Selasa, 23 April 2013
Kenali calon PKR N.39 Bota Ustaz Zulkifly Ibrahim
Ucapan ringkas dari Ustaz Zulkifly Ibrahim yg telah dipilih sebagai calon PKR N.39 Bota.
Isnin, 22 April 2013
Anwar ke Parit lagi
Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam perjalanan ke Manjung dalam sesi Jelajah Merdeka Rakyat telah singgah ke kg. Telok Sena Lambor Kiri.Ribuan penduduk di sekitar Bota dan Lambor telah hadir mendengar ceramah dari bakal Perdana Menteri ke 7,Insyaallah...
Antara yg dinyatakan oleh DSAI ialah tentang pencerobohan di Sulu yg UMNO canangkan sana sini yg mengaitkan isu tersebut dengan DSAI.Sekarang isu itu telah pun senyap dari media-media pro UMNO.
Anwar menyatakan pergolakan dalam UMNO BN tentang pemilihan calon sehinggakan belaku pemimpin UMNO yg bertanding atas tiket bebas setelah tidak puas hati kerana tidak terpilih sebagai calon.Setelah itu mereka yg bertanding bebas dibuang keahlian UMNO secara automatik.
Dalam ucapan penutup Anwar menyeru para hadirin supaya memilh Pakatan Rakyat sebagai pemerintah kerana UMNO BN sudah tidak boleh lagi diberi mandat untuk memerintah.Anwar juga berpesan kepada jentera-jentera PR agar melaksanakan tugas dengan baik di hari berlangsungnya Pilihanraya Umum nanti.
Ahad, 21 April 2013
Jalan-jalan,pusing-pusing parlimen Parit
Petang tadi konvoi motosikal pemuda PAS bermula dari UPU Kg. Aji berhampiran simpang empat Bota Kiri hingga ke Kg. Teluk Sena dimana berlangsungnya ceramah Dato Seri Anwar Ibrahim.
![]() |
| Parking dulu sebelum berkonvoi |
![]() |
| menu jamuan makan lemang dan pengat pisang |
![]() |
| ate...makan yop jangan tak makan |
![]() |
| konvoi bermula dilepaskan oleh ketua PAS cawangan Kg. Aji Tuan Haji Zainal Abidin |
![]() |
| Tunggu lampu hijau baru boleh jalan |
![]() |
| menuju ke Kg. Teluk Sena |
Sabtu, 20 April 2013
Pernamaan Calon Parlimen Parit,DUN Bota dan Belanja
Gambar-gambar sekitar pernamaan calon pagi tadi,tiada pertandingan tiga penjuru seperti yg genbar gemburkan sebelum ini.Parlimen Parit calon PR yg bertanding ialah Ustaz Muhammad Ismi bin Mat taib (PAS) P.69 Parit,Dr.Hajjah Najihatusalehah bt. Ahmad (PAS) N.38 Belanja dan Ustaz Zulkifli b. Ibrahim (PKR) N.39 Bota.Calon dari BN bagi Parlimen Parit ialah Dato' Zaim,DUN Belanja ustaz nizar zakaria dan Bota Dato' Nasaruddin Hashim
![]() |
| Tempat berkupul sebelum ke tempat pernamaan calon |
![]() |
| konvoi menuju ke tempat pernamaan calon |
![]() |
| Add caption |
![]() |
| perarakan calon ke kompleks kerajaan Seri Iskandar |
![]() |
| calon pr yg bertanding |
![]() |
| sebagai ingatan terhadap Dato' Nasaruddin Hashim |
![]() |
![]() |
| ucapan dari Ustaz Ismi |
![]() |
| Ucapan dari Ustaz Zulkifli Ibrahim |
![]() |
| Ucapan dari Dr. Najiha |
Khamis, 18 April 2013
DAP beri ROS hingga 3 petang esok untuk tarik balik surat
| Harakahdaily, | 19 Apr 2013 |
KUALA LUMPUR: DAP memberikan masa sehingga jam 3 petang esok kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk menarik balik suratnya yang menyatakan kepimpinan DAP tidak sah.Jika gagal berbuat demikian, kesemua calon DAP akan bertanding di atas tiket PAS di Semenanjung dan di atas tiket PKR di Sabah dan Sarawak.
Keputusan ini dicapai DAP dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) mereka malam ini.
Petang semalam DAP menerima surat dari ROS menyatakan kepimpinan DAP yang ada tidak diiktiraf oleh mereka.
"Dengan tidak mengiktiraf kepimpinan DAP yang dipilih oleh perwakilan pada 15 Disember 2012 lalu, saya tidak mempunyai kuasa sebagai Setiausaha Agung untuk mengeluarkan sebarang surat kuasa kepada calon-calon DAP untuk menggunakan simbol roket," kata Lim Guang Eng, Setiausaha Agung DAP dalam kenyataannya yang dikeluarkan selepas mesyuarat tergempar itu.
Bagi beliau, adalah tidak berguna untuk bergantung di atas jaminan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menggunakan simbol DAP iaitu roket ketika SPR mempunyai rekod buruk dalam mematuhi janjinya sendiri.
Bagi beliau, surat ROS yang dikeluarkan 48 jam sebelum hari penamaan calon yang jatuh pada 20 April adalah satu usaha untuk membunuh DAP dengan memaksa kesemua calonnya menjadi calon bebas.
"Jelas ROS berniat untuk menculik Roket untuk memenuhi grand design BN untuk mengeluarkan DAP dari bertanding dalam pilihan raya umum.
"Sehubungan itu, CEC DAP menyeru semua pemimpin, ahli serta penyokong DAP bertenang dan biarlah rasa marah kita diterjemahkan dalam kotak undi pada 5 Mei 2013 nanti," kata Lim Guan Eng.
Sementara itu, Pejabat Agung PAS sudah bersiap sepenuhnya untuk mengeluarkan surat kuasa bagi membolehkan calon-calon DAP bertanding atas tiket PAS dengan mengguanakan simbul PAS.
Ia disiapkan oleh kakitangan ibu pejabat PAS itu bagi membolehkan semua calon DAP di Semenanjung menggunakan simbol PAS dalam pilihan raya ini.
BERITA BERKAITAN
DAP timbang guna PAS di Semenanjung, PKR di Sabah Sarawak
ROS tidak iktiraf barisan kepimpinan DAP
Berita dari http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/18424--dap-beri-ros-hingga-3-petang-esok-untuk-tarik-balik-surat
Rabu, 17 April 2013
Deme pilih orang lame....
Ate deme UMNO Parit letakkan calon lame rupenye..teman ingat ade orang baru sepertimana yg digembar gemburkan oleh geng-geng UMNO,cume yg bergaya Dato' Zaim ADUN Belanja dapat ler naik jadi calon UMNO Parlimen Parit kali ini ler..Ustaz Nizar Zakaria turun ke DUN Belanja..tukor-tukor ler sebab Dato' Zaim rupenye udah lame ngidamkan naik ke Parlimen.
UMNO juge masih mengekalkan Dato' Nasaruddin Hashim bertanding di DUN Bota,kekal juge YB nasa,patut ler malam tempoh hari selepas YB nasa diumumkan sebagai calon,seluruh jentera terdiri daripade geng-geng mude Kampung YB Nasa mule kerja keras mengantung banner..
Tapi baru-baru ini,berterabur risalah dekat Bota ni menghina YB Nasa,dalam risalah itu tertulis YB Nasa YB katak dan pengkhianat Negara..Ntah ler pihak mana punye koje tu ntah ler...
Cerita pergolakan tentang calon ini belaku juge kat Parit ni,ingatkan tak ada apa-apa,dari mulenye kate deme mungkin dua antare tige akan digugurkan,ramai juge orang-orang UMNO Parit tidak puas hati sampai ade ler yg turun bendera,tapi akhirnye terpaksalah kekalkan yg lame...
Itu pun ade juge dengor cerite tapi tak pasti sama ada Parlimen atau DUN,calon bebas akan bertanding.nampaknye ade pertembungan tiga penjuru ler kali ni.....
UMNO juge masih mengekalkan Dato' Nasaruddin Hashim bertanding di DUN Bota,kekal juge YB nasa,patut ler malam tempoh hari selepas YB nasa diumumkan sebagai calon,seluruh jentera terdiri daripade geng-geng mude Kampung YB Nasa mule kerja keras mengantung banner..
Tapi baru-baru ini,berterabur risalah dekat Bota ni menghina YB Nasa,dalam risalah itu tertulis YB Nasa YB katak dan pengkhianat Negara..Ntah ler pihak mana punye koje tu ntah ler...
Cerita pergolakan tentang calon ini belaku juge kat Parit ni,ingatkan tak ada apa-apa,dari mulenye kate deme mungkin dua antare tige akan digugurkan,ramai juge orang-orang UMNO Parit tidak puas hati sampai ade ler yg turun bendera,tapi akhirnye terpaksalah kekalkan yg lame...
Itu pun ade juge dengor cerite tapi tak pasti sama ada Parlimen atau DUN,calon bebas akan bertanding.nampaknye ade pertembungan tiga penjuru ler kali ni.....
Langgan:
Catatan (Atom)
























