Selasa, 23 Ogos 2011

DASAR UTAMA PEMERINTAHAN ISLAM

Asas penting dan utama dipegang oleh Pemerintahan Islam ialah melaksanakan syari'at Allah SWT.Pencipta undang-undang hakiki ialah Allah,bersesuaian firmanNya dalam Al Quran:

"Sebenarnya hukum (undang-undang) hanyalah bagi Allah.Ia memerintahkan supaya kamu jangan menyembah melainkan Dia.Yang demikian itulah agama yang betul,tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui." (Surah Yuusuf,ayat 40) 



Allah SWT mewajibkan pemerintah melaksanakan apa sahaja yang diturunkan kepada mereka dan melarang mengambil sumber lain sebagai sumber hukum.Hal ini ditekankan oleh Allah SWT dalam Al Quran:

"Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya),maka mereka itulah orang-orang yang kafir."(Surah Maa'idah,ayat 44)

"Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya),maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah Maa'idah,ayat 45)

"Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya),maka mereka itulah orang-orang yang fasik." (Surah Maa'idah,ayat 47)

Pelaksanaan hukum Hudud,Qisasdan Ta'zir hanya dikenakan ke atas orang islam sahaja.Penduduk bukan Islam diberi atau Common Law.Firman Allah SWT dalam AL Quran:

"Mereka suka mendengar berita-berita dusta,sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya).Oeh itu kalau mereka datang kepada kepada kamu,maka hukumlah diantara mereka (dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah),atau berpalinglah dari mereka maka mereka tidak akan dapat membahayanmu sedikitpun; dan jika engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang yang belaku adil." (Surah Maa'idah,ayat 42) 

Sekiranya dengan melaksanakan yang tersebut diatas dikatakan PAS tidak adil,maka ketetapan Allah SWT dalam ayat ini juga tidak adil.Memberi pilihan kepada orang bukan islam sama ada menerima ketentuan yang PAS berikan kepada mereka tetapi ketetapan Allah yang jelas dan nyata.Sebarang pertikaian dalam pekara ini sekali gus mempertikaikan hukum Allah.

(Dipetik dari buku Negara Islam terbitan PAS)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan