Isnin, 19 Disember 2011

Sudah terlewat, tapi boleh diperbaiki lagi...

DARI TRANUNGKITE

  Oleh Hassan Omar

Isu dalam PAS sudah meresap keseluruh anggota parti apabila Harakah cetak telah mengeluarkan temubual Hj Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS yang beberapa para awal temubual itu telah menunjukkan terlalu prajudis terhadap Dr Hassan Ali dan Ustaz Nasarudin Mat Isa.

Lagi tidak profesional apabila Harakah mengeluarkan kartun yang dikatakan mengaibkan Ustaz Nasaruddin Mat Isa seolah-olah Ustaz Nasa sama seperti pimpinan UMNO yang telah menjadi sasaran sindiran tajam di akhbar Harakah melalui pelukis kartun berkenaan.

PAS MASIH PUNYAI DEWAN ULAMAK DAN DEWAN PEMUDA YANG MATANG!

SUARA TENANG DAN MATANG ANAK MUDA.

Oleh Anak Sengat

Membaca Pandangan Ketua Pemuda PAS pusat sangat mendamaikan. Lambang seorang anak muda yang berjiwa besar dan memahami perjuangan PAS. Jauh sekali pandangan beliau dengan Mahfuz yang jadi Naib Presiden. Saya tak tahu apakah Mahfuz sempat menerima tarbiah jamaah atau tidak? Yang pasti beliau muncul awal di saat PAS kehilangan seorang pemidato ketika itu, Mat Sabu.

Agak pelik juga pandangan Mustapha Ali yang di dimuatkan oleh Harakah. Apakah perlu kemelut yang masih belum dibuat perbincangan itu dijadikan dalam bentk hukuman? Cikgu Pa antara veteran PAS yang sepatutnya lebih tenang dari Mahfuz yang memang jarang sekali tenang...

Sabtu, 17 Disember 2011

Pelancaran Pusat Pengarah Pilihanraya DUN Bota

SERI ISKANDAR,BOTA - KeADILan cabang Parit mengadakan Majlis Pelancaran Pusat Pengarah Pilihanraya KeADILan DUN Bota semalam di Bandar SIDEC,Seri Iskandar,Bota.Pusat tersebut dibuat untuk persediaan menghadapi Pilihanraya umum ke 13 yg bakal berlangsung tidak berapa lama lagi.Hampir 300 orang hadir ke majlis tersebut.


Majlis dirasmikan oleh Saudara Mustafa Kamil Ayub,Ahli Majlis Kepimpinan KeADILan Pusat yg turut menyampaikan ceramah selepas perasmian.Turut hadir Ketua Penerangan KeADILan Perak Ustaz Zulkifli Ibrahim,Setiausaha KeADILan Perak Saudara Anuar Zakaria dan Kept.(B) Haji Usaili Alias Ketua Cabang KeADILan Parit.

Bekas Pengarah Latihan RISDA Negeri Perak
menyampaikan borang keahlian untk menyertai PKR

Majlis dan ceramah tersebut diselangi dengan penyampaian senarai nama daftar pemilih SPR bagi setiap cawangan-cawangan KeADILan dalam DUN Bota serta penyerahan borang keahlian KeADILan oleh mantan Pengarah Latihan RISDA Negeri Perak,Tuan Haji Ramli bin Anuar.Beliau juga pernah menjadi tenaga pengajar BiroTata Negara (BTN).


Majlis tersebut diadakan dengan aman tanpa ada gangguan dari pihak berkuasa walaupun diberitakan permit tidak diluluskan akan tetapi majlis tetap juga diteruskan.

Jumaat, 16 Disember 2011

Hasan Ali: ‘Pemimpin PAS harus berlapang dada dan berjiwa besar’

MALAYSIAN INSIDER

December 16, 2011

KUALA LUMPUR, 16 Dis — Datuk Dr Hasan Ali sambil menafikan penglibatan Umno berhubung segala isu melibatkan diri beliau yang kini menjadi polemik di kalangan pemimpin utama PAS, mahu parti itu “berlapang dada dan berjiwa besar.”
Sehubungan itu, bekas pesuruhjaya PAS Selangor ini menasihatkan pemimpin-pemimpin partinya berhenti membuat tohmahan sedemikian dan jangan berfikiran tertutup.
“Janganlah berfikiran tertutup dan simplistik sehingga segala-galanya dijuruskan kepada agenda Umno tanpa memberikan bukti,” katanya dipetik Utusan Malaysia hari ini.

KALAU HANGPA HEBAT SANGAT NAK BERTEKAK, TUNGGU KEPUTUSAN RAKYAT PRU KE 13

Hasan ka, Saari ka, Mahfuz ka, ada rakyat peduli?
DARI TRANUNGKITE
Oleh: hanzarbosnia

"Semenjak dua tiga menjak ni, makin kuat malaun-malaun media dok kucai PAS. Tambah syok pulak, ada pulak orang PAS yang dok layan puak-puak ni. Hasilnya, dalam dok kalut-kalut tu, orang bawah yang dok ikut ni, suka pulak bertelagah sama-sama.

Dulu dok lawan UMNO, sekarang syok dok kondem sama-sama PAS. Bukannya semua orang PAS bertelagah, sikit saja, tapi kadang-kadang yang sikit tu yang melebih-lebih.

Rabu, 14 Disember 2011

JANGAN KITA LUPA RAMPASAN KUASA UMNO/BN DI PERAK

Sejarah terdahulu lagi kita lihat kerajaan yg berkuasa akan menakluki negara yg kecil dan lemah pentadbirannya.Dapat dilihat terdahulu hanya peperangan banyak digunakan untuk menawan sesebuah negara atau negeri.

Apa yg belaku dizaman serba maju dan canggih ini,cara merampas kuasa di sesebuah negara atau negeri itu ada yg masih mengunakan cara peperangan dan rampas kusa dalam bentuk beli wakil rakyat dengan habuan wang ringgit sebagai cara dan kaedah terbaru untuk dapatkan kuasa walaupun terpaksa melanggar undang-undang.

Itulah yg belaku di Perak pada tahun 2009 setelah 11 bulan kerajaan Pakatan Rakyat yg telah diberi mandat oleh rakyat dirampas kuasa dengan cara yg begitu menjijikan.Pekara ini kita tidak boleh lupakan,ianya sejarah hitam dalam pentadbiran negeri.

Baru-baru ini ceramah perdana dan kenduri rakyat diadakan di layang-layang kanan,Dato' seri Nizar Jamaluddin.,Menteri Besar yg sah,yg kini telah jadi mantan MB,beliau selalu cerita kembali ape yg telah belaku di Perak kepada hadirin yg hadir mendengar ceramah beliau,beliau tidak mahu rakyat lupa akan peristiwa hitam itu.

Sejarah tetap sejarah bagaimana UMNO/BN merampas kuasa dengan cara yg kotor dan langgar sahaja undang-undang asalkan dapat berkuasa.Itulah cara yg sebenar mereka.