BOTAONLINE

http://botaonline.blogspot.com

Rabu, 19 Disember 2012


Jangan Jadi Mufti Melayu

KUALA LUMPUR: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria diharap dapat menjadi mufti Islam, bukan mufti Melayu supaya kewibawaan beliau dihormati.

Persepsi umumnya beliau lebih banyak mengkritik pemimpin Pakatan Rakyat daripada mengkritik Umno, seolah-olah Pakatan Rakyat ini merbahaya kepada Melayu, kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.

Katanya, lebih malang lagi pada fahaman beliau mesti mempertahankan Melayu dan bersatu atas nama Melayu.Salahkah PAS dan Pakatan Rakyat menentang Melayu perasuah, pengkhianat, penindas sesama bangsa.Doktrin yang beliau pegang, amat memburukkan Islam di kaca mata orang bukan Islam. Manhaj mana yang beliau rujuk?” ujar beliau dalam satu kenyataan.


Jelasnya, Nabi Muhammad SAW tidak pernah mendahului Arab daripada Islam.Menurutnya, peperangan yang baginda bertempur ialah sesama Arab dahulu, sebelum baginda melawan Parsi dan Rom.Jelas Idris lagi, walau pun baginda menyatakan di dalam hadisnya "pemimpin mesti di kalangan Quraisy", baginda menyebut hadis itu apabila ketika itu orang Arab yang kuat, apabila mereka berpegang dengan Islam.“Apabila Arab sudah lemah, syarat ini tidak terpakai lagi,” jelasnya lagi.

Idris berkata, sejarah tercatat yang membebaskan Baitul Maqdis ialah Salahudin al-Ayyubi dari bangsa Kurdis, bukan Arab.Begitu juga, ujar beliau Kesultanan Melayu Melaka berjaya menguasai hampir 2/3 Kepulauan Melayu kerana Islam bukan kerana Melayu.Justeru, beliau mempersoalkan kenapa Harussani takut sangat dengan kerajaan Pakatan Rakyat.

Beliau juga mengajukan pertanyaan kepada mufti itu, berapa masjid yang ditutup oleh Datuk Seri Nizar semasa PR memerintah 11 bulan di Perak.“Berapa masjid YAB Lim Guan Eng tutup di Pulau Pinang? Adakah kerajaan Pulau Pinang menangkap guru-guru agama yang mengajar di surau dan masjid?“Adakah Harussani menegur sikap kerajaan Umno yang memerintah Selangor dahulu yang menutup surau al-Rahmah Seksyen 8 Shah Alam, Surau di Taman Puchong Perdana, Surau Jubli Perak Bandar Baru Bangi.“Bukankah ini kerajaan Melayu? Apakah Melayu seperti ini yang kita hendak sokong?” soalnya lagi.

Beliau berkata, Tanah Rizab Melayu hilang seluas 1.3 juta hektar setelah 38 tahun merdeka (1995) dan sekarang sudah 55 tahun merdeka, berapa banyak tanah Melayu hilang.

“Kenapa beliau tidak bersuara dengan lantang wang pampasan buruh paksa yang telah diberi oleh kerajaan Jepun sebanyak RM207 bilion lesap?“Bukankah yang menjadi mangsa ini majoriti Melayu, yang telan duit ini juga Melayu,” katanya.

Menurutnya, Harussani hendaklah ingat bahawa PAS bersedia untuk dikritik, tetapi biarlah dengan fakta.

“Dalam masa yang sama beliau sebagai mufti jangan lupa pula untuk menegur kemungkaran yang dilakukan oleh kerajaan.“Jika beliau takut untuk kritik penyelewengan kerajaan BN lebih baik beliau diam daripada menjadi pelampung Umno untuk menyelamatkan kapal yang sudah hendak karam,” ujarnya lagi.

Laporan: Harakahdaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan