TRANUNGKITE
Oleh:
mohdnoorawang
MEI 2012 Felda akan di Bursa Malaysia dengan nama FELDA GLOBAL VENTURES
HOLDING SDN.BHD (FGVH). Penyenaraian Felda dengan keluasan tanah 360,000 HEKTAR
tanah Felda plantion dipajak kepada FGVH selama 99 tahun.
Dasar kerajaan BN/UMNO bersama Najib Razak dan Isa Samad menghancurkan
pemilik tanah Felda rata rata Melayu dan membuka dan terdedah kepada pasaran di
Bursa malaysai adalah satu kesilapan yang besar dan merugikan kerajaan terutama
peneroka felda dalam masa jangka waktu yang panjang. *****uh terbaik ialah DEB
yang dilancarkan hampir 50tahun berlalu dengan tujuan untuk untuk mengadakn
saham pemilik bumiputra. Namun terbukti tidak berjaya, berbellion ringgit
malaysia saham bumiptra hilang atau dimiliki oleh orang asing atau orang bukan
melayu.
Jika felda di Bursa Malaysia akan berlaku dan akan terjadi sama dengan sham
saham milik bumiprta dalam DEB.
Akan berlaku seperti berikut:- Jika Felda di Bursa Malaysia
- BAHAYA KEPADA PENEROKA DAN PEMILIK TANAH BAKAL TERDEDAH KEPADA PASARAN
TERBUKA.
- PEHAK ASING ATAU PEMILIK SAHAM MEMBELI SAHAM SAHAM PEMILIK DAN PENEROKA
FELDA DAN BAKAL BERTUKAR PEMILIK ASAL
- RISIKO KEHILANGAN ASET ASAL PENEROKA SEKIRANYA PEMEGANG SAHAM MENJUAL SAHAM
MEREKA.
- JIKA SAHAM FELDA NAIK MELONJAK DI PASARAN SAHAM PEMENGANG SAHAM ASAL AKAN
JUAL SAHAMNYA.
- 99% TANAH PEMILIK ASAL BAKAL HILANG PEMILIK ASAL. BERLAKU SEPERTI SEKARANG
HAMPIR 95% TANAH REZAB MELAYU DIBANDAR DAN PINGGIR BANDAR BERTUKAR YANG
MILIK,
RISIKO PENEROKA AKAN DIUSIR CUKUP TERBUKA, NILA MANA PEMEGANG SHAM YANG
TERBESAR BERKUASA UNTUK MEMBANGUN TANAH TANAH TERSEBUT.
Dengan tarikh BULAN MEI 2012 BERLAKU LAHI SATU SEJARAH HITAM DAN GERHANA
KEPADA BANGSA MELAYU DAN PENEROKA FELDA. KEPUTUSAN DITANGAN PENEROKA FELDA JIKA
KERANA WANG DAN SAYANG KEPADA NAJIB DAN ISA SOKONGLAH BN/UMNO.
Untuk rekod mimyak sawit Malaysia telah dijual dinegar haram Israel. Besar
kemungkinnan dan peluang peniaga jutan Yahudi akan membeli saham felda atau FGVH
satu waktu nanti. Tidak mustahil kerna minyak dinegara teluk dikuasai bangsa
yahudi turun naik harga mimyak dunia.
Sabtu, 25 Februari 2012
MEI 2012. 360,000 HEKTAR TANAH FELDA DIMILIKI OLEH ORANG ASING DAN KRONI NAJIB
Isnin, 20 Februari 2012
NEGARA ISRAEL - ANWAR SYUKUR MURSYIDUL AM PAS TERIMA PENJELASAN BELIAU
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengadakan pertemuan kira-kira sejam dengan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di sini pagi ini berkata, Mursyidul Am Pas menerima penjelasan beliau berkenaan pendiriannya mengenai kedudukan Israel, yang disiarkan oleh akhbar Wall Street Journal (WSJ), bulan lalu.
Ketua Pembangkang itu tiba di apartmen PNB Darby Park di sini kira-kira jam 9.15 pagi dan keluar sejam kemudian.
Turut hadir pada pertemuan itu ialah Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Sejurus selepas pertemuan itu, Anwar menuju ke Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur.
"Alhamdulillah, pertemuan saya bersama Nik Aziz baik. Kita bukan sahaja membincangkan tentang soal Israel, tetapi mengenai Pakatan Rakyat (PR) juga.
"Saya menjelaskan kenyataan saya di Wall Street Journal dan saya turut menyebut tentang reaksi Ketua Hamas, Khaled Mashal. Nik Aziz dengar dan faham pendirian saya. Saya sendiri pun faham pendirian Pas yang tegas tentang Israel, " katanya selepas pertemuan Nik Abdul Aziz.
Minggu lalu, Nik Abdul Aziz menggesa Anwar, yang juga Ketua Umum PKR agar menarik balik kenyataannya berkaitan dengan Israel, yang disiarkan dalam akhbar WSJ.
Nik Aziz berkata, jika kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka beliau dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Anwar untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman WSJ bagi membersihkan nama beliau.
Selain itu, Anwar menegaskan, dalam kenyataan beliau dalam WSJ, penekanan terhadap syarat-syarat tertentu perlu bagi pembebasan Palestin.
"Saya juga sebut tentang reaksi Ketua Hamas apabila dia melihat kenyataan saya itu. Saya ingin memberi penekanan di sini iaitu prasyarat, pertama undurkan tentera Israel dari Palestin; kedua, hentikan keganasan; ketiga, hentikan kepungan di Gaza dan keempat, Iktiraf Baitulmaqdis.
"Ini syarat-syarat yang saya sebut tetapi media di sini hanya gunakan bahagian pertama iaitu kesediaan mengiktiraf keselamatan Israel tetapi tidak letak kontinjen dan prasyarat," katanya

JOM KE KUANTAN 26 / 02 /2012
Bantah Lynas: PAS kerah 10,000 ahli ke Kuantan
."Saya juga mendapat berita bahawa ahli kita dari Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka turut memberi komitmen untuk menyertai perhimpunan berkenaan.
"Tetapi saya tidak pasti jumlahnya," katanya, purata 1,000 ahli bagi setiap kawasan di Pahang akan hadir dalam perhimpunan tersebut.
Tuan Ibrahim (kiri) yang juga ketua penerangan PAS berkata, selain beliau, kepimpinan tertinggi PAS negeri turut hadir dalam perhimpunan itu.
Perhimpunan membantah kehadiran kilang itu adalah yang kedua selepas perhimpunan pertama pada 9 Oktober di pantai Taman Gelora, Kuantan.
PAS T'ganu turut sokongPerhimpunan kedua itu dijadual berlangsung di padang Majlis Perbandaran Kuantan pada 26 Februari mulai jam 9.30 pagi, di samping pelbagai lagi programserentak di beberapa bandar raya besar, termasuk Kuala Lumpur.
Selain disertai parti pembangkang, ia turut mendapat sokongan pelbagai pihak termasuk NGO dan kumpulan mahasiswa.
Sementara itu kepimpinan PAS Terengganu juga akan hadir bersama-sama penyokong dari negeri itu, termasuk pesuruhjayanya Mohd Abdul Wahid Endut, yang juga ahli parlimen Kuala Terengganu.
"Kita galakkan (ahli PAS negeri) pergi kerana isu ini melibatkan kepentingan dan keselamatan negara.
Walaupun ia melibatkan isu nasional, Yahya menggesa penyokong parti itu dapat datang seramai mungkin, khususnya dari kawasan berdekatan Kuantan seperti Kemaman dan Dungun.
Sabtu, 18 Februari 2012
LAGI PROGRAM NAJIB DI PERAK
Semalam program bersama Perdana Menteri di Felcra Seberang Perak.Dato' Seri Najib telah hadir bertemu dengan hamba rakyat.sepertimana yg tertulis dalam templet yg tertulis diatas ini ada saguhati diberikan kepada peserta yg hadir,sejumlah RM20 ringgit.
Pelbagai bentuk saguhati berupa wang ringgit telah di beri kepada rakyat,dari BR1M yg kini ramai yg dapat RM500 sehinggalah saguhati yg diberi kepada mereka-mereka yg hadir ke program anjuran UMNO/BN.Itu sebab rakyat sudah tahu,bila pergi ke programUMNO mesti dapat duit...
Apakah misi Najib sehingga kerap kali datang ke Perak?,selepas Program di Parit Buntar,Jamuan tahun baru cina baru-baru ini di Sitiawan dan semalam di Felcra Seberang Perak dan selepas ini dimana pula Najib nk buat program.
Misi menawan Perak telah pun berjaya walaupun terpaksa membeli Wakil Rakyat pembangkang dan melanggar undang-undang akan tetapi mungkin ada agenda mereka yg tersembunyi,kita lihat sahaja sejauh mana kebekesanan program-program mereka terhadap sokongan rakyat yg semakin banyak mereka anjurkan kini.
Rabu, 15 Februari 2012
Teguran Nik Aziz sopan, berhemah - Anwar
HARAKAHDAILY
SUBANG JAYA, 16 Feb: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) menyifatkan teguran yang diutarakan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat lebih sopan dan berhemah.
Malah beliau turut memberitahu teguran tersebut sangat berbeza dan perlu difahami.
"Teguran Nik Aziz sangat berbeza malah sopan dan kita kena faham, beliau kata kalau betul cakap tarik balik tetapi kalau tak benar saman sahaja.
"Ia berbeza dengan Unmo Barisan Nasional yang telah lempar fitnah serta menipu, kenapa mereka memadamkan kenyataan saya mengenai Palestin," tegasnya.
Tambahnya lagi, Umno Barisan Nasional tidak menyiarkan sepenuhnya kenyataan beliau berhubung dengan Palestin tetapi hanya mengambil separuh sahaja yang mempunyai kenyataan berhubung Israel.
"Mereka sejak dulu lagi asyik fitnah, kenapa mereka tidak siarkan pertemuan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed dengan Perdana Menteri Israel.
"Malah terdapat lagi menteri-menteri yang mengadakan pertemuan dengan pemimpin tertinggi Israel tetapi semua ini tidak disiarkan," ujarnya pada sambutan Maulidru Rasul dan bicara tokoh anjuran Majlis Perbandaran Subang Jaya di Ibu Pejabat Majlis Perbandaran Subang Jaya, pagi ini.
Ketua Pembangkang itu turut memberitahu perkara ini timbul apabila sikap Umno yang tidak mengambil fakta yang penuh tetapi hanya mengolah kenyataan dalam sudut mereka sendiri.
Dalam satu kenyataan pada 13 Februari lepas, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan, menggesa Anwar menarik balik kenyataannya yang dikatakan menyokong usaha melindungi keselamatan Israel sebagaimana yang disiarkan Wall Street Journal (WSJ).
Malah Ketua Pembangkang itu turut digesa untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap WSJ bagi membersihkan namanya jika apa yang disiarkan itu tidak benar.
Ekoran itu, Anwar akan mengadakan perjumpaan dengan Nik Aziz bagi menjelaskan isu Israel itu.
SUBANG JAYA, 16 Feb: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) menyifatkan teguran yang diutarakan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat lebih sopan dan berhemah.Malah beliau turut memberitahu teguran tersebut sangat berbeza dan perlu difahami.
"Teguran Nik Aziz sangat berbeza malah sopan dan kita kena faham, beliau kata kalau betul cakap tarik balik tetapi kalau tak benar saman sahaja.
"Ia berbeza dengan Unmo Barisan Nasional yang telah lempar fitnah serta menipu, kenapa mereka memadamkan kenyataan saya mengenai Palestin," tegasnya.
Tambahnya lagi, Umno Barisan Nasional tidak menyiarkan sepenuhnya kenyataan beliau berhubung dengan Palestin tetapi hanya mengambil separuh sahaja yang mempunyai kenyataan berhubung Israel.
"Mereka sejak dulu lagi asyik fitnah, kenapa mereka tidak siarkan pertemuan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed dengan Perdana Menteri Israel.
"Malah terdapat lagi menteri-menteri yang mengadakan pertemuan dengan pemimpin tertinggi Israel tetapi semua ini tidak disiarkan," ujarnya pada sambutan Maulidru Rasul dan bicara tokoh anjuran Majlis Perbandaran Subang Jaya di Ibu Pejabat Majlis Perbandaran Subang Jaya, pagi ini.
Ketua Pembangkang itu turut memberitahu perkara ini timbul apabila sikap Umno yang tidak mengambil fakta yang penuh tetapi hanya mengolah kenyataan dalam sudut mereka sendiri.
Dalam satu kenyataan pada 13 Februari lepas, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan, menggesa Anwar menarik balik kenyataannya yang dikatakan menyokong usaha melindungi keselamatan Israel sebagaimana yang disiarkan Wall Street Journal (WSJ).
Malah Ketua Pembangkang itu turut digesa untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap WSJ bagi membersihkan namanya jika apa yang disiarkan itu tidak benar.
Ekoran itu, Anwar akan mengadakan perjumpaan dengan Nik Aziz bagi menjelaskan isu Israel itu.
Selasa, 14 Februari 2012
Abdullah Ali sertai PAS tempelak buat Ahmad Said
Harakahdaily,
KUALA LUMPUR, 15 Feb: Penyertaan lagenda bola sepak negara, Abdullah Ali (kiri) ke dalam PAS merupakan satu tempelak kepada Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.
Ini ekoran menteri besar itu ketika berucap pada majlis menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia di Kijal minggu lepas, dilaporkan menuduh perjuangan PAS kini tersasar jauh daripada perjuangan Islam sebenar dan menyifatkan parti itu ‘parti ajaran sesat’. Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Muhyiddin Abdul Rashid (kanan) berkata, sikap terbuka Abdullah yang juga rakyat negeri itu menyertai PAS bukan sahaja membuka mata banyak pihak tetapi sekaligus memberi tamparan kepada Ahmad yang membuat tuduhan jahat itu. Katanya, bagi mereka yang berfikiran waras, tuduhan Ahmad yang juga pengerusi Umno negeri itu amat dangkal dan tidak selayaknya dikeluarkan oleh seorang yang menjadi ketua kerajaan negeri. Apa yang pasti, katanya, kemasukan Abdullah ke dalam PAS merupakan tempelak terhadap tuduhan celupar Ahmad Said kepada PAS yang tidak masuk akal.
Abdullah, 57, menyerahkan borang permohonan keahlian PAS kepada Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, pada majlis ringkas yang diadakan di JKR 10, Kota Bharu, semalam. Anak kelahiran Bukit Payong itu mengisytiharkan secara rasmi untuk menyertai PAS memandangkan parti itu satu-satunya yang memperjuangkan Islam. Abdullah yang juga bekas Pengurus Petronas (Dagangan), berkata dengan rasuah, ketidakdilan yang berlaku dan kerajaan yang dipimpin Umno dan BN tidak ada sebab untuknya menyertai parti itu. “Saya yakin dengan perjuangan PAS yang memperjuangkan Islam, dengan dasar perjuangannya, dengan model yang ditonjolkan oleh pemimpinnya membuatkan saya yakin inilah parti yang wajar diberi sokongan,” ujarnya. “Kenyataan Abdullah itu jelas menerima PAS sebagai parti yang memperjuangkan Islam,” kata Muhyiddin ketika dihubungi Harakahdaily. Beliau adalah antara kepimpinan PAS Terengganu yang turut hadir pada majlis itu selain timbalan pesuruhjaya 3, Dr Alias Razak, bendahari dan ketua penerangan, M Shukrimun Shamsudin dan Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh.
Abdullah yang dianggap pakar tendangan sudut melengkung, inswinger adalah antara penyerang pasukan negara pada Sukan Olimpik Munich, Jerman Barat pada 1972. Dalam perlawanan pembukaan yang disiarkan secara langsung di kaca televisyen hitam putih ketika itu, Malaysia berjaya mengikat Jerman Barat 0-0 selama 60 minit sebelum bolos 0-3. Selain Abdullah, tonggak serangan pasukan negara dibarisi oleh Shaharuddin Abdullah dan Salleh Ibrahim. Pemain lain ialah Wong Kam Fook (penjaga gol), Namat Abdullah, Shukur Abdullah, dan Soh Chin Aun. Jerman Barat diketuai oleh Uli Honess, seorang pemain profesional. template joomla Iklan Teks

Ahad, 12 Februari 2012
Bagaimana mahu menghentikan budaya samseng
Monday, February 13, 2012UMPORNO?
SINI
Adakah golongan samseng yang melacurkan diri di Jalan Kebun dan Pandamaran dari golongan yang sama?
Wakakak !!! .... Orang di sana tentunya tahu. Jarak jalan kebun dan Pendamaran tidak jauh. Mungkin 15 kilometer saja. Orang Teluk Gong mungkin tahu. Kekekek !!!
Gimana mahu hentikan budaya samseng ini?
Gi Putrajaya ! .. Selesai masalah.
Langgan:
Catatan (Atom)