memberi kuliah selaras dengan perkenan Tuanku Sultan Selangor yang tidak mahu mana-mana ahli politik berceramah di masjid dan surau di negeri itu.
Mengulas lanjut, Hasan yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat berkata, pada dasarnya beliau bersetuju dengan cadangan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) itu.
"Pada umumnya, saya menyokong tindakan untuk tidak mempolitikkan institusi masjid dan surau.
"Mempolitikkan ertinya mempolitikkan parti... Itu saya tidak setuju kerana akan menimbulkan masalah.
"Jika dibiarkan akan pecah belahkan masyarakat," katanya.
Mengulas mengenai penyiasatan JAIS terhadap gereja Mothodist Damansara Utama (DUMC), Hasan berkata beliau diberitahu "kemungkinan" laporan siasatan penuh telah dihantar kepada Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim yang baru pulang daripada Jerman.
Katanya lagi, menteri besar akan meneliti laporan tersebut dan mungkin akan dibawa dalam mesyuarat exco sebelum dimajukan kepada Istana untuk pertimbangan.
"Apapun, saya masih bertegas dalam hal-hal (mengenai) kristianisasi atau (penyebaran) dakyah Kristian terhadap orang Islam.
"Saya akan berada di barisan hadapan untuk pertahankan kesucian Islam dan akidah umatnya," katanya.
Sehingga kini larangan menutup mulut bagi mengulas pemeriksaan JAIS itu masih lagi berkuatkuasa dan beliau enggan mengulas lanjut berhubung perkara tersebut.
Jumaat, 16 September 2011
Jamuan Hari Raya PAS Parit Dapat Sambutan Luar Biasa
Tetamu undangan yang kelihatan di hari jamuan hari raya anjuran PAS Parit ialah Al Fadhil Ustaz Syeikh Mohd Nor Mansor al Hafiz. Ini menjadikan hadirin tertanya-tanya, apakah beliau datang secara kebetulan atau meninjau-ninjau untuk menjadi calon disalah satu DUN Parit?
Kelihatan bersama dalam majlis ialah Pesuruhjaya PAS Perak, alfadhil Ust. Abu Bakar Husain dan Kapt.(B) Usaili Alias, Ketua Cabang PKR Parit.
Sejak pukul 2.30 petang lagi orang ramai telah hadir dimana program sepatutnya bermula jam 3.00 petang.
Seorang ejen UMNO yang saya kenal berbisik dengan saya, "Nampaknya sambutan luar biasa..."
Selasa, 13 September 2011
PAS tentang semua bentuk penjajahan
Sep 14, 11 8:12am
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan parti itu menentang semua bentuk penjajahan tanpa mengira apa fahaman dan blok yang diwakili mereka.
Katanya, semua manusia tidak kira latar belakang mempunyai naluri untuk hidup sebagai manusia yang bebas merdeka jasad dan akal fikirannya.
"PAS ingin menegaskan bahawa kami menentang semua penjajah, sama ada komunis atau bukan komunis, mahupun oleh blok Timur atau Barat," katanya dalam satu kenyataan media.
Ini merupakan respons pertama Abdul Hadi berhubung perdebatan kemerdekaan negara yang berpunca daripada ucapan kontroversi timbalannya Mohamad Sabu yang dilaporkan berkata penyerang Bukit Kepong wira sebenar dan bukan "polis British" dalam peristiwa di Bukit Kepong.
(Baca Seterusnya Di Sini)
Khamis, 8 September 2011
RIBUT DI SERI ISKANDAR SEBULAN BERLALU TAPI TIDAK DIAMBIL TINDAKAN
Inilah dia imej Majlis Daerah Perak Tengah. Walau pun telah sebulan berlalunya, gambar-gambar yang tertera disini menunjukkan tidak ada apa-apa yang diambil tindakan bagi membetul atau membersihkan Bandar baru Seri ISKANDAR ini.
Memang sakit mata memandang, apatah lagi kawasan ini adalah merupakan laluan utama ke destinasi pelancung tempat MB Mamak Zambry, Ketua perampas kuasa di DUN Perak. Memang sakit m
Memang sakit mata memandang, apatah lagi kawasan ini adalah merupakan laluan utama ke destinasi pelancung tempat MB Mamak Zambry, Ketua perampas kuasa di DUN Perak. Memang sakit m
Isnin, 29 Ogos 2011
Komen-komen terhadap tulisan Mat Indera Sebagai Perjuang Kemerdekaan
Dari Tranungkite
Mat Indra ternyata seoarng pejuang sama dengan tokoh-tokoh yang lain seperti Rashid Maiden dan Chin Peng..tetapi pengorbanan beliau tidak di hargai oleh masyarakat yang kebanyakan nya mereka menuduh golongan in membabi buta tanpa mencari bukti-bukti bagi mengukuh kan tuduhan Mat Indra adalah seoarng penghianat bangsa....sedang kan aliran beliau juga sama ..ingin memerdekakan negara dari serangan penjajah.............. - Pippo
Askar dan polis kerja dibawah british...maka ianya talibarut penjajahlah. Mereka berjuang untuk kekalkan kuasa penjajah di malaya, oleh itu siapa yang melawan british mereka anggap musuh. Orang melayu kalau diumpan dengan wang cukup senang untuk BELOT dengan bangsanya sendiri. Mat Indera ini dari kacamata saya ianya seorang yang berjiwa merdeka dan ada semangat setia bangsa serta tidak tunduk dengan kemewahan dunia. Orang melayu lain ibarat ayam daging yang digemokkan untuk disembelih oleh penjajah british. Akibat perangai melayu yang tidak tetap pendirian inilah maka hingga sekarang dijajah oleh wakil british ?...UMNO lah ngok. - IATTIB....
Saya baru membaca apa yg saudara tulis mengenai peribadi abang saya.saya ucapkan berbanyak terima kaseh.
Dia bukan saorang komunis tetapi dia saorang Islam sejati,masuk hutan keran mahu melawan penjajah British yg menjajah kita pada masa itu. - bahrom shah bin indra
....
Dia bukan saorang komunis tetapi dia saorang Islam sejati,masuk hutan keran mahu melawan penjajah British yg menjajah kita pada masa itu. - bahrom shah bin indra
....
Kekadangku rase, kerana polis le kite lambat merdeka, mereka digunakan untuk menangkap dan menyiksa pejuang yang berjuang sebenar2nya mempertahankan tanahair. Force 136 seperti cerita sarjan hasan hanya berjuang untuk bebaskan dari Jepun bagi pihak British, setelah Jepun kalah terus balik ke kampung, tiada keinginan untuk memerdekakan tanah air dari penjajah, mentadbir tanah air sendiri. - AFirdaus
.....
asalamualaikum pada semua pembaca..yer betol apa yg ayah saya katakan(bahrom shah bin Indra)..mat Indra bukan komunis..PEACE - bahar@din
saya ingin membetulkan ayat jay bond...atuk sy mat indra bkn petualang tetapi dia ingin menentang penjajahan British ke atas tanah melayu...sekian sy anak kpd bahrom shah(bahar_bts@yahoo.com)
.....
There are too many spaculations over the net about this particular uncle of mine. I can see uncle Rom and his son here too. Berjuang demi Melayu - itulah arwah. Ramai yg memperkotak katikkan sesuka hati thadap perjuangan beliau. Ramai yang mencemuh dan memaki hamun. Tapi, pernah kah generasi2 baru cuba mendalami isu sebenar pada zaman itu? Generasi skg, hanya mendengar dan membaca. Silap sumber, maka silaplah pemahaman mereka. Cuba lah generasi (bukan merayu, mahu kamu berfikir), letakkan diri kamu di tahun 1948-1952.. Buang segala kemudahan yg ada depan mata, letak diri kamu di dalam sebuah rumah di dalam kebun yg dikelilingi hutan.. Apakah yg kamu boleh buat untuk diri dan bangsa sendiri?? Berjuang tidak semestinya memegang senjata - singkap wikipedia apa itu warfare? Berapa bahagiankah warfare?? Cuba fikirkan. Kamu adalah generasi baru, generasi maju. Malaysia dah maju, anak-anak yg bijak pandai. Propah yg dsebarkan oleh brits dan juga melayu yg tkabur dengan habuan di waktu itu - mjadikan arwah musuh sedangkan perjuangan beliau sama dengan apa yg dperjuangkan oleh Melayu lain. Apa? Kemerdekaan.. Yg mbunuh, bukan beliau. Yg menyiksa rakyat, bukan beliau. Malah beliau sampai di BK selepas BK di serang. Pernah kah kamu tfikir, berapa melayu yg telah arwah selamatkan? Siapakah yg menangis semasa beliau di gantung? Melayu juga.. Kenapa?? Sebab Melayu pada waktu itu, tahu apa yg diperjuangkan beliau. Siapakah yg tersenyum di waktu itu?? Kamu fikirkan lah sendiri.. - UNknow
....
saya org banjar batu pahat..menurut cerita org tua saya..mmg betulla apa yg korg cakap.mat indera bukan komunis - jamal
...
saya ingin membetulkan ayat jay bond...atuk sy mat indra bkn petualang tetapi dia ingin menentang penjajahan British ke atas tanah melayu...sekian

pokok pangkalnya sekarang adakah Mat Indera seorang komunis?
adakah dia berfahaman komunis?
bukankah dia ahli rejimen ke 10?
bukankah bukan semua ahli rejimen ke 10, malah tiada seorang pun yang terbukti berideologi komunis?
kalau yang politik kiri tu memang hampir semuanya, tapi tak semua yang kiri itu komunis.
ingat, kalau tak kerana British hambat semua pejuang kiri Melayu demi memenangkan puak kanan (baca: bourgeois/bangsawan kanan Melayu) yang akan jadi pak turut British, puak kiri takkan lari masuk ke hutan mendapatkan perlindungan dari PKM.
Orang Melayu Johor waktu tu tak sedoboh Melayu sekarang.
Mereka sendiri tak criminalize Mat Indera. Bagi mereka PKM adalah PKM, Rejimen ke-10 adalah R-10. Polis juga di satu pihak pada waktu itu sudah dilihat Melayu dengan pandangan yang rendah kerana kronisme dan korupsi.
Tidak sampai 10 tahun sebelum UMNO mula berkuasa (pilihanraya pertama adalah pada 1949), orang Melayu tak suka dengan UMNO.
Gelora perjuangan Melayu bangkit dengan API, AWAS, SEDAR, KMM, dll. yang mana tokoh-tokohnya adalah mereka yang berada di dalam Rejimen ke-10.
Hanya setelah zaman 50an baru masyarakat pandang rendah pada tokoh-tokoh tersebut setelah ejen-ejen propaganda UMNO menyebarkan fitnah terhadap mereka (cth: Shamsiah Fakeh bunuh anak sendiri dalam hutan, dsb).
Polis hanya balaci pemerintah.
Zaman British diorang ikut cakap British, zaman UMNO ikut cakap UMNO. - Megat Seri Rama

antara ucapan Mat Sabu - ....Bukit Kepong, polis itu polis British, hak serang Bukit Kepong tulah pegawai kerajaan, ketuanya MaT Indra, Melayu, tetapi semua sejarah itu ditutup, Jins Samsuddin buat filem, Jins Samsuddin tu UMNO, cerita bukit Kepong, hak serang balai polis tu penjahat, polis tu polis British, sebelum merdeka negara kita diperintah oleh British, tapi dia buat filem yang hero hak pertahan balai polis, hak serang tu pengganas, padahal Mat Inda ketua penyerang balai polis tu dan akhirnya dia dihukum gantung di Jering Taiping, begitulah juga Tok Janggut, Tok Janggut ni lawan British, tapi sebelum British nak..nak bunuh dia, dia menghasut Sultan Kelantan untuk mengishtiharkan Tok Janggut sebagai penderhaka, bila ishtihar Tok Janggut sebagai penderhaka, barulah tok Janggut dihukum gantung di Pasir Puteh Kelantan. Semua sejarah negara kita bohong.... agnako
.......
Polis pejuang kemerdekaan?
Tok Janggut pejuang penjajahan kalau gitu?
Lt. Adnan pejuang kemerdekaaan?
Lawan Jepun demi British?
Polis pejuang kemerdekaan?
Tok Janggut pejuang penjajahan kalau gitu?
Lt. Adnan pejuang kemerdekaaan?
Lawan Jepun demi British?
.........
--end--
Langgan:
Catatan (Atom)