Khamis, 28 Julai 2011

BIOMETRIK BUKAN JALAN PENYELESAIAN SEBENAR

Cadangan SPR untuk menggunakan kaedah biometrik bagi menyelesaikan isu pengundi hantu dan pengundi bertindih bukan jalan penyelesaian yg sebenar.Pakatan Rakyat sendiri menolak sekeras-kerasnya pengunaan kaedah itu.hanya segelintir sahaja yg ada kepakaran dalam menyelengarakan biometrik ini malahan ia akan terdedah kepada manipulasi pihak yg mengendalikanya.

SPR sepatutnya menggunakan dakwat kekal (celup jari) ketika mengundi sebagai jalan penyelesaian yg sebenar dan lebih rasional kerana tidak menglibatkan perbelanjaan yg tinggi.Kaedah ini juga mudah dan berkesan bagi membasmi pengundi hantu dan pengundi yg mengundi banyak kali dalam setiap kali pilihanraya.Walaupun berbagai-bagai teknik baru dikenalkan,penggunaan dakwat kekal inilah yg paling mudah dan selamat,mengapa perlu lagi digunakan kaedah biometrik?.

SPR sering dikecam kerana terbabit dengan dakwaan daftar pengundi yg dimanipulasi bagi membolehkan pengundian dua kali oleh individu sama atau kes individu menggunakan butiran pihak lain untuk mengundi.SPR sebagai sebuah badan bebas sepatutnya adil dalam menjalankan tugas mereka dan tidak menyebelahi kepada mana-mana pihak .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan