"Sebelum Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke 13 (PRU13), Kelantan telah meluluskan satu kawasan perlombongan besi di Sungai Tuang, Gua Musang dengan nilai RM 2.5 bilion yang dijadikan cagaran pembayaran lebuhraya berkenaan.
"Saya di fahamkan kawasan perlombongan seluas 3,000 hektar tersebut telah ditarik balik dan dicadang diluluskan kepada beberapa individu tertentu... " - Dato Husam Musa
Rabu, 21 Ogos 2013
LEBUHRAYA RAKYAT KELANTAN DIKHIANATI??
Sabtu, 3 Ogos 2013
Salam Idulfitri 1434H
Setelah sebulan kita menunaikan Ibadah Puasa di bulan Ramadhan Al Mubarak,kini tiba masa untuk kita menyambut hari kemenangan bagi umat Islam iaitu Hari Raya Aidilfitri.Hari yg disambut oleh umat Islam dengan rasa gembira dan meriah.BOTAONLINE mengucapkan SELAMAT HARI RAYA IDULFITRI MAAF ZAHIR BATIN........
Ahad, 14 Julai 2013
Tazkirah Boleh Rosakkan Solat ? Ajaran Sesat Yang Dipengaruhi Oleh Iblis..
Oleh W.FauzudinNS
MAKA, Tok Peti ini pun berkata, "Umat Islam yang akan menyambut Ramadan dinasihatkan supaya jangan merosakkan solat tarawih dengan menganjurkan majlis tazkirah di antara solat sunat itu kerana ia boleh mengganggu kekhusyukan jemaah."
Solat boleh rosak dengan tazkirah? Samada tazkirah itu dibuat sebelum atau selepas solat, di mana hujahnya yang mengatakan tazkirah itu boleh merosakkan Solat? Mengapa takut sangat Tok Peti ini dengan tazkirah? Setahu kita, makhluk yang paling takut dengan amalan tazkirah (ingat-mengingati sesama Muslim) itu adalah Iblis Laknatullah. Iblis memang tidak mahu umat Islam saling ingat mengingati. Masakan seorang berjawatan Tok Peti boleh bercakap bagi pihak Iblis?
Khamis, 4 Julai 2013
Mesir dan kejatuhan Morsi
| Dr Mujahid Yusof Rawa, | 04 Jul 2013 |
Morsi Diguling
Di Medan Tahrir, penentang Morsi merayakan berita tersebut manakala perhimpunan pro-Morsi dan penyokong Ikhwan di Rabaa’ Adawiah masih terkejut dengan perkembangan ini. Namun respons penggulingan ini tidak akan berakhir begitu mudah malah Mesir dijangka akan berada dalam keadaan krisis yang panjang dan sekali lagi akan mendapat perhatian dunia.
Ahad, 23 Jun 2013
Blackout 505 di Padang Merbok,Kuala Lumpur semalam,aman,tiada huru hara....
Gambar-gambar sekitar Perhimpunan Blackout 505 petang semalam yg telah diadakan di Padang Merbok Kuala Lumpur.Habis perhimpunan disambung pula dengan aktivis-aktivis PR mendirikan khemah dan bermalam di Padang Merbuk tanda protes kepada pengerusi dan timbalan pengerusi Suruhanjaya PilihanRaya (SPR).Mereka akan berkhemah sehingga kedua-dua orang SPR ini letak jawatan,itupun jika tiada gangguan dari Polis dan DBKL.
Selasa, 4 Jun 2013
Tragedi di Simpang Empat Bota Kiri...
Bila disebut simpang empat Bota Kiri,penduduk sekitar Bota Kiri akan kata tempat berlepak-lepak waktu petang dan kawasan kemalangan.Disimpang empat ini tidaklah selalu belaku kemalangan tapi dalam masa bertahun-tahun lamanya sejak kewujudan simpang empat ini ramai nyawa telah terkorban dalam kemalangan di simpang ini.
Sabtu, 1 Jun 2013
Mai dengar lagu pengantin baru......
Bila musim cuti sekolah,yg paling seronok budak-budak sekolah ler dapat cuti panjang dua minggu selain cikgu sekolah pun dapat tumpang cuti sekali...hihihihi...Ok ler di musim cuti sekolah ini macam biasa ler banyak ler majlis-majlis perkhawinan.Bersempena dengan musim banyak majlis perkhawinan ni Admin mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU kepada pasangan-pasangan pengantin baru,semoga jodoh kalian semua akan berkekalan sehingga akhir hayat..
Lagu Selamat Pengantin Baru dari kumpulan nasyid NADAMURNI...
Lagu Selamat Pengantin Baru dari kumpulan nasyid NADAMURNI...
Langgan:
Catatan (Atom)