Jumaat, 19 Ogos 2011

PENYELEWENGAN DAFTAR PEMILIH TIADA TINDAKKAN POSITIF DIAMBIL


Senarai daftar pemilih Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) didedahkan media saban hari,akan tetapi tiada tindakkan selanjutnya diambil oleh kerajaan selain hanya memberi pelbagai alasan-alasan yang tidak munasabah.Kini mereka hanya memberi tohmahan lagi kepada Perhimpunan Bersih 2.0.

Bersih 2.0 bercadang mengheret SPR ke mahkamah berikutan kekecewaan terhadap SPR kerana masih gagal menangani penyelewengan dan kecelaruan dalam daftar pemilih yg didedahkan media-media pro pakatan rakyat.

Bukti berkaitan pengundi hantu dalam daftar pemilihan,SPR telah mengeluarakan 12,000 nama pengundi yg berumur 90 tahun keatas.Sebelum ini Dato' Seri Anwar Ibrahim pecaya 200,000 warga Indonesia didaftar sebagai pengundi. Kerajaan Pulau Pinang mendedahkan bahawa 30,000 pengundi baru telah berdaftar dalam masa 3 bulan di dalam sistem daftar pemilih SPR.

Terbaru beberapa pengundi dikesan memiliki 2 kad pengenalan berbeza tetapi layak mengundi di 2 tempat berbeza.SPR bukan badan bebas tapi kini telah menjadi tali barut UMNO/BN.Semakin banyak pendedahan dan bukti-bukti penyelewengan SPR akan didedahkan lagi.Ini jelas wujudnya permainan kotor SPR sebagai sebuah badan yg mengendalikan pilihanraya di Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan