Minggu lepas Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dan rombongan jelajah merdeka rakyat datang ke pasar sari di Titi Gantong Bota Kiri,ramai jugak yg hadir untuk bertemu dengan DSAI dan tidak ketinggalan beramah mesra serta menyaksikan sendiri bas yg menjadi mangsa lontaran dan contengan cat-cat merah secara live....nilah hasil tukang conteng cat merah dari Kelantan ada,dari Melaka ada tapi mujurlah dari Perak tak direkodkan terlibat dalam mengecatmerahkan bas ini....
Isnin, 15 Oktober 2012
MENGECATMERAHKAN BAS JELAJAH MERDEKA RAKYAT
Sabtu, 6 Oktober 2012
Jelajah Merdeka Rakyat ke Perak
JELAJAH MERDEKA RAKYAT Ahad ini 7 Oktober 2012 tiba ke Negeri Perak Darul Ridzuan.Rombongan Ketua Umum PKR Dato' Seri Anwar Ibrahim dan beberapa lagi pemimpin akan turun padang bertemu rakyat jelata.
Aturcara program Dato' Seri Anwar Ibrahim bermula dari jam 3.00 ptg sesi ceramah di Padang Permainan Taman Seri Raia Kampung Kepayang Simpang Pulai,seterusnya ke Titi Gantong Bota Kiri Bota bertemu rakyat di Pasar Malam Titi Gantong.
Sabtu, 22 September 2012
| Orang UMNO Hina ISLAM TakPaa!! Orang Putih
Tak Boleh Posted on Thursday, September 20 @ 19:00:00 UTC Dilulus untuk paparan oleh teori |
Sumber Era
Pasca
Di Malaysia ... Org Islam sendiri menghina Islam... Betapa mulianya Najib dari masjid rumah Allah... Tunjuk punggung kat gambar... Bukan depan muka... Salah... Lempar kasut dlm masjid... Yg betul2 masjid... tak salah tak de apa2 tindakan.... Org cina pun x baling kasut kat tokong dia...
Di Malaysia ... Org Islam sendiri menghina Islam... Betapa mulianya Najib dari masjid rumah Allah... Tunjuk punggung kat gambar... Bukan depan muka... Salah... Lempar kasut dlm masjid... Yg betul2 masjid... tak salah tak de apa2 tindakan.... Org cina pun x baling kasut kat tokong dia...
P/S : Kita mungkin terlupa tetapi admin tak
pernah lupakannya.... bahawasenya dah lama dah orang kat Malaysia ni menghina
Rasulullah dan Islam...
Hina Nabi: Sekadar demo tidak memadai buat Umno
KUALA LUMPUR: Sebagai parti pemerintah, sekadar berdemonstrasi sebenarnya tidak memadai buat Umno kerana mereka sewajarnya mampu untuk berbuat lebih daripada itu.
Justeru, Penolong Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Muhammad Ismi Mat Taib (gambar) berkata, Umno perlu menunjukkan kewibawaan mereka sebagai parti yang mendakwa kononnya membela umat Islam dan Melayu di Malaysia.
Sehubungan itu, sebagai Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin seharusnya muhasabah diri dan menerima kenyataan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dengan jiwa besar.
| Harakahdaily, | 21 Sep 2012 |
KUALA LUMPUR: Sebagai parti pemerintah, sekadar berdemonstrasi sebenarnya tidak memadai buat Umno kerana mereka sewajarnya mampu untuk berbuat lebih daripada itu.Justeru, Penolong Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Muhammad Ismi Mat Taib (gambar) berkata, Umno perlu menunjukkan kewibawaan mereka sebagai parti yang mendakwa kononnya membela umat Islam dan Melayu di Malaysia.
Sehubungan itu, sebagai Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin seharusnya muhasabah diri dan menerima kenyataan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dengan jiwa besar.
DAP: 'Ngeh sudah minta maaf, tak akan kita nak hapus dia'
JAMILAH HAMZAH
22 September 2012
22 September 2012

Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw
Menurut Timbalan Pengerusinya, Dr Tan Seng Giaw, Koo Ham akan diberi nasihat dan diambil tindakan susulan yang wajar dan adil memandangkan pemimpin itu telah pun memohon maaf.
Seng Giaw berkata, permohonan maaf Koo Ham sendiri menggambarkan pemimpin DAP Perak itu mendengar nasihat yang diberikan parti.
Rabu, 5 September 2012
Ceramah PR bersama Chegu Bard
CERAMAH PAKATAN RAKYAT
Bersama CHEGU BARD
Presiden Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
Turut sama.....
USTAZ MOHAMMAD ISMI BIN MAT TAIB
YDP PAS Kawasan Parit..dan
USTAZ ZULKIFLI IBRAHIM
Ketua Penerangan PKR Perak
Pada hari Jumaat 7hb September 2012
bertempat di Kampung Teluk Kepayang Bota Kiri...
Semua DIJEMPUT HADIR....
Bersama CHEGU BARD
Presiden Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
Turut sama.....
USTAZ MOHAMMAD ISMI BIN MAT TAIB
YDP PAS Kawasan Parit..dan
USTAZ ZULKIFLI IBRAHIM
Ketua Penerangan PKR Perak
Pada hari Jumaat 7hb September 2012
bertempat di Kampung Teluk Kepayang Bota Kiri...
Semua DIJEMPUT HADIR....
Sabtu, 1 September 2012
Bas: Nik Aziz kesal, Anwar teruskan jelajah
| Rizal Tahir, | 01 Sep 2012 |

(Anwar dan Wan Azizah melihat bas yang disimbah cat dan dibaling batu)
KOTA BHARU: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan meneruskan program Jelajah Merdeka walaupun bas yang dinaikinya telah diserang manakala Menteri Besar Kelantan kesal ianya berlaku di negeri itu.
Ketika memberitahu Harakahdaily, beliau berkata peringkat permulaan laporan polis dibuat, kemudian program jelajah itu akan diteruskan mengikut jadual.
Beliau berkata demikian ketika ditemui sewaktu meninjau bas yang dinaikinya yang telah disimbah cat dan dilontar dengan benda keras pagi tadi.
Bas berkenaan masih berada di bandar Kota Bharu, berhampiran Masjid Al-Baroah dan Pasar Siti Khadijah.
Beliau memberitahu lagi, perkara itu telah menjadi biasa baginya memandangkan pernah diserang sebelum ini dengan kereta yang dinaiki.
“Saya dah biasa kena serang sebelum ni dibaling batu.
“Saya tidak akan patah semangat dengan kejadian ini dan program jelajah merdeka ini akan diteruskan selepas ni ke Grik, Perak pulak,”ujarnya.
Sementara
itu, Menteri Besar Kelantan,Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
ketika meninjau perkembangan bas melahirkan rasa kesal terhadap kejadian
itu.Tuan Guru pula berkata kejadian itu berlaku berpunca dari manusia yang hilang fikiran sehingga ‘memuja’ nafsu.
Menurutnya, nafsu pada manusia ini ada dua, ada buruk dan taqwa.
“Tetapi bila manusia memilih ajaran secular berbanding Islam, perkara sedemikian pasti akan berlaku.
“Bagaimanapun, pejuang ulama terutama para Nabi telah mendahului kita menerima ujian ini,”ujarnya.
Beliau bagaimanapun tidak menafikan perasaan ‘malu’ dan kecewa memandangkan perkara itu berlaku di Kelantan.
Tambahnya, sedangkan pertelingkahan antara PAS dan Umno telah lama reda berikutan kedua pihak tidak menghianati antara satu sama lain.
“Tiba-tiba perkara ini berlaku di Kelantan, tapi saya tahun ianya datang dari luar,”ujarnya.
berita dari : http://bm.harakahdaily.net/
Langgan:
Catatan (Atom)

