KUALA LUMPUR, 31 Okt: PAS akan mengemukakan satu petisyen kepada Majlis Raja-Raja dan kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung pembaziran dan salah urus kewangan negara seperti didedahkan Laporan Ketua Audit Negara 2010.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, petisyen itu merupakan suara bantahan dari rakyat yang akan dikumpul melalui satu laman web yang akan dilancarkan dalam masa terdekat.
"Kita akan lancarkan petisyen dalam internet...dalam tempoh seminggu dua lagi.
"Kita akan kumpul nama-nama rakyat dan bawa kepada Yang di-Pertuan Agong," katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata petisyen itu bagi memberi maklum kepada Tuanku dan bagaimana baginda boleh bertindak atas bidang kuasa baginda untuk menasihatkan kerajaan.
"Audit ni macam buku laporan murid sekolah la. Kalau tengok banyak merah tentu mak ayah kecewa. Sama la dengan rakyat yang kecewa dengan prestasi kerajaan dalam laporan audit itu.
"Sebab itu perlu ada satu tindakan dari Yang Dipertuan Agung. Pendedahan ini sangat berat," katanya merujuk kepada kepincangan pengurusan wang negara yang didedahkan oleh laporan audit itu.
Ditanya tuntutan petisyen itu sampai ke tahap mana, Mahfuz berkata sehingga "PM lepaskan jawatan, kerana ini satu kegagalan seorang PM".
"Kalau dalam syarikat korporat, jika berlaku kerugian, CEO mesti bertanggungjawab dan perlu melepaskan jawatan tukar orang lain," tambahnya.
berita dari harakahdaily
http://bm.harakahdaily.net/
Isnin, 31 Oktober 2011
Khamis, 27 Oktober 2011
'Dr M punca Kabinet campur tangan dalam laporan audit'
MALAYSIAKINI
![]() |
| DAH LAMA DAH!! |
Kelewatan pembentangan Laporan Ketua Audit Negara adalah kerana kelemahan institusi yang disebabkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad semasa beliau menjadi perdana menteri, kata pakar perlembagaan negara Profesor Abdul Aziz Bari.
Pakar undang-undang UIA itu berkata Mahathir telah meminda perlembagaan persekutuan pada tahun 1993 dengan melucutkan raja-raja daripada kekebalan mereka dan menyediakan peruntukan bagi kerajaan untuk "memberi arahan" kepada Yang di-Pertuan Agong.
Ini dilakukan dengan cara memasukkan Artikel 40 (1A) dalam perlembagaan yang menyatakan bahawa Seri Paduka perlu bertindak mengikut nasihat jemaah menteri.
"Pada dasarnya ini merupakan legasi yang ditinggalkan oleh pentadbiran Mahathir, yang mahu monarki disenyapkan," katanya kepada Malaysiakini hari ini.
Menurut beliau, pada masa yang sama, negara mempunyai seorang eksekutif yang tidak memperdulikan kuasa badan yang lain dan monarki yang tidak pasti peranannya.
Kenyataan Abdul Aziz itu dibuat bagi mengulas kelewatan pembentangan Laporan Ketua Audit Negara yang tertangguh dua minggu. Laporan itu biasanya dibentangkan pada hari yang sama dengan pembentangan Bajet oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Bajet 2012 dibentangkan di Dewan Rakyat pada 7 Oktober lalu.
Kelewatan itu dikatakan kerana jemaah menteri mahu meneliti laporan berkenaan sebelum ia dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong kerana kebimbangan bahawa laporan audit tersebut akan mencuri tumpuan berbanding Bajet 2012.
Menurut Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang, mengemukakan laporan kepada jemaah kabinet sebelum diperkenan oleh Seri Paduka adalah amalan yang diguna-pakai sejak 1982, iaitu sejurus selepas Mahathir menjadi Perdana Menteri.
Kata beliau, ia bertujuan untuk membolehkan kabinet membiasakan diri dengan isu-isu yang dibangkitkan dalam laporan itu dan menjelaskannya di Dewan Rakyat.
Pakar undang-undang UIA itu berkata Mahathir telah meminda perlembagaan persekutuan pada tahun 1993 dengan melucutkan raja-raja daripada kekebalan mereka dan menyediakan peruntukan bagi kerajaan untuk "memberi arahan" kepada Yang di-Pertuan Agong.Ini dilakukan dengan cara memasukkan Artikel 40 (1A) dalam perlembagaan yang menyatakan bahawa Seri Paduka perlu bertindak mengikut nasihat jemaah menteri.
"Pada dasarnya ini merupakan legasi yang ditinggalkan oleh pentadbiran Mahathir, yang mahu monarki disenyapkan," katanya kepada Malaysiakini hari ini.
Menurut beliau, pada masa yang sama, negara mempunyai seorang eksekutif yang tidak memperdulikan kuasa badan yang lain dan monarki yang tidak pasti peranannya.
Kenyataan Abdul Aziz itu dibuat bagi mengulas kelewatan pembentangan Laporan Ketua Audit Negara yang tertangguh dua minggu. Laporan itu biasanya dibentangkan pada hari yang sama dengan pembentangan Bajet oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Bajet 2012 dibentangkan di Dewan Rakyat pada 7 Oktober lalu.Kelewatan itu dikatakan kerana jemaah menteri mahu meneliti laporan berkenaan sebelum ia dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong kerana kebimbangan bahawa laporan audit tersebut akan mencuri tumpuan berbanding Bajet 2012.
Menurut Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang, mengemukakan laporan kepada jemaah kabinet sebelum diperkenan oleh Seri Paduka adalah amalan yang diguna-pakai sejak 1982, iaitu sejurus selepas Mahathir menjadi Perdana Menteri.Kata beliau, ia bertujuan untuk membolehkan kabinet membiasakan diri dengan isu-isu yang dibangkitkan dalam laporan itu dan menjelaskannya di Dewan Rakyat.
Rabu, 26 Oktober 2011
GURU-GURU SAR PERAK DIPAKSA SAMBUT KEDATANGAN MUHYIDDIN
Guru-guru SAR Perak telah diarah oleh Pejabat Agama Islam Perak untuk menutup sekolah hari Khamis ini bagi menyambut kedatangan Timbalan Perdana Menteri berkunjung ke Perak. Semua guru-guru SAR ini yang terdiri daripada SAR Rendah sepenuh masa, SABK Menengah dan Maahad Tahfiz telah diwajibkan hadir ke Dewan Cencelor Universiti Teknologi Petronas di Seri Iskandar.
Rata-rata SAR ini adalah ditadbirkan oleh Lembaga Tadbir yang terdiri daripada ahli-ahli PAS atau berfikrahkan perjuangan Islam.
Adalah difahamkan Guru-Guru SAR ini akan diberikan sedikit imbuhan daripada kerajaan Pusat pada hari kedatangan TPM tersebut tanpa melalui Lembaga Tadbir sekolah. Pembiayaan SAR yang tidak menerima tawaran SABK daripada kerajaan pusat, adalah bergantung sepenuhnya daripada sumbangan masyarakat dan juga atas inisiatif Lembaga Tadbir sekolah, termasuk pembayaran gaji kakitangan, selenggaraan dan pembangunan sekolah.
Tindakan memaksa guru-guru untuk hadir dan meminta menutup sekolah pada hari tersebut adalah satu perancangan UMNO yang cuba mengambil kesempatan bagi menjalankan agenda politik mereka.

| SURAT ARAHAN YANG DITANDATANGANI OLEH PENGARAH JABATAN AGAMA ISLAM PERAK. |
Adalah difahamkan Guru-Guru SAR ini akan diberikan sedikit imbuhan daripada kerajaan Pusat pada hari kedatangan TPM tersebut tanpa melalui Lembaga Tadbir sekolah. Pembiayaan SAR yang tidak menerima tawaran SABK daripada kerajaan pusat, adalah bergantung sepenuhnya daripada sumbangan masyarakat dan juga atas inisiatif Lembaga Tadbir sekolah, termasuk pembayaran gaji kakitangan, selenggaraan dan pembangunan sekolah.
Tindakan memaksa guru-guru untuk hadir dan meminta menutup sekolah pada hari tersebut adalah satu perancangan UMNO yang cuba mengambil kesempatan bagi menjalankan agenda politik mereka.
Sabtu, 22 Oktober 2011
Kegagalan Perancangan Pembangunan UMNO Parit – Bah. 3
Mari kita lihat bagaimana perancangan pembangunan Daerah Parit yang di ketuai oleh YB. Dato’ Hj. Mohd Zaim Zainuddin.
Daerah Parit mempunyai 4 buah mukim iaitu Mukim Belanja, Mukim Layang-Layang, Mukim Bota dan Mukim Lambor. Seri Iskandar tidak dimasukkan dalam perancangan UMNO Parit kerana ianya adalah kawasan baru yang mempunyai keistimewaan-keistimewaan tertentu. Penulis mahu membuka minda pengundi Melayu di kampong tradisi Melayu, yang terus menerus memberikan kepercayaan kepada UMNO mengurus dan merancang 4 buah mukim di atas.
Setiap kampong ditadbirkan oleh seorang Ketua kampong dengan seorang Penghulu bagi setiap mukim. Semua Ketua-ketua kampong adalah merupakan ketua cawangan UMNO yang biasanya dilantik oleh Ketua Bahagian UMNO Parit iaitu YB. Dato’ Hj. Mohd Zaim Zainuddin. Orang Melayu adalah merupakan 93.21 peratus daripada penduduk Kawasan Parit, sedangkan orang bukan Melayu yang penempatan mereka hanya di Mumim Belanja.
Di Mukim-mukim lain, orang Malayu merupakan 100 peratus dari jumlah penduduk.
Apakah perancangan UMNO yang telah dibuat? Antaranya ialah:
Bidang industri 1- Membangunkan industri seramik seluas 145 hektar di Padang Changkat 2- Membangunkan industri kecil dan sederhana (IKS) dan indstri perhidmatan Bandar di Parit.
Bidang Pelancungan
Membangunkan pusat-pusat pelancungan di sepanjang Sungai Perak bagi menarik pelancung berkunjung ke Kawasan Parit/Perak Tengah. Projek yang berkosepkan “agro-riverine tourism” itu telah dimulai pada tahun 1996. tempat-tempat yang dimajukan ialah di Pusat Pembiakan Tuntung di Bota Kanan dan mengadakan pasarana bagi aktiviti-aktiviti sosio budaya dan ekonomi di Tanjung Belanja dan di Pulau Chempaka Sari, Parit.
UMNO juga memperkenalkan Program Sungai Perak Indah (SUPERI) bagi membangunkan kawasan perkelahan dan rekreasi di Pulau Chopin dan Pulau Tepus, Belanja dan tempat perkhemahan dan kursus-kursus berbentuk “out-ward bound” di Kampong Kota, Layang Kiri.
Apakah yang berlaku terhadap semua projek ini? Seperti disebutkan sebelum ini, pemimpin-pemimpin UMNO hanya berminat untuk mendapatkan kepentingan pribadi daripada projek-projek ini tanpa memikirkan tanggung jawab yang sepatutnya bagi menjayakan kelansungan projek. Apa yang terjadi ialah chalet-chalet yang di penuhi rumput dan ulan. Malah chalet di Pusat Pemuliharaan Tuntung di Bota Kanan telah pun dirobohkan.
Pulau Chempaka Sari tidak dikunjungi dan bangunan di pangkal jambatan Nordin di Belanja yang didirikan bagi tujuan pelancungan dan pendapatan penduduk setempat seperti yang menjadi fokus dan tujuan yang dijanjikan, cuma dijadikan sarang kegiatan tidak bermoral di situ.
Ada sedikit kemajuan terhadap projek diKampong Kota. Itu pun tidak mendapat perruntkan sewajarnya bila ianya diambil inisiatif oleh piihak-pihak tertentu untuk di manafaatkan.
Disamping itu, pusat perrniagaan yang menjadi tumpuan dalam perancangan UMNO Parit di bawah Ketua Bahagiannya, YB Hj.Mohd Zaim ialah Pekan Parit, Bota Kanan dan Layang-Layang. Bagi Pusat Pertumbuhan Desa pula tumpuan diberikan di Gelung Pepuyu. Apa yang telah mereka lakukan??Kemana usaha-usaha dan peruntukan yang diberikan?
Seperti yang diberikan ulasan sebelum ini, dengan tidak adanya kesungguhan bagi membela dan membantu rakyat Parit, Kawasan Parit terus ketinggalan dan mesyarakat Melayu Parit terus terpesona dengan janji-janji UMNO ini. Ahli-ahli UMNO berebut untuk menjadi ketua, dari ketua cawangan hinggalah ke Ketua Bahagian. Masa mereka ditumpukan kepada perebutan ketua dan kroni, bukan tertumpu kepada usaha-usaha dalam membangunkan masyarakat..
Masuknya peniaga-peniaga Cina di Taman Idera Barat dan Bota Kiri menampakkan kepada kita bagaimana kawasan kampong tradisi orang-orang Melayu boleh nantinya akan terlepas dan kuasa ekonominya terus dikuasai oleh bangsa lain. Apakah itu perjuangan yang harus dibanggakan oleh orang Melayu Parit?
Semuanya ini adalah dasar kerajaan Pusat dan Negeri yang menampakkan parti UMNO ini tidak bersungguh-sungguh membela orang Melayu, seperti yang mereka laung-laungkan. Kita belum lagi mengupas tentang isu-isu sosial, hasil daripada pemerintahan UMNO di Parit. Apakah perancangan mereka dalam membendung gejala sosial ini?
Jikalau pun Dato’ Zaim ini diganti dengan pemimpin UMNO yang lain, apa yang akan berlaku adalah perkara yang sama seperti juga apabila Dato’ Zaim menggantikan pimpinan UMNO sebelum ini.
Oleh itu, bagi kita rakyat Malaysia terutama di Parit yang mahukan perubahan dasar ini dan seterusnya dapat membina semula penempatan dan menaik pulihkan semula kuasa ekonomi orang Melayu Islam, tidak ada cara lain, melainkan kita ubah sistem di Putera Jaya.
PR hanya memerlukan beberapa kerusi Parlimen saja bagi tujuan itu. Dengan cara itu, semua mereka yang berperanan di Daerah, Mukim dan di Kampong-kampong dapat digantikan dengan mereka yang lebih bertanggungjawab, bukan hanya untuk kepentingan diri dan puak semata-mata seperti yang telah dilakukan oleh UMNO sepanjang pemerintahan mereka sejak merdeka lagi.
Orang Melayu yang beragama Islam ini mesti berjiwa besar dan mesti berani merubah keadaan jika kita mahu menjadi bangsa yang dominan dan jika kita mahu menjadikan hukum dan undang-undang Allah itu tertegak di muka bumi ini. Kuasa ada ditangan kita, pergunakan sepenuh dan sebaiknya, kerana ianya nanti akan ditanya oleh Allah, Qadhi Rabbul Jalil. Kita tidak boleh mengharapkan UMNO lagi dalam membela orang Melayu dan Islam di Parit ini khasnya dan di Malaysia ini amnya.

Khamis, 20 Oktober 2011
ROSMAH GANTI IMELDA
Dikala rakyat sedang mengikat perut akibat tekanan hidup dan kemiskinan,dikala itu jugalah isteri Perdana Menteri Malaysia Rosmah mansur bermegah-megah dan memboroskan duit rakyat dengan sewenang-wenangnya.Ingatkah kita pada Imelda Marcos,bekas wanita pertama Filipina satu ketika dahulu yg mana kita tahu Filipina sebuah negara yg tarafnya sama dengan Malaysia.Namun negara itu hancur kerana korupsi dan pembaziran yg tidak terbendung malahan lebih cepat hancur disebabkan wujudnya wanita pertama serakus Imelda.
Rabu, 19 Oktober 2011
REFSA: Hutang Negara Mungkin Cecah RM1 Trillion
Sekiranya hutang kerajaan persekutuan berkembang pada kadar RM50 bilion setahun, ia boleh mencecah RM1 trilion menjelang tahun 2020, kata badan pemikir bebas Pusat Penyelidikan Untuk Kemajuan Masyarakat (REFSA).
Senario yang menggerunkan itu dikemukakan semasa kajian REFSA mengenai Bajet 2012, yang memberi amaran bahawa impian menuju Wawasan 2020 boleh “berkecai” melainkan jika kerajaan berhemah dalam perbelanjaan kewangannya.
Defisit semasa negara berada pada RM437 bilion, yang menurut REFSA adalahlebih dua kali ganda bajet defisit RM217 bilion yang dilaporkan pada tahun 2004.
“Dengan kata lain, kerajaan telah menambahkan lebih banyak hutang pada enam setengah yang lalu sejak tahun 2004 berbanding dengan 47 tahun selepas Merdeka,” petik laporannya itu.
Antara tahun 2007 dan 2011, defisit berkembang secara purata pada kadar kira-kira RM34 bilion setiap tahun.
Tetapi dengan andaian, defisit akan meningkatkan hutang tambahan sebanyak RM50 bilion setahun, Malaysia boleh menjangkakan jumlah hutang negara naik dua kali ganda lagi pada tahun 2020 menjadi RM1 trilion.
“Ini adalah 1 dengan 12 sifar di belakang – RM1, 000000000000,” petik laporan itu.
Dengan mengandaikan kadar faedah sebanyak lima peratus setahun, laporan REFSA berkata, bayaran faedah sahaja akan menjadi RM50 bilion setahun.
“Ia adalah hampir keseluruhan kos projek MRT. Kami belum lagi memikirkan tentang bayaran balik hutang itu lagi, “kata laporan itu lagi.

Ada sesuatu tidak kena dengan Himpun
| Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 19 Okt: Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa (gambar) merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada Himpunan Sejuta Umat (Himpun) di Shah Alam pada Sabtu ini.Perhimpunan tersebut adalah anjuran NGO Islam yang akan membawa isu-isu Islam untuk diperjuangkan bersama oleh umat Islam. Walaupun tujuan murni perhimpunan bawah tema memelihara aqidah umat Islam adalah sesuatu yang wajar namun demikian, namun beliau berhak untuk berasa bimbang perhimpunan akan lari dari hasrat murni penganjur. “Saya berasa ada sesuatu yang tidak kena pada perhimpunan ini bukan kerana usaha mengumpulkan sejuta umat tetapi persolannya ialah sifatnya yang mungkin mengancam usaha-usaha keharmonian hubungan antara agama di negara ini,” ujarnya yang juga Pengerusi Dialog Antara Agama Rantau Asia Tenggara kepada Harakahdaily. |
Langgan:
Catatan (Atom)

KUALA LUMPUR, 19 Okt: Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa (gambar) merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada Himpunan Sejuta Umat (Himpun) di Shah Alam pada Sabtu ini.