Rabu, 19 Disember 2012
KEGAGALAN UMNO PARIT MEMBANGUNKAN PARIT - Bah. 3
Mari kita lihat bagaimana perancangan pembangunan Daerah Parit yang di ketuai oleh YB. Dato’ Hj. Mohd Zaim Zainuddin. Daerah Parit mempunyai 4 buah mukim iaitu Mukim Belanja, Mukim Layang-Layang, Mukim Bota dan Mukim Lambor. Seri Iskandar tidak dimasukkan dalam perancangan UMNO Parit kerana ianya adalah kawasan baru yang mempunyai keistimewaan-keistimewaan tertentu. Penulis mahu membuka minda pengundi Melayu di kampong tradisi Melayu, yang terus menerus memberikan kepercayaan kepada UMNO mengurus dan merancang 4 buah mukim di atas.
Setiap kampong ditadbirkan oleh seorang Ketua kampong dengan seorang Penghulu bagi setiap mukim. Semua Ketua-ketua kampong adalah merupakan ketua cawangan UMNO yang biasanya dilantik oleh Ketua Bahagian UMNO Parit iaitu YB. Dato’ Hj. Mohd Zaim Zainuddin. Orang Melayu adalah merupakan 93.21 peratus daripada penduduk Kawasan Parit, sedangkan orang bukan Melayu yang penempatan mereka hanya di Mumim Belanja.
Di Mukim-mukim lain, orang Malayu merupakan 100 peratus dari jumlah penduduk.
Apakah perancangan UMNO yang telah dibuat? Antaranya ialah:
Bidang industri 1- Membangunkan industri seramik seluas 145 hektar di Padang Changkat 2- Membangunkan industri kecil dan sederhana (IKS) dan indstri perhidmatan Bandar di Parit.
Bidang Pelancungan
Membangunkan pusat-pusat pelancungan di sepanjang Sungai Perak bagi menarik pelancung berkunjung ke Kawasan Parit/Perak Tengah. Projek yang berkosepkan “agro-riverine tourism” itu telah dimulai pada tahun 1996. tempat-tempat yang dimajukan ialah di Pusat Pembiakan Tuntung di Bota Kanan dan mengadakan pasarana bagi aktiviti-aktiviti sosio budaya dan ekonomi di Tanjung Belanja dan di Pulau Chempaka Sari, Parit.
UMNO juga memperkenalkan Program Sungai Perak Indah (SUPERI) bagi membangunkan kawasan perkelahan dan rekreasi di Pulau Chopin dan Pulau Tepus, Belanja dan tempat perkhemahan dan kursus-kursus berbentuk “out-ward bound” di Kampong Kota, Layang Kiri.
Apakah yang berlaku terhadap semua projek ini? Seperti disebutkan sebelum ini, pemimpin-pemimpin UMNO hanya berminat untuk mendapatkan kepentingan pribadi daripada projek-projek ini tanpa memikirkan tanggung jawab yang sepatutnya bagi menjayakan kelansungan projek. Apa yang terjadi ialah chalet-chalet yang di penuhi rumput dan ulan. Malah chalet di Pusat Pemuliharaan Tuntung di Bota Kanan telah pun dirobohkan.
Pulau Chempaka Sari tidak dikunjungi dan bangunan di pangkal jambatan Nordin di Belanja yang didirikan bagi tujuan pelancungan dan pendapatan penduduk setempat seperti yang menjadi fokus dan tujuan yang dijanjikan, cuma dijadikan sarang kegiatan tidak bermoral di situ.
Ada sedikit kemajuan terhadap projek diKampong Kota. Itu pun tidak mendapat perruntkan sewajarnya bila ianya diambil inisiatif oleh piihak-pihak tertentu untuk di manafaatkan.
Disamping itu, pusat perrniagaan yang menjadi tumpuan dalam perancangan UMNO Parit di bawah Ketua Bahagiannya, YB Hj.Mohd Zaim ialah Pekan Parit, Bota Kanan dan Layang-Layang. Bagi Pusat Pertumbuhan Desa pula tumpuan diberikan di Gelung Pepuyu. Apa yang telah mereka lakukan??Kemana usaha-usaha dan peruntukan yang diberikan?
Seperti yang diberikan ulasan sebelum ini, dengan tidak adanya kesungguhan bagi membela dan membantu rakyat Parit, Kawasan Parit terus ketinggalan dan mesyarakat Melayu Parit terus terpesona dengan janji-janji UMNO ini. Ahli-ahli UMNO berebut untuk menjadi ketua, dari ketua cawangan hinggalah ke Ketua Bahagian. Masa mereka ditumpukan kepada perebutan ketua dan kroni, bukan tertumpu kepada usaha-usaha dalam membangunkan masyarakat..
Masuknya peniaga-peniaga Cina di Taman Idera Barat dan Bota Kiri menampakkan kepada kita bagaimana kawasan kampong tradisi orang-orang Melayu boleh nantinya akan terlepas dan kuasa ekonominya terus dikuasai oleh bangsa lain. Apakah itu perjuangan yang harus dibanggakan oleh orang Melayu Parit?
Semuanya ini adalah dasar kerajaan Pusat dan Negeri yang menampakkan parti UMNO ini tidak bersungguh-sungguh membela orang Melayu, seperti yang mereka laung-laungkan. Kita belum lagi mengupas tentang isu-isu sosial, hasil daripada pemerintahan UMNO di Parit. Apakah perancangan mereka dalam membendung gejala sosial ini?
Jikalau pun Dato’ Zaim ini diganti dengan pemimpin UMNO yang lain, apa yang akan berlaku adalah perkara yang sama seperti juga apabila Dato’ Zaim menggantikan pimpinan UMNO sebelum ini.
Oleh itu, bagi kita rakyat Malaysia terutama di Parit yang mahukan perubahan dasar ini dan seterusnya dapat membina semula penempatan dan menaik pulihkan semula kuasa ekonomi orang Melayu Islam, tidak ada cara lain, melainkan kita ubah sistem di Putera Jaya.
PR hanya memerlukan beberapa kerusi Parlimen saja bagi tujuan itu. Dengan cara itu, semua mereka yang berperanan di Daerah, Mukim dan di Kampong-kampong dapat digantikan dengan mereka yang lebih bertanggungjawab, bukan hanya untuk kepentingan diri dan puak semata-mata seperti yang telah dilakukan oleh UMNO sepanjang pemerintahan mereka sejak merdeka lagi.
Orang Melayu yang beragama Islam ini mesti berjiwa besar dan mesti berani merubah keadaan jika kita mahu menjadi bangsa yang dominan dan jika kita mahu menjadikan hukum dan undang-undang Allah itu tertegak di muka bumi ini. Kuasa ada ditangan kita, pergunakan sepenuh dan sebaiknya, kerana ianya nanti akan ditanya oleh Allah, Qadhi Rabbul Jalil. Kita tidak boleh mengharapkan UMNO lagi dalam membela orang Melayu dan Islam di Parit ini khasnya dan di Malaysia ini amnya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Nama YB pun salah..macam mana miker buat ulasan ni? Ejaan banyak kurang tepat.. sila edit dulu sebelum dipaparkan...
BalasPadamitu perkara biasa dalam teknik penulisan. Yang penting isu yang dikemukakan, kenapa tak ulas?
Padam