Sabtu, 3 Disember 2011

UMNO NAK RAMPAS NEGERI PR


Sesi pembahasan Perhimpunan Agung UMNO di PWTC baru-baru ini hangat dengan sorakan yg gemuruh dari perwakilan-perwakilan dari seluruh negara yg mahu UMNO / BN merampas kembali 4 negeri yg kini diperintah oleh Pakatan Rakyat (PR),setelah mereka (UMNO/BN) berjaya merampas Perak dengan cara yg kotor.

Janji 3 tahun lepas sehingga kini hanya tinggal janji sahaja,inilah penipu rakyat,kata mereka.Persoalannya sekarang adakah kerajaan yg diketuai oleh UMNO telus dan bersih?.Sudah lebih 50 tahun mentadbir kerajaan persekutuan dan beberapa kerajaan negeri bolehkah kita katakan kerajaan yg berjaya?.Ekonomi negara semakin teruk,rakyat yg menganggur juga semakin ramai,belum lagi isu-isu lain termasuk dari segi sosial dan pelbagai lagi.

Bagaimana UMNO boleh kata kerajaan PR gagal mentadbir,manifesto yg telah PR janjikan kepada rakyat telah hampir 100% ditunaikan walaupun baru hampir 4 tahun memerintah sedangkan UMNO/BN yg telah lebih separuh abad memegang tampuk pemerintahan masih banyak lagi janji yg belum ditunaikan.Cukup dengan laporan dari Audit negara melaporkan perbelanjaan yg diuruskan oleh negeri-negeri PR adalah yg terbaik berbanding negeri-negeri yg UMNO/BN perintah.

Sebenarnya kuasa rakyat yg boleh mengubah segalanya.Tahun 2008 selepas PRU ke 12 berlangsung,sejarah hitam buat UMNO/BN kenangan manis buat PR.Ianya juga sebagai satu pengajaran buat UMNO/BN bahawa rakyat sudah muak dan inginkan pembaharuan.Rakyat juga telah sedar mereka (UMNO/BN) hanya pandai taburkan janji.Oleh itu rakyat telah menghukum UMNO dan rejim-rejimnya dengan kekalahan teruk mereka dibeberapa buah negeri dan PRU ke 13 nanti adalah penentuan yg sebenar PR akan gantikan BN.

1 ulasan:

  1. Buat apa nak berikan balik negeri Pakatan Rakyat kepada UMNO? Habis le nanti jadi projek lembu, boleh beli kondo, kereta mewah, fasal polis kata ianya tak salah???

    BalasPadam