Isnin, 12 Disember 2011

CALON TERBAIK: Zambry Pun Ada Rekod Buruk Dalam UMNO

Bersama Michel Teoh
Oleh DPP Perak

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak melihat Bicara Negawaran Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad semalam memberikan mesej penting kepada kepimpinan Datuk Seri DiRaja Dr Haji Zambry Abdul Kadir sebagai ‘orang nombor satu’ di Negeri Perak dan jelas teguran Tun Mahathir itu berpaksikan kepada kepimpinan semasa terutama di Perak yang mana Barisan Nasional (BN) pernah tumbang pada tahun 2008 dahulu.

Sedar atau tidak, Datuk Seri Zambry adalah penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika dipecat sebagai Timbalan Presiden Umno dahulu dan menyebabkan Datuk Seri Zambry tiada tempat di dalam Umno selepas itu. Pada tahun 2002 pula, tiba-tiba jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Negeri Perak disandang oleh Datuk Seri Zambry selepas penyandangnya, Ketua Pemuda Umno Bahagian Tambun ketika itu, Nasir Ismail melepaskan jawatannya secara sukarela. Manakala pada tahun 2001 pula, Datuk Seri Zambry tumpas untuk merebut jawatan Ketua Umno Bahagian Lumut daripada penyandangnya Datuk Mohd Wajidi Datuk Mohd Ishak ketika itu.

Tentu rakyat Pulau Pangkor khasnya dan rakyat Lumut amnya maklum bagaimana Datuk Seri Zambry berjaya menjadi calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Pangkor tahun 2004 dahulu yang disandang oleh Datuk Wajidi sebelum ini. Jelas Datuk Seri Zambry bukannya naik mengikut landasan sebenar sebelum ini. Dan kami melihat, kenyataan Tun Mahathir berkaitan Ketua Pergerakan Wanita Umno Malaysia, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil agar faham keperluan meletak jawatan turut memberikan peringatan kepada Datuk Seri Zambry dalam isu yang sama.

Termasuk beberapa EXCO Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Datuk Seri Zambry yang banyak diperkatakan. Ini termasuk teguran Tun Mahathir bahawa calon lama dan tidak asli seperti Datuk Seri Zambry yang berkiblatkan Datuk Seri Anwar dahulu adalah apa yang dimaksudkan oleh Tun Mahathir sebenarnya.


DR RAJA AHMAD AL-HISS
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Sumber: http://pemudapasperak.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan