Khamis, 11 Ogos 2011

JAIS bersuara: Tiada serbuan di gereja

Selepas lebih seminggu, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akhirnya bersuara buat kali pertama dengan menegaskan bahawa tiada serbuan dibuat terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) Petaling Jaya.

Sebaliknya, menurut Pengarah JAIS Marzuki Hussin, kehadiran pegawai penguatkuasanya dan anggota polis hanya membuat "pemeriksaan untuk memastikan kehadiran orang Islam".

"JAIS juga menegaskan bahawa perundingan yang diadakan dengan penganjur di luar dewan majlis berkenaan membuktikan tuduhan kononnya JAIS membuat serbuan, kekasaran serta pecah masuk adalah tohmahan liar semata-mata," katanya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan