Isnin, 8 Ogos 2011

Wajib Baca: ARTIKEL TERBAIK TENTANG ISU KRISTIANISASI!!!

Isu Kristianisasi atau cubaan memurtadkan umat Islam bukanlah satu isu baru. Semalam, beberapa akhbar melaporkan tentang kegiatan kristianisasi di daerah Petaling Jaya. Petaling Jaya sememangnya diketahui antara tempat gejala berkenaan berleluasa.
SJ pernah diberitahu terdapat gereja di daerah itu yang mengedarkan makanan tengahari secara percuma kepada penghantar surat (mat despatch). Malahan kawasan Petaling Jaya juga merupakan tempat berkumpulnya golongan berfahaman Islam Liberal seperti Sister In Islam (SIS) dan golongan anti-hadis. Maka tidaklah menghairankan bila pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bertindak atas amanah untuk menjaga akidah umat Islam khususnya di negeri Selangor. Malaysiakini pada hari ini telah mengeluarkan satu artikel berbentuk provokasi bertajuk “When Will The Christian Bashing End?” (http://www.malaysiakini.com/news/172215)
 Ingin saya tegaskan, tindakan JAIS tersebut bukanlah menidakkan kebebasan beragama di negara kita sebagaimana kandungan Artikel 11(1) Perlembagaan Persekutuan : Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan ugamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkan ugamanya. Tetapi JAIS bertindak sebagaimana jelas di dalam Artikel 11(1) di atas yang menyebutkan ‘tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkan ugamanya’. Apakah kandungan Fasal (4) berkenaan? Untuk pengetahuan pembaca, yang dimaksudkan dengan Fasal (4) tersebut ialah Artikel 11(4) Perlembagaan Persekutuan : Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama antara orang-orang yang menganuti ugama Islam. Di sini, kita dapati bahawa tindakan JAIS adalah bersesuaian dengan peruntukkan yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan. Kita juga mendapati, sekalipun hukum hudud belum terlaksana di negara ini, namun peruntukkan Perlembagaan telah menetapkan ruang perundangan untuk pihak berkuasa hal ehwal agama Islam mengambil tindakan sewajarnya bagi menjaga keutuhan akidah ummah. SJ melihat peruntukkan Artikel 11(4) ini mempunyai hikmah yang significant dengan pelaksanaan dakwah islamiyyah, serta hukuman qisas dan takzir di mana ulama berpendapat seseorang yang terlibat dengan gejala murtad tidak terus dijatuhi hukuman hudud tetapi hendaklah didakwahkan dan diperbetulkan akidahnya agar kembali kepada agama Islam yang suci. Maka yakinilah bahawa Datuk Hasan Ali dan JAIS telah melaksanakan tanggungjawab sesuai dengan ajaran Islam. Anehnya, ada sebilangan umat Islam sendiri yang mengherdik dan menghentam tindakan JAIS, malah lebih parah lagi turut mengutuk Datuk Hasan Ali dengan pelbagai lemparan fitnah serta tomahan. (BACA SETERUSNYA DI SINI)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan