Sabtu, 20 Ogos 2011

APABILA DITOLAK HUKUM ALLAH.......

Apabila hukum Allah dipersenda,dilanggar dan ditolak dengan alasan tidak sesuai dengan negara majmuk dan moden seperti Malaysia.Apakah yg telah terjadi disebabkan itu?..maka industri arak dan judi semakin subur dan berluas-luasa,pelacuran,penzinaan makin bertambah,yg kaya bermewah-mewah dan yg miskin terus menerus menjadi papa kedana,kehidupan kais pagi makan pagi kais petang belum tentu dapat makan.

Cara dan gaya kehidupan pemimpin negara dan keluarga tiada mencerminkan cara kehidupan islam.Terutama dalam menutup aurat yg kita lihat sendiri kebanyakkan isteri-isteri pemimpin UMNO dan Pegerakan Wanita UMNO tidak memakai tudung sedang itu adalah pekara wajib bagi seorang wanita islam.

Program ekonomi yg merosakkan moral remaja dan belia muslim.Kini pusat hiburan tumbuh dengan banyak sekali,menaikkan taraf kelab malam dengan bertaraf lima bintang,Malaysia menjadi pusat konsert-konsert artis dari barat yg seksi-seksi,lesen judi bolasepak telah diluluskan tetapi tertangguh operasinya kerana tentangan dari PAS dan badan-badan Islam yg lain.

Apabila menolak hukum hakam Allah,umat dan negara kita menuju gaung kehinaan dan kepapaan dengan bertambahnya anak zina,penagih dadah,pengidap HIV,murtad,hutang negara bertambah,saham untuk bumiputera berkuranga,skandal-skandal ekonomi berskala mega dan pelbagai lagi masalah negara akan timbul. Maka dengan itu terjadinya begini kerana gagal meletakkan diri kita dalam posisi yg diperintah oleh Allah dan Rasul.Akhir zaman manusia tidak takut pada Allah tetapi takut akan hilang kuasa dan harta,sedangkan kesemuanya itu adalah dari Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan