Rabu, 27 Julai 2011

WILLIAM BOURDON PEGUAM TERKENAL DUNIA TETAPI TELAH DIUSIR DARI NEGARA INI

Peguam dari Perancis yg mengendalikan kes Scorpene,kes berprofil tinggi yg menglibatkan pemimpin tertinggi negara kita ini,William Bourdon adalah seorang peguam yg terkenal dalam mempertahankan hak asasi manusia dan mangsa-mangsa janayah kemanusian.


Beliau pernah memegang jawatan sebagai ketua setiausaha persekutuan antarabangsa bagi hak asasi manusia antara tahun 1995 sehingga tahun 2000 dan menjadi Presiden Sherpa - Organisasi yg ditubuhkannya bagi mempertahankan mangsa-mangsa jenayah.Bourdon juga peguam Transparency International dan Persekutuan Congo Diaspora (FCD) persatuan yg rapat dengan isu pendatang haram.

Beliau juga aktif dalam memulakan prosedur undang-undang di Perancis terhadap bekas pemimpin Serbia atau Rwanda yg disyaki melakukan jenayah kemanusian dan jenayah perang.

Walaubagaimanapun baru-baru ini beliau telah di tahan dalam kapal terbang sebaik tiba di KLIA dan segera dihantar pulang ke Perancis.Beliau sepatutnya akan berucap di Petaling Jaya untuk mendedahkan tentang komisyen terbaru menglibatkan ratusan juta didalam skandal Scorpene yg menglibatkan pemimpin tertinggi negara ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan