Terus terang, nama Mahathir ad

alah
yang pertama muncul diminda sebagai tangan hitam yang paling
berkemungkinan menyokong Deepak. Walaupun hubungan secara langsung tidak
boleh dibuktikan, rakyat Malaysia boleh membuat kesimpulan yang 'logik'
disini.
Apabila anda mahu memusnahkan seseorang yang mempunyai pengaruh
dan kuasa, anda perlu merancang dan melaksanakannya dengan tepat dan
dengan gaya tersendiri supaya usaha itu memberi kesan maksimum dan
berkekalan. Jika tidak, ia boleh mengena kepada diri sendiri dan
berkemungkinan akan berakhir dengan kecederaan yang serius ataupun
kematian! Itu adalah perjalanan hidup dalam senario politik Malaysia
dimana musuh jangan dicari, dendam pasti dibalas .
Walaupun rancangan yang teliti telah dibuat dan mendapat sokongan
namun ia tidak menjamin kejayaan setiap masa. Sebagai contoh, pemimpin
Umno Tun Musa Hitam, TengkuRazaleigh dan Anwar Ibrahim semuanya telah
menentang bekas ketua mereka, Mahathir Mohamad dengan sokongan dan doa
dari penyokong-penyokong mereka. Namun mereka gagal untuk menggulingkan
si licik lagi Machiavelli Mahathir, yang telah memerintah Malaysia
selama 22 tahun.
Kadang-kala, mereka yang berkuasa apabila ingin menyingkirkan
sesorang yang juga punyai kuasa, boleh meminta bantuan pihak ketiga.
Contoh yang paling jelas adalah orang upahan menggunakan orang upahan
lain termasuk pemimpin Umno seperti Perdana Menteri NajibRazak dan
'mangsa' liwat palsu SaifulBukhari yang 'membantu' antara satu sama lain
untuk menjatuhkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan
bantuan daripada ketua-ketua polis. Individu seperti UmmiHafilda, S
Nallakaruppan dan Ezam Mohd Noor, yang selalunya muncul untuk
menyebarkan ‘pekung’ Anwar pada masa yang strategik, juga boleh
diletakkan dalam kategori yang sama seperti Saiful.
Terdapat juga mereka yang akhirnya mati! Ingatkah lagi pada TeohBeng
Hock dan Ahmad Sarbani? Kedua-dua mereka ini terpaksa membayar dengan
nyawa kerana enggan menurut apa yang dikehendaki panglima UMNO semasa
siasatan rasuah tak lain tak bukan – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia.
Sudah tentu, terdapat beberapa orang yang lebih bernasib baik seperti
Raja Petra Kamaruddin, yang 'terlebih-mengkritik’ mereka yang berkuasa
dan terpaksa lari ke England, di mana dia kini hidup dalam kemewahan.
Artis Rap dan pelakon filem Namewee begitu berani mempermainkan Lagu
Kebangsaan tetapi kemudiannya dipaksa untuk meminta maaf.
Maksud semua ini adalah orang kebanyakkan perlu membayar akibat yang
mahal sekiranya mereka berani bercakap menentang pemimpin-pemimpin
Umno-BN, terutamanya golongan elit Umno yang kejam, panglima yang tidak
akan berhenti dari usaha menghapuskan mereka yang cuba untuk mendedahkan
urusan haram mereka dan kontrak perniagaan yang mega.
Jadi bagaimana kita harus menganalisis kes Deepak Jaikishan dengan
pendedahannya terhadap Najib, Perdana Menteri dan Presiden Umno yang
bukan calang-calang orangnya! Siapa yang menjadikannya begitu berani?
Apakah permainannya? Adakah ia sejenis peras ugut? Atau apakah ia
hukuman atau 'ganjaran'?
Bukan semudah kes peras ugut mahupun balas dendam

Mari kita mulakan dengan menganggap dakwaan Deepak terhadap ketua
Wanita Umno Selangor Raja Ropiaah sebagai urusniaga biasa yang telah
menemui kegagalan . Tetapi, , kenapa dia tidak hanya menyelesaikan
masalahnya di mahkamah dan tanpa perlu menghebahkan skandal itu?
Mengapa Deepak menghebohkan dakwaan itu apabila perhimpunan agung
UMNO sedang berlangsung dan kenapa dia seperti mahu berusaha untuk
memastikan seluruh negara tahu tentang keluarga Najib yang mendapat wang
yang banyak dengan membantu Ropiaah untuk mendapatkan kontrak
Kementerian Pertahanan itu? Apakah faedah yang akan diperolehi oleh
Deepak dengan mengheret Najib ke dalam persengketaannya dengan Ropiaah?
Bukankah Deepak telah merumitkan lagi keadaan apabila membabitkan
seorang yang berkuasa seperti penyandang jawatan Perdana Menteri semasa
negara?
Banyak persoalan yang timbul di fikiran tetapi masih lagi tidak
ketemu jawapan yang tepat. Kecuali jika Najib dan isterinya RosmahMansor
merupakan sasaran utama Deepak pada mulanya. Jika benar, semua
teka-teki akan terjawab dengan sempurna.
Konspirasi dalaman Umno untuk menjatuhkan Najib

Ini membawa kita kembali kepada siapa yang berada di belakang Deepak.
Dia hanyalah seorang peniaga permaidani yang pernah menjadi kawan
akrab Rosmah Mansor. Siapalah Deepak untuk 'memeras ugut' Najib tanpa
segan silu dan halangan? Deepak perlu berhati-hati dengan akibatnya.
Bukan sahaja Beng Hock dan Ahmad Sarbani menjadi peringatan kepadanya,
jangan lupa juga pada Altantuya! Ya, wanita jelita Mongolia yang telah
ditembak dan diletupkan oleh bekas pengawal-pengawal peribadi Najib.
Bagi Najib pula, nampaknya dia amat terkejut. Jika Deepak telah
memberi amaran terlebih dahulu, penyokong Najib mungkin akan cuba
membayarnya untuk mengelakkan PM itu malu. Nampaknya, Najib tidak
menjangkakan serangan hendap itu walaupun sekarang ada cakap-cakap dalam
kem Najib bahawa RM160 juta wang dalam bentuk pinjaman ditawarkan bagi
Deepak untuk 'menutup mulutnya'.
Mengapa Najib tidak bertindak untuk menangkap Deepak? Mengapa
pemimpin-pemimpin Umno yang lain tidak mempertahankan presiden mereka
dari tuduhan Deepak? Mengapa Deepak masih bebas dan berterusan membuat
pendedahan?
Malah DAP telah membuat laporan polis terhadap Deepak kerana didakwa
tidak bekerjasama memberi maklumat bahawa Najib telah terlibat dalam
mendapatkan akuan berkanun untuk menerbalikkan akuan yang menceritakan
pembunuhan Altantuya. Tetapi Umno dan BN hanya menutup mulut dan
seolah-olah memekakkan telinga sahaja.
Ia kelihatan seperti Deepak BENAR-BENAR mempunyai sokongan yang kuat
dibelakangnya terhadap 'pasangan pertama’, iaitu Najib dan Rosmah.
Sekarang, bagaimana ini boleh berlaku?
Adakah Deepak didalangi Anwar dan PR?

Kita boleh menolak andaian bahawa Anwar dan Pakatan Rakyat disebalik
kisah ini kerana blogger Umno, Papagomo telah menyiarkan klip video yang
kononnya menunjukkan Deepak membuat perjanjian dengan seorang yang
rapat dengan Anwar. Mengapa? Kerana Papagomo telah juga kehilang
kredibiliti dan sedang berhadapan dengan beberapa saman. Reputasi
Papagoma telah musnah. Malah partinya membuangnya kecuali mereka yang
sepertinya juga -tidak puas hati.
Juga, Papagomo sebenarnya mewakili 'pembangkang' dalam Umno. Ini
merupakan panglima-panglima dan puak yang mahu menendang Najib keluar
dari jawatan tertinggi Umno secepat mungkin. Jadi, sambil menuding jari
pada Anwar, apa yang Papagomo sebenarnya telah lakukan adalah
memberitahu semua rakyat di Malaysia bahawa bukan Anwar dan PR yang
berada di belakang Deepak. Oleh itu, dalang-dalang yang berada di
belakang Deepak merupakan orang-orang Umno sendiri.
Untuk tahu siapa dalang disebalik Deepak dalam Umno, kita mesti
bertanya soalan ini – siapakah yang akan mendapat manfaat paling besar
dalam Umno jika Najib dilucutkan dari kuasa? Jelas sekali, orang itu
mestilah seseorang yang mengintai jawatan PM untuk dirinya sendiri –
orang yang sedang menunggu untuk menjadi PM. Orang yang paling memenuhi
kriteria ini sekarang adalah MuhyiddinYassin. Ya, dia sedikit lembap dan
tidaklah begitu kreatif untuk berimaginasi atau berbakat tetapi Najib
masih sedikit ok darinya. Walaupun begitu, kita mesti ingat bahawa
Muhyiddin tidak mempunyai pengikut yang ramai. Dia adalah 'penyendiri'
dengan sokongan yang amat sedikit dari akar umbi.
Yang membawa kepada persoalan yang seterusnya. Siapakah yang memberi
idea untuk menggunakan Deepak? Apakah tujuan sebenar orang ini atau
orang yang tidak diketahui ini? Adakah mereka benar-benar menyokong
Muhyiddin atau adalah mereka hanya mahu bersembunyi di belakangnya untuk
menyerang Najib dan kemudian apabila kerja telah siap, mereka juga akan
bertindak untuk ‘menjatuhkan’ Muhyiddin?
Penyokong Musa Hassan dahulu dalangnya sekarang?
Ia juga Nampak ketara apabila Mahathir - yang suka memberi
pendapatnya dalam apa jua isu walaupun selalunya dengan tanpa diminta –
dengan misterinya memilih untuk kekal senyap setelah Deepak membuat
pendedahan. Lagipun, jika anda rasa hormat dan menyokong seseorang -
seperti Mahathir yang menyatakan sokongan terhadap Najib – dia pasti
akan sakit hati dan marah atas tuduhan Deepak.
Jika anda sayang akan UMNO, anda cuba mempertahankan UMNO dengan apa
jua cara. Tetapi mengapa apabila pembabitan Najib dalam kes Ropiaah
didedahkan di khalayak ramai, tiada siapa dalam Umno yang mahu
mempertahankannya? Begitu juga dengan tuduhan Deepak yang melibatkan
skandal Scorpene-Altantuya - tiada siapa kecuali ahli kumpulan Najib
sendiri yang mempertahankannya. Pemimpin-pemimpin UMNO yang lainnya
hanya mendiamkan diri.
Dan bukan hanya itu, Musa Hassan bekas KPN juga seperti turut
membantu menambah garam ke luka Najib. Musa mengejutkan negara dengan
mendedahkan bahawa Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein, yang
merupakan sepupu Najib yang paling dipercayai, sering campur tangan
dalam kerja-kerja polis.
Tidak dinafikan, terdapat usaha bersepadu untuk memusnahkan Najib
oleh musuh-musuhnya dalam Umno. Dan logiknya, orang yang akan mendapat
manfaat yang paling besar jika Najib dilucutkan dari kuasa sedang adalah
Muhyiddin dan mereka yang menggunakan Muhyiddin untuk mencapai matlamat
mereka sendiri.
Sharizat lebih mendapat simpati dari Najib

Mari kita lihat Musa Hassan. Dia paling setia pada Mahathir. Lagipun,
Musa merupakan seorang yang telah memainkan peranan penting membantu
Mahathir untuk menyingkir Anwar dan untuk itu, Musa telah diberi
ganjaran dan dilantik ke jawatan KPN apabila Mahathir menjadikan dirinya
Menteri Dalam Negeri. Bukankah ia agak ganjil apabila Musa tidak pernah
menuduh Mahathir menyalahgunakan kuasa tetapi dia telah menyerang
Hishamuddin?
Berbekalkan 22 tahun pemerintahan, tidak mustahil jika Mahathir tidak
pernah campur tangan dalam kerja polis. Atau bukankah ia lebih
berkemungkinan bahawa bagi setiap kes apabila Hisham menyalahgunakan
kuasanya, Mahathir akan pernah melakukan perkara yang sama
sekurang-kurangnya 3 kali lebih kerap.
Jika mereka dapat melakukan apa yang mereka suka, ramai pemimpin UMNO
akan mengatakan bahawa mereka tidak mahu Najib terus menjadi presiden
mereka kerana Najib membawa terlalu banyak 'bagasi' dan skandal.
Terlalu banyak usaha, sumber dan masa yang telah dibelanjakan untuk
membuat Najib kelihatan baik, tetapi semua usaha itu telah masuk ke
dalam longkang. Statistik terkini terhadap popularitinya telah hanya
menunjukkan peningkatan sebanyak 1 peratus, yang merupakan satu
penghinaan besar terhadap UMNO dan satu petanda bahawa kehancuran boleh
dijangkakan dalam pilihan raya umum ke-13 nanti.
Serangan hendap ala gerila Dr M terhadap Najib dan Rosmah

Berbeza dengan "Dasar Pandang ke Timur" Mahathir dan "Wawasan 2020"
yang kekal popular dan diingati oleh ahli-ahli UMNO dan para
pemimpinnya, program Transformasi Najib dan slogan 1Malaysia hanya
diwar-warkan oleh para menterinya, IdrisJala dan RaisYatim antaranya.
Malah Shahrizat Jalil, ketua Wanita yang kehilangan jawatan kabinetnya
akibat skandal NFC bernilai RM250 juta, telah mendapat simpati yang
lebih daripada ahli-ahli dan pemimpin Umno berbanding Najib pada
kemuncak krisisnya dahulu.
Malah, mengapa Mahathir, Muhyiddin, Ku Li, Nazri Aziz, Isa Samad,
RaisYatim, Ali Rustam, Khairy Jamaluddin seperti buat tak tahu dan tidak
berkata apa-apa untuk mempertahankan Najib daripada tuduhan Deepak?
Bagaimana mereka boleh mengaku setia kepada PM tetapi menutup mata
apabila dia dituduh membunuh dan merampas kekayaan negara.
Mungkin petunjuknya terletak pada kata-kata Mahathir yang sering
diulang-ulangnya iaitu ketidakserasiannya dengan Badawi menyumbang
kepada UMNO yang berpecah belah, dan membawa kepada prestasi hambar BN
dalam pilihan raya umum ke-12. Untuk pilihan raya umum ke-13, Mahathir
yakin dia tidak akan mengulangi kesilapan yang sama. Walaupun lelaki
berusia 87 tahun ini menyatakan secara terbuka sokongan kepada Najib dan
mendakwa bahawa Najib telah melakukan yang terbaik, Mahathir sebenarnya
sudah melancarkan serangan hendap ala 'gerila' terhadap pasangan
pertama itu.
DIBUANG UMNO: Sendirian dan tergolek ke bawah tanpa brek

Oleh itu, adalah jelas bahawa Najib dan Rosmah keseorangan dalam UMNO
seperti yang kita boleh andaikan daripada pendedahan Deepak dan Musa.
Dan oleh kerana begitu terkejut, tidak hairanlah Najib dan Rosmah tidak
tahu bagaimana untuk bertindak balas hanya berdiam diri sahaja daripada
cuba membersihkan nama mereka.
Deepak dan Musa - dua lelaki dengan watak yang sangat berbeza -
menunjukkan sekali lagi bahawa Najib dan Rosmah kini buangan dalam UMNO.
Pasangan itu adalah seperti kanser di dalam parti kerana ia cuba keras
untuk mengekalkan cengkaman pada kerajaan persekutuan. Untuk UMNO,
kanser Najib-Rosmah telah disahkan sebagai petanda buruk. Ia telah
menjadi terlalu besar dan boleh mencekik UMNO sehingga mati.
Satu-satunya penyelesaian adalah untuk membuang tumor itu tidak lama
lagi. Pembedahan utama yang diperlukan sudah diberikan. Persoalan
sebenar ialah BILAKAH UMNO akan mengeluarkan Najib dan Rosmah di bilik
pembedahan?
Malaysia Chronicle