Sabtu, 22 Februari 2014

PAS tolak fahaman bertentangan Ahli Sunnah Wal Jamaah

BUTTERWORTH: PAS menolak sebarang fahaman yang bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah di negara ini, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Beliau berkata fahaman seumpama itu adalah bahaya dan umat Islam perlu bersatu menentang ideologi yang bercanggah dengan asas ajaran Islam termasuk menolak hadis.
  
"Pandangan sebegini sebenarnya terlalu bahaya untuk umat Islam kerana hadis adalah sumber rujukan selepas Al-Quran dan tidak wajar untuk kita memperlekehkannya," katanya kepada pemberita selepas perasmian Munaqasah Ucapan Dasar Presiden PAS Peringkat Negeri Pulau Pinang di sini, hari ini.
  
Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata demikian ketika diminta mengulas isu bekas aktivis politik Dr Kassim Ahmad yang didakwa mengeluarkan kenyataan yang boleh menyesatkan akidah umat Islam, baru-baru ini.
  
Seminar 'Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian' di Putrajaya pada 15 dan 16 Feb lepas mengundang kontroversi apabila beliau mempertikaikan hadis selain meletakkan ulama Islam setaraf dengan 'kasta' paderi Kristian.
  
Perkara itu kini disiasat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi). – Bernama

Sabtu, 15 Februari 2014

Harakah.....oh Harakah.......



Harakah dah jadi majalah apa?
Tidak ada berita di dalam Harakah. Seorang kawan mengumam semasa membaca Harakah. Apa pimpinan kita buat di Kelantan, Selangor dan Pulau Piinang? Apa projek yang sedang mereka lakukan? Rakyat mahu lihat kerja buat mereka, komen beliau lagi. Cuba lihat harakah bil 1913, semua cerita ialah komen pimpinan terhadap UMNO je, diri sendiri macam tak ada apa nak buat, ada le satu muka saja berita dari Terengganu, katanya dengan nada tambah meninggi.
Ada ahli-ahli yang merungut tentang kandungan Harakah, tapi masih setia membeli atas dasar sayangkan PAS dan mahu membantu Jamaah PAS. Baca pun sepintas lalu saja, katanya.
Itulah antara fenomena semasa yang dilontarkan oleh ahli-ahli PAS terhadap Harakah. Tidak hairan lah ada kedai yang menjual Harakah, memulangkan semula sejumlah besar Harakah yang tidak terjual.
Ahli-ahli PAS telah bertambah matang dan mendapat berita dan komen-komen pantas dari sumber-sumber lain. Selain dari alam maya, mereka juga tidak ketinggalan membaca atau melanggan akhbar Sinar, yang turut memuatkan berita-berita mengenai pimpinan PAS! Begitu juga akhbar Suara Keadilan yang semakin diminati kerana banyak menyiarkan maklumat yang amat dikehendaki oleh rakyat dan ahli PR.
Tambah pula menghairankan, dalam Harakah yang merupakan organ sebuah harakah Islamiah, berita dan rencana berbentuk haraki kian luntur. Misalnya dalam Harakah bil 1913, lampiran Fikrah, Fokus, memfokuskan sambutan Maulidur Rasul dengan menyiarkan temuramah Harakah dengan timbalan Ketua Pemuda PAS dengan meletakkan Presiden PAS sebagai pengkomen atau memberikan kenyataan saja. Malah gambar Presiden PAS tidak berubah seperti gambar tahun-tahun lepas saja, walaupun telah dikritik oleh ahli-ahli.
Pada muka surat F9, lagi amat mengejutkan, bila satu ruang khas yang diberi nama Mauizzah dan Tafsir al Quraan oleh Mursyidul AM dan Presiden, diletakkan di bawah ruangan AGAMA!! Ini amatlah tidak wajar dan melambangkan Harakah telah menunjukkan sifat sekularnya....
Ahli-ahli memang dahagakan satu organ yang dapat membantu mereka mendidik diri, keluarga dan masyarakat.
Persoalan yang timbul dihati ahli-ahli PAS yang memahami perjuangan, Harakah dah jadi majalah apa? Apakah petugas-petugas Harakah tidak diberikan satu garis panduan dalam menjalankan tugas sebagai sebuah organ harakah Islamiah? Atau petugas-petugas tersebut hanya mencari makan dengan profession mereka sebagai pengarang/wartawan sahaja? Memang kasar bunyinya. 

Isnin, 13 Januari 2014

Kangkung...oh kangkung.....

Ape ke halnye kome wehhh....hari ni udoh jadi macam hari kangkung sedunia,riuh dalam facebook duk cerite tentang kangkung...pagi kangkung..tengahari kangkung..petang kangkung..malam ni pun kangkung..selagi belum tutup mata kangkung,kangkung,kangkung...hahahahaaaa....


Ropenye hanye kerana ucapan pok jip ni ler...hahaahahahaaa...tapi walau ape pun tahniah ler teman ucapkan pade kerajaan BN kerana berjaya juge menurunkan harge....tapi bukan harge minyak,atau harge gule atau harge kicap maupun harge garam tapi harge sayur kangkung...Pantun dari teman buat para kome semua.....

lengang-lengang kangkung..
kangkung ditanam tepi paye...
harge yg turun hanye le kangkung..
itu saje yg Be End terdaye....

 Botaonline.com

Selasa, 7 Januari 2014

Penjelasan Isu Penggunaan Kalimah Allah Oleh Bukan Islam





Penjelasan ringkas dari Dr. Asri tentang isu Kalimah Allah......

Selasa, 17 Disember 2013

Baru kome tau...sekarang ni semuanye dah naik.......

Itu dia....Selepas aje PRU ke 13 adalah masa bertenang untuk kerajaan yg baru diberi mandat iaitu Barisan Nasional (BN) memulakan kerja-kerja sebagai pemerintah baru.Tapi tak sampai setahun maka bermulalah apa yg telah dikatakan oleh pemimpin Pakatan Rakyat (PR) semasa kempen dulu...jangan kite bagi ameno be end berkuase lagi,nanti mereka akan bagi rakyat susah...


Dimulakan dengan kenaikan harga minyak,lepas tu harga barang,harga itu harga ini...last-last cukai pintu,bil astro,sampai ler ke tol di lebuhraya-lebuhraya di seluruh Malaysia.....bak kate orang bota ler...deme semue udoh metoo...kome wehh.... 
 
Tak ngape ler kome itu adalah hadiah dari kerajaan BN kepada kite semua,walaupun hanya 47% aje undi deme tapi deme dapat juge memegang tampuk pemerintah,kesannya semua tanggung bebanan...memang la puak ameno tidak nampak sangat marahnya tapi disebaliknya puak mereka ni ler sama dok marah dengan tindakkan boss-boss mereka menaikkan semua jenis harga barang keperluan,marah dalam diam aje tu....

Itu ler kome,,,bile harga minyak naik aje maka semua benda akan naik kecuali mereka yg orang tua yg udoh tak lalu nak naik tangge,jenuh deme cari lif tapi tak jumpe..sudahnye balik orang tua tu...heheheeeee...

Ni ler bila tak dengar pesan tok guru,,kan tok guru ada bagitau dulu,jangan pangkah ameno be end lagi,nanti kome susoh....kan kata-kata tok guru tu jadi kenyataan maka tangung ler sampai PRU ke 14 nanti....tu pun jike udah sedor,kalau tak sedor lagi,sampai sudah ler kite jadi rupe ni aje.......


BOTAONLINE.COM

Jumaat, 15 November 2013

Tidur masa khutbah Jumaat lagi syok dari tidur di hotel lima bintang - Ustaz Azhar Idrus


Sebagai sajian untuk tatapan kita bersama,penjelasan dari Ustaz Azhar Idrus tentang tidur ketika khutbah Jumaat sedang disampaikan....sebabnya masa khutbah Jumaat disampaikan,memang ramai yg tidur dari  mendengar khatib yg sedang menyampaikan khutbah itu....

Isnin, 4 November 2013

PAS kekalkan kemenangan di Sungai Limau



Tahniah...!!!!!!!, kepada PAS diatas kemenangan dalam Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Sungai Limau yg telah diadakan hari ini dan keputusan rasmi telah diumumkan,calon PAS Ustaz Mohd. Azam Abd. Samat menang dengan mendapat 12,069 undi,manakala calon BN  Dr. Ahmad Sohaimi Lazim mendapat 10,985, dengan majoriti 1,084.

Bilangan undi majoriti yang diperoleh Mohd. Azam merosot dibandingkan dengan majoriti yang diperoleh ,Al Marhum Tan Sri Azizan Abdul Razak berjumlah 2,774 undi.Akan tetapi undi yg diperolehi oleh BN kali ini bertambah dari PRU ke 13 yg lepas.Dalam PRU ke 13 Mohd. Fadzillah Mohd. Ali yang memperoleh 10,520 undi.Manakala PRK kali ini Dr. Ahmad Sohaimi Lazim yang memperolehi undi 10,985 undi,tambahan 465 undi.

 Apa lagi hendak dikata BN terima sajalah keputusan ini dengan terbuka,walaupun jutaan ringgit teklah ditaburkan dalam kempen,projek-projek mee segera,jentera-jentera kerajaan digunakan serta artis-artis telah dijemput untuk turut sama berkempen untuk BN,tapi apakan daya telah ditentukan oleh Allah,DUN Sungai Limau masih milik PAS.

Kemenangan PAS di Sungai Limau cukup bermakna di Tahun Baru Hijrah 1435H ini,kerana selain menyambut Maal Hijrah,turut sama menyambut kemenangan Islam.

SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH 1435 DARI BOTAONLINE..