Khamis, 12 Februari 2015

Tuan Guru Nik Aziz kembali Kerahmatullah

Tuan Guru Nik Aziz telah kembali kerahmatullah pada pukul 9.45 mlm ini.Al Fatihah buat Al Marhum Tuan Guru Nik Aziz...Al Fatihah....

Selasa, 10 Februari 2015

Akhirnya Anwar ke penjara

Akhirnya terjawab sudah keputusan kes liwat ll Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI) terhadap bekas pembantu DSAI Saiful Bukhari dimana DSAI dijatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun.

DSAI bukan sahaja dijatuhkn hukuman penjara tetapi secara automatik kelayakan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh telah lucut,serta turut lucut sebagai ketua pembangkang.

Memang sudah dijangkakan keputusan ini dari awal lagi kerana usaha untuk memenjarakan DSAI telah lama dirancang.Walaupun dengan cara apa pun anwar tetap mahu dipenjarakan.Tiada lagi perayuaan perbicaraan hanya pengampunan dari Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong adalah jalan terakhir.

Sebaik selesai keputusan petang tadi DSAI dibawa oleh sebuah kenderaan khas ke penjara Sungai Buluh.

Isnin, 26 Januari 2015

Kawen ooo..kahwin..

Hanya sekadar renungan kita bersama.Biar gambar kartun dibawah ini beri jawapan tentang erti perkhawinan yg sebenarnya.

Admin pernah dengar ceramah Ustaz Azhar Idrus yg menyatakan tentang hantaran perkhawinan mahal-mahal sampai RM10.000,RM20.000 tapi masak tak tau,kemas rumah tak tau solat tak buat dan baca Al Quran pun tak tau.Hantaran yg mahal hanya layak pada calon isteri yg tahu masak,mengemas rumah,tau mengaji dan tau bermacam pekara-pekara dalam menguruskan rumahtangga,barulah encik suami tak rugi malahan lebih untung.. hehehe...

Sabtu, 24 Januari 2015

Kekuasaan Allah menyembuhkan TGNA

Mengikut penerangan anak saudara TGNA...

"Ayah Aziz telah mendapat serangan kuman ke paru2 dan telah sampai ke otaknya juga. Beliau telah diberikan suntikan ubat pembunuh kuman (ubat yg paling kuat) oleh doktor yg merawatnya.

Menurut doktor.... ubat ini tidak boleh diberikan ketika seseorang yg sedar, utk menyuntik ubat tersebut...pesakit perlu dipengsankan kerana ia amat menyakitkan!. Setelah pengsan barulah ubat boleh disuntik.

Sesuatu yg ajaibnya, wlpun setelah TGNA pengsan dan ubat dimasukkan (dah dua mlm beliau dipengsankan) TGNA tetap akn tsedar apabila tepat jam 4 pg kemudian akan bangun bertahajjud (amalan yg tak pernah beliau tunggalkan sejak baligh) kemudian pengsan semula. Begitu juga apabila tiba waktu solat fardhu...الله أكبر. Lihatlah bgmana Allah s.w.t menyanyangi hambanya. Dlm keadaan sakit yg sangat kritikal, tp masih membangunkan hambanya yg dikasihi utk mendengar zikirnya, rintihannya, rayuannya, doanya.

Menurut doktor yg merawatnya, kuman dan bengkak didalam otaknya telah hilang. Ini jarang berlaku".
ما شاء الله
سبحان الله
الله أكبر

Selamat kembali botaonline

Assalamualaikum....salam sejahtera sahabat-sahabat..admin doh lame tak update blog botaonline,bukan nak larikan diri,bukan takut,bukan getik atau bukan tak nak layan blog tapi cuma nk rehat-rehat aje...

Mungkin lepas ini admin akan selalu keluarkan berita-berita...cerita-cerita atau segala ape isu terbaru di bota atau luar bota atau dimana sahaja....selamat melayani blog botaonline...

Selasa, 5 Ogos 2014

Kesan dari boikot terhadap syarikat-syarikat Israel di negara ini

Apabila dilancarkan boikot terhadap Israel dan segala produk-produk serta syarikat-syarikat berkaitan dengan Israel,maka kesan terhadap boikot itu ada.Antara syarikat-syarikat Israel yg menapak di negara ini ialah Tesco dan Mcdonald.Apa yg dapat kita perhatikan kesan dari boikot itu,orang ramai makin kurang berkunjung ke Tesco dan Mcdonald.Saya telah buat pemerhatian petang semalam di Tesco Seri Iskandar,Bota, diakui sendiri oleh staf Tesco itu sendiri menyatakan pelanggan kurang sejak akhir-akhir ini.Bukan tiada langsung pelanggan tapi kurang seperti selalu.Begitu juga saya tengok di Mcdonald Seri Iskandar,Bota,pelanggan amat kurang,terdapat beberapa orang sahaja yg sedang menikmati hidangan di Mcdonald itu,tidak macam selalu.Ramai pelanggan Mcdonald dan Tesco terdiri dari pelajar-pelajar UITM ,UTP dan beberapa lagi institusi pengajian yg terdapat di Bandar Seri Iskandar.Mungkin ada kesedaran betapa setiap ringgit yg kita belanjakan di syarikat Israel itu,membantu meningkatkan ekonomi regim Zionis Israel yg sepertimana kita tahu kini sedang hebat menyerang Gaza dan membunuh ramai penduduk Gaza yg kebanyakkan yg terkorban adalah penduduk awam terdiri dari kanak-kanak dan wanita.Boikot tetap boikot,tapi berapa lama nk boikot ni,kerana sebelum ini pernah dilancarkan boikot terhadap Mcdonald tapi hanya beberapa hari sahaja sepi tanpa pelanggan,selepas itu kembali ramai pelanggan datang.   #PRAY_FOR_GAZA   #PRAY_FOR_PALESTINE

Khamis, 17 Julai 2014

Pesawat MH17 terhempas di Ukraine

Lima bulan yg lalu kita digemparkan dengan kehilangan pesawat MH370,hari ini negara digemparkan lagi dengan berita pesawat MH17 terhempas di sempadan Ukraine/Rusia.Pesawat dilaporkan ditembak jatuh oleh tentera Ukraine atau penganas pro Rusia,walaubagaimanapun tiada mana-mana pihak bertangungjawab dlatas kejadian ini.Pesawat ini berlepas dari Amsterdam Belanda dan dijangka tiba di KLIA jam 6.10 pagi ini.Pesawat dilaporkan melalui zon konflik disempadan Ukraine,Rusia.MH17 membawa 295 penumpang dan anak kapal.Takziah diucapkan kepada ahli keluarga penumpang dan anak kapal MH17 dan kita sama sama berdoa agar urusan bawa balik jenazah mangsa dipermudahkan.