Jumaat, 11 Mei 2012

Raksasakah Perhimpunan UMNO di Stadium Bukit Jalil..????

Perhimpunan raksasa UMNO malam semalam disiarkan live di TV pro mereka dengan ucapan dari Mr Presiden yg begitu bersemangat untuk mempertahankan Putrajaya sehingga tidak dapat diambil alih oleh Pakatan Rakyat.Ucapan bersemangat Najib memperkatakan bertapa UMNO lah segala-galanya,ungkit-mengungkit dari segi beri wang RM500,sampai ke bantuan kepada warga emas,seakan-akan menyatakan UMNO beri rakyat rezeki bukan dari ALLAH SWT.Nauzubillah.....



Selain itu Najib berkata,perhimpunan kita ini lebih baik dan ramai dari perhimpunan Bersih 3.0 sebab di jaga dengan baik oleh Polis dan tiada huru hara,tidak belaku apa-apa kejadian yg tidak diingini,lebih kurang macam itulah najib berucap,dan najib juga berkata sudah diberi stadium Bukt Jalil tak mahu,stadium Merdeka tak mahu digunakan,apa lagi yg mereka mahukan lagi.

Sebenarnya Perhimpunan Bersih tidak boleh dibuat di stadium sebab yg hadir begitu ramai yop..,Contohnya kalau dibuat di Stadium Bukit Jalil yg hanya boleh muat 100 ribu orang sahaja,tapi jumlah yg hadir dalam Bersih 3.0 berlebih-lebih lagi dari itu,macamana nak gunakan stadium,baik gunakan Dataran Merdeka lagi bagus,lebih selesa berhimpun di Dataran dari stadium.



Barulah betul dikatakan perhimpunan raksasa yg dihadiri pelbgai golongan dari yg tua mahu pun yg muda-muda.Yg hadir mesti lah dibayari,tiap kali program UMNO begitulah,sudah tahu dari awal lagi,UMNO tanpa duit,bas,makan free dan t'shirt free tiadalah orang nak join program.sudah jadi amalan dari dulu lagi.



Begitulah bila sokongan sudah merosot macam-macam cara untuk bertahan,UMNO jika di kira kembali adalah sebuah parti melayu yg baru sebab UMNO terdahulu telah diharamkan,maknanya UMNO ni belum lagi 66 tahun.UMNO atau nama melayunya Parti Kebangsaan Melayu Bersatu adalah parti melayu yg telah telah lama ujud di Malaysia ini tapi dah diharamkan pada tahun 1988 dan diujudkan kembali dengan nama UMNO juga.Kata puak-puak UMNO"tiada nama yg indah lagi,hanya UMNO ajer ler...".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan