Jumaat, 12 Ogos 2011

NIK AZIZ MEMATAHKAN HUJAH MAHATHIR

Nik Aziz : "Kalau saya (lahir) dari kalangan masyarakat Orang Asli sekalipun tidak apa, asalkan saya Islam dan beriman dengan Allah SWT,"

Nik Aziz mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang meminta beliau bersyukur dilahirkan sebagai bangsa Melayu yang tentunya beragama Islam.

Dr Mahathir : Melayu adalah bangsa yang unik di dunia kerana mengikut Perlembagaan, bangsa Melayu mesti bertutur dalam bahasa Melayu, mengamalkan adab Melayu dan beragama Islam. 


Nik Aziz : Semua bangsa adalah sama dan tidak ada keistimewaan kepada satu-satu bangsa sebagaimana juga bangsa Arab sendiri kecuali seseorang itu Islam dan beriman kepada Allah SWT.

Nik Aziz : "Kalau pada bangsa, tentu bapa saudara Nabi Muhammad SAW iaitu Abu Jahal (masuk syurga) tetapi Allah SWT telah menyatakan awal-awal lagi dia (bapa saudara Nabi) adalah ahli Neraka," katanya.


sumber dari (Blog Yop Tualang Sekah)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan