| Harakahdaily |
| KUALA LUMPUR, 24 Dis: Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali hari ini mengakui kesilapannya mengkritik pendekatan Negara Berkebajikan yang mahu dibawa PAS seperti diputuskan dalam Muktamar tahunan parti itu Jun lalu. “Sebagai ahli PAS dan ahli jawatankuasa kerja PAS pusat, saya mengakui terdapat unsur keterlanjuran saya waktu membuat ulasan mengenai perkara itu. Dengan ini saya menarik balik komen mengenai Negara Berkebajikan tersebut. “Saya memohon maaf kepada saf kepimpinan dan ahli-ahli parti terhadap keterlanjuran saya itu,” katanya pada sidang media di kediamannya di sini. Sebelum ini pada satu sidang medianya juga, beliau mendakwa perjuangan PAS sudah menyimpang apabila mengangkat Negara Berkebajikan berbanding Negara Islam sejak sekian lama. Sehubungan itu beliau menolak konsep Negara Berkebajikan dan mendesak parti itu kembali kepada matlamat asal menubuhkan sebuah negara Islam. Mengakui ulasannya sebelum ini sebagai terlanjur kata, Hassan hari ini juga menyatakan pendirian bahawa beliau bersetuju dengan konsep Negara Berkebajikan yang diperjuang PAS kerana sebahagian dari initipati dan matlamat ke arah menubuhkan sebuah negara Islam. “Saya sebagai ahli dan pimpinan, saya menyetujui apa yang dikemukakan dan pada masa sama saya melihat pengisian Negara Berkebajikan sama seperti negara Islam yang dikemukakan parti sebelum ini. “Kemungkinan besar sama apa yang ada dalam konteks negara Islam dengan Negara Berkebajikan,” katanya. Sementara itu, Hasan juga berkata beliau bersedia bertemu kepimpinan parti bila-bila masa bagi merungkai permasalahan yang timbul yang turut mengaitkan dirinya. |
KUALA LUMPUR, 24 Dis — Pakatan Rakyat akan mendedahkan manifesto bersama parti perikatan itu pada konvensyen kebangsaan bulan depan di mana pemimpin tertinggi percaya ia akan menekankan dan membantu menyatukan persediaan mereka dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13.
Difahamkan manifesto Pakatan Rakyat berbentuk “mudah, ringkas” dan “halus” untuk memberikan dan menjelaskan maklumat penting apa yang ditawarkan gabungan tiga parti itu kepada rakyat.

Isu dalam PAS sudah meresap keseluruh anggota parti apabila
Harakah cetak telah mengeluarkan temubual Hj Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS
yang beberapa para awal temubual itu telah menunjukkan terlalu prajudis terhadap
Dr Hassan Ali dan Ustaz Nasarudin Mat Isa.

Semenjak
dua tiga menjak ni, makin kuat malaun-malaun media dok kucai PAS. Tambah syok
pulak, ada pulak orang PAS yang dok layan puak-puak ni. Hasilnya, dalam dok
kalut-kalut tu, orang bawah yang dok ikut ni, suka pulak bertelagah sama-sama.